Harus diingat Drama perlu mendapat kelulusan FINAS. Oleh kerana itu syaratnya agak keras. Sabar ye.
Justeru syarat ini sebagai memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia. Setiap NOVELLA hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Award ini terbuka kepada NOVELLA (Novel Pendek sahaja, antara 10,000 - 25,000 perkataan).
2. Hanya NOVELLA yang siap diterima. Ibu akan sediakan DUA set BORANG untuk yang sudah siap, dan yang belum siap tetapi dijangka siap pada tarikh akhir pertandingan, yang akan dinyatakan kemudian.
3. Sila FOLLOW akaun Ibu dan LIKE posting Ibu untuk mendapat maklumat seterusnya.
4. Tajuk tidak boleh dalam Bahasa Rojak. Contoh Tajuk Bahasa Rojak: Suamiku Tengku Hot.
5. Cerita mesti mengandungi unsur kekeluargaan, kasih sayang, perpaduan dan pengajaran. Maknanya cerita yang menggalakkan/mempromosi/menglorifikasi 18sx, LGBT, rogol, sumbang mahram, keganasan rumah tangga, kahwin bawah umur, bully, menghina bangsa dan agama, kegiatan mafia, gangsterisme dan yang mengandungi kata-kata kesat akan ditolak.
6. Cerita Vampire, Werewolf, Fanfiction, Kpop atau yang seumpamanya tak diterima.
7. TAJUK mesti original dan tidak pernah digunakan oleh penulis lain. Ini untuk mengelakkan isu dakwaan plagiat. Walaupun anda kata hanya TAJUK yang sama, sedangkan isi lain. Jika TAJUK anda didapati sama dengan penulis lain, secara automatik anda akan disingkirkan.
8. Cerita yang diplagiat dari novel lain (termasuk terjemahan) akan ditolak.
9. Cerita hendaklah logik dan tidak klise.
*Contoh tidak logik: Hero baru kerja sudah memiliki BMW 7 siri.
*Contoh cerita klise: Jadi Pak/Mak Sanggup sebab pasangan cabut lari; Pasangan sakit kanser dll. Tolong kreatif sikit ya.
10. Jika menggunakan singkatan perkataan seperti yg, bkn, utk dan seumpamanya penyertaan anda akan ditolak.
11. Jika anda telah menulis TAJUK novel dalam Bahasa Inggeris, anda hendaklah memberi TAJUK dalam Bahasa Melayu untuk dipertimbangkan dalam award ini.
Contohnya:
*Tajuk Asal: FRIENDSHIP
*Tajuk Drama: PERSAHABATAN
12. Bagaimanapun, mereka yang telah menulis TAJUK dalam Bahasa Inggeris masih berpeluang untuk turut serta. Maknanya jika Pengarah merasa TAJUK Bahasa Inggeris anda menarik, dia mungkin akan gunakannya.
Jika anda mahu menggunakan TAJUK lain dari novel anda pun boleh.
CONTOH:
*Tajuk Asal: RINDU KAMILAH
*Tajuk Drama: PERMATANG RINDU
13. Cerita konflik keluarga, memerangi jenayah dan masalah sosial dialu-alukan.
14. Cerita yang menggunakan watak kerabat DiRaja (Tengku/Raja) yang digambarkan negatif (sombong, ego etc) akan ditolak. Ini kerana Pengarah tidak mahu berkonflik dengan geng kuning.
15. Cerita mengenai polis/penjawat awam korup tidak diterima oleh PRODUCER. So tak payah hantar.
16. Jika novel anda ada babak kiss, tidur bersama, masih boleh masuk award. Bagaimanapun, jika menang babak itu akan kena cantas. Perkara ini Ibu yakin.
17. Anda boleh masuk berapa banyak novel yang anda suka. Tetapi hanya SATU Novel untuk SATU genre diterima. Maknanya, jika penulis ada DUA Novel genre Romance komidi dan SATU Horror komidi, penulis hanya dibenarkan masuk untuk SATU Romance komidi dan SATU Horror komidi.
18. Semua watak mesti orang tempatan, Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
19. Semua peserta hendaklah menyertakan BLURB (100 - 300 perkataan) dalam novellanya. Blurb boleh diletakkan dalam description atau sebelum prolog/sinopsis.
20. NOVELLA yang memilikki DIALOG yang mantap berpeluang untuk menang berbanding dengan DIALOG yang mengada-ngada sehingga berdiri bulu roma Ibu membacanya.
Baca seterusnya tentang genre:
YOU ARE READING
MOST DRAMATIC NOVELLA AWARD 2020 (CLOSED)
RandomIni hanya satu usaha kerdil untuk mengangkat kualiti Drama Melayu ke persada yang dikenang zaman berzaman.