꒰ 13 ꒱

266 65 2
                                    

don't try to backup when I'm deeply in love with you 🤕.
sunghoon.
☁️         ✩    ♡     ◌
*         ✩       ☁️      。   ☁️   ✩
       ☁️   ⁺      ✩          。
  ◌        ♡     。    ☁️      ◌

jungwon, jay, heesung dan aku mengambil order, manakala yang lain sedang borak. entah kenapa aku tiba-tiba tiada semangat bersama diaorang.

mungkin kerana mereka kacau aku untuk confess tadi, sabarlah je la nyah. nasiblah arin pandai back up.

"Eh, satu dua tiga empat lima. hyung, kenapa ada lima orang tu ?" tanya jungwon.

aku memandang meja dimana member aku duduk, mahu mati aku terkejut melihat riana sedang tergelak melambai-lambai ke arah aku di sebelah arin.

"eh dia lambai kau, kau kenal ke dia ?" soal heesung yang juga keliru.

pantas aku tinggalkan mereka bertiga menuju ke meja dimana mereka duduk. 

tangan Riana dicapai, tiada perkataan yang keluar dari mulut menerangkan siapa identiti Riana yang sebenar malah air muka wajah aku menerangkan segalanya.

"kau buat apa dekat sini ?!" soal aku marah.

dia tergelak memandang aku dengan senyuman gedik, "ni restoran awak ke sayang ?" gelaknya.

aku menjeling, "tapi tak perlu ke meja kawan-kawan aku, duduk sana tergelak-gelak. kau kalau tak cukup attention, janganlah cari depan aku. annoying sumpah !" 

"macam nikan ice prince layan perempuan. fikir perempuan macam aku tak ada hati dan perasaan ?" soalnya. matanya sudah berkaca namun dia masih tahan. takut mascara mahalnya rosak.

aku tergelak kecil, "kau fikir tak lelaki macam aku malu bila kau mengaku aku kawan kau ? kau sedar tak aku dengan kau cuma permain ice skating yang berlatih sama-sama satu ketika dulu?" tanya aku.

dia terdiam. jatuh setitis air matanya ke pipi. "teruk sangat ke jadi perempuan ?" soalnya buat aku terkesima.

"tak teruk, tapi bila kau dah jatuh cinta dengan perempuan tomboy. kau akan tahu rasa geli pada perempuan sejati," suara K menyerlah buatkan Riana menganguk faham.

"so you're in love with her ? i see... tapi kau kena ingat. perempuan nampak macam lelaki atau perempuan nampak macam aku. tetap sama, still perempuan," dia berdecit bergerak pergi.

aku mengeluh. tangan K diletakkan pada bahu. terus aku memandangnya melihat dia tersenyum. 

K dan heesung, masing-masing tahu memujuk aku seakan-akan mereka sokongan dan tulang belakang aku. sentiasa ada ketika aku sedih.

semua rahsia kami kongsikan cuma rahsia tentang arin.

"kau suka arinkan ?" tanya K memicit bahu aku. 

"kenapa tanya kalau dah tahu ?" kata aku. 

"cuma kau takut perangai dia akan bertukar macam Riana tu kan ?" dia memang seperti Riana cuma dia tidak tunjukkan.

tiada jawapan untuk soalan itu. aku pernah hampir hilang rasa suka pada dia hanya semata-mata dia menjadi perempuan yang sejati.

"oy, suka betul gosip tanpa kita orang ?" teriak Jay dari belakang. aduh marah betul kalau aku gosip dengan soulmate dia ni.

kami berdua sama-sama bergerak masuk, sempat aku bisik pada K untuk simpan semua rahsia itu.

baru saja punggung aku mahu bertemu kulit kerusi, ayat yang keluar dari mulut jake buatkan aku mengeluh hinggakan mood aku lari.

"Hoon, sampai hati kau ada girlfriend bagi tahu arin je. iya aku tahu kita orang tak penting," katanya.

"girlfriend kepala otak hang la," aku menjeling arin yang cuba berlakon seperti dia tidak tahu apa-apa. fvck.



dear ice princess,

i'm losing interest at you once, but don't think i'm giving up so easily now.







Ice Princess - Park Sunghoon.Where stories live. Discover now