BAB 1 (DERITA)

86 5 0
                                    

'Splash! Dumm! Shaaaa! Shaaaa!'

Suasana malam yang tenang lagikan sunyi bertukar bising akibat dari bunyi guruh yang berdentum-dentum disertai hujan yang lebat sedang membasahi permukaan bumi seakan-akan memahami perasaan seseorang dan turut sama menangis bersama gadis remaja itu yang berada di dalam sebuah bilik yg suram dan hening, tanpa perhiasan apa-apa samada gambar atau potret, bersama dengan sekujur tubuh orang yang amat disayangi terbaring kaku diatas katil. Hatinya terasa amat sakit dan sebak. Air matanya tidak berhenti mengalir dari pipi mulusnya itu.

"Kakak... Bangunlah kak.. Adik rindu akk... Sampai bila akk nak tidur. Akk tak rindu adik ke? " bibirnya yang nipis itu tidak berhenti mengucapkan hal yang sama sejak 4 tahun lalu selepas dia juga sedar dari koma. Malang sekali, pertanyaan itu masih lagi tidak terjawab.

Athea Nur Farhani atau dikenali sebagai Thea dan keluarganya telah terlibat dalam tragedi yang meragut nyawa hampir seluruh ahli keluarganya dan orang lain, dimana kemalangan tersebut berlaku ketika mereka menaiki kereta api. Kereta api yang mereka naiki tiba-tiba telah terkandas kerana mengalami masalah enjin dan pada ketika itu, sebuah lagi kereta api dari arah bertentangan tersalah landasan lalu merempuh mereka. Hanya 2-3 orang yang masih boleh diselamatkan iaitu dia dan akknya serta seorang lagi mangsa manakala yang selebihnya telah disahkan maut dalam kemalangan tersebut. Itulah serba sedikit apa yang diberitahu oleh ibu angkatnya Puan Faridah sebaik sahaja dia sedar dari koma. Kejadian ngeri itu amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri Athea.

'Tok! Tok! Tok!'

Kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik dari luar menghentikan niatnya dari terus menangis. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menangis sepuas-puasnya bagi menghilangkan rasa sebak di dada yang sudah lama ditahan.

"Boleh mama masuk? " tanya seseorang itu dari luar.

"Hmm..boleh. Masuklah ma.. " jawabnya lemah dengan mata yang masih bersisakan tangisan.

"Haih.. Thea nangis eh? " tanya Faridah seraya menguak pintu bilik.

Athea tersentak seketika lalu membetulkan posisinya agar kelihatan sopan menghadap Puan Faridah yang sedang bertanyakan soalan.

"Eh.. Mne ade nangis.. Habuk masuk matalah.. Pastu tadi Thea gelak terlampau sangat sampai keluar air mata. " jelasnya cuba untuk berdalih.

"Hmm...yelahtu. Habis tu kenape mata tu sembam semacam ja mama tengok?" Soal Faridah lagi sambil kaki menuju ke arah Athea dan mengambil tempat disebelahnya.

"Mama ni tau segalanya pasal kamu.. Walaupon mama tak jaga kamu dari kecik. Mama amik kamu jadi anak angkat sebab mama kesiankan kamu. Mama nak jaga kamu dan kak long kamu elok-elok. Mama sayang korang berdua tau tak. So jangan nak berahsia bagai. Mama tau Thea nangis tadi kan?" Puan Faridah bebicara lebar.

Puan Faridah merupakan ibu angkat kepada Athea dan kakaknya, Iriz. Semenjak mereka masih berada di dalam keadaan koma lagi, Puan Faridah menjaga mereka dengan sangat baik. Setiap hari, setiap minit, setiap saat, setiap masa dia menjaga dua beradik ini dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri. Puan Faridah menjadi ibu angkat mereka atas permintaan arwah ibu bapa kandung Athea. Puan Faridah dan suaminya Tuan Jaiz pernah berkhidmat dengan keluarga Athea suatu ketika dahulu. Mereka amatlah rapat antara satu sama lain bagai isi dengan kuku. Tambah lagi si Athea, rapat benar dia dengan Puan Faridah. Malangnya, sekarang semua itu hanya sekadar kenangan dan memori yang masih terpahat dalam ingatan. Athea tidak langsung ingat akan betapa rapatnya dia dengannya suatu ketika dahulu.

"Awak tu kadang-kadang sakit kepala kan? Maknanya Thea dah nak mula ingat memori Thea dulu... So jangan nangis nanti Thea jadi tertekan ..jangan risaulah, mama and baba kan ade.. Boleh jaga your sister. Dah pergi tidor k? Goodnight syang ♡..." ujar Faridah lembut seraya mengucup lembut dahi anaknya.

A Forgotten MemoriesWhere stories live. Discover now