08 :: Tutor™

637 107 0
                                    

Pada malam itu 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada malam itu  . Jaeryun merenung lama langit yang cerah dengan adanya pantulan terang benderang cahaya bulan dan juga beribu-ribu anak-anak bintang yang menghiasi langit diatas  . Malam ni suhunya agak dingin dek angin yang sejuk telah menerpa tubuhnya  . Jaeryun sekarang tengah duduk bersendirian diruang balkoni yang terdapat di biliknya  , terasa nyaman pula duduk hirup udara dekat sini  .

Rasa segar saja badan tapi kenalah tahan suhu yang sejuk ni  . Tapi nasiblah dia pakai pakaian yang tebal  . Almaklumlah  , tempat yang dia tinggal ni adalah kawasan perumahan kampung yang berhampiran dengan gunung-ganang  . Lagi pula  , dia duduk dekat kawasan yang bergunung-ganang  . Itulah sejuk je pada waktu malam tak kiralah malam ke petang suhu memang tak boleh tahan  .

Tengah dia duduk lama dekat ruang balkoni ni sambil menghirup udara segar  , entahlah macam mana kotak ingatan dia ni mula pula nak mengimbas memori janggal pada petang tadi  , dimana dia ter- eyes contact dengan lelaki tu secara kebetulan . Iya kebetulan bukan dengan niat ye .. Memori yang baru berniat yang dia mahu melupakan  , tapi kenapa diingatkan balik—  .

Lantas jaeryun menggelengkan kepalanya berkali-kali tatkala kotak ingatan ni mulalah nak melebih-lebih pula , sampaikan ada pula nak terbayang wajah sunghoon yang berjarak dekat dengan dia tu  . Muka putih gebu milik sunghoon yang lagilah—handsome  ?

" ahh  , no  ! no  ! Tolong lupakan wahai kepala otak jangan sampai aku ketuk guna tukul kayu biar hilang ingatan terus  .. Ah tak adalah memori tu nak kacau aku je  .. " dia memegang wajahnya lalu dicubit-cubit supaya sedar daripada dunia realitinya  .. Muka kacak sunghoon dia cuba hilang biar jauh-jauh.  Jangan datang lagi  , tapi—

Bolehkah  , kalau setiap hari jumpa dia je  ..

" ahh ,  enough  .. " entahlah sudah masuk berapa kali dia asyik tampar muka dia ni  . Sudahlah  .. Rasa serabut bila pikirkan perkara bukan-bukan.

Kruk~

" ahhh my perut minta makananlah pula  , rasanya ada tak Stock ramen yang eomma belikan  .. " omel jaeryun sambil mengusap perutnya yang sudah berkeroncang akibat lupa nak makan malam  . Tanpa membuang masa yang lama  , jaeryun menutup pintu balkoni dan dia membawa langkah turun ke bawah . Berniat nak tengok jika masih ada Stock ramen bolehlah dia nak makan untuk isi perut  .

Dia membuka pintu kabinet  , kosong  . Langsung tiada sebarang makanan pada dalam kebinet yang pertama.  Ahhh  , mesti ada dekat tempat lain—fikir jaeryun  . Jaeryun membuka semua kabinet yang berada didapur  . Hampeh  .

Langsung dia tak jumpa pun paket ramen .  Nampaknya Stock ramen dekat rumah dia dah habis  .. Ni mesti si appa ataupun anak jiran dia datang ke sini lepastu pokai ramen orang  . Memang dia tahu sangat-sangat  , dia kan ada jiran sebelah yang selalu datang rumah dia ni . Entahlah apa yang seronok sangat datang ke sini  , bukan ada apa-apa pun  . Jaeryun pun langsung tak bersua muka dengan dia  , biasalah anak dara suka berkurung  . Eomma kata yang dia jaga anak jiran sebab ibubapa budak tu bekerja  , iyelah kot kalau dia yang cakap macam tu  .

" aku  ? Nak keluar rumah  ? Oh no.  Muka aku ni nak melangkah keluar rumah pun tak pernah lagi pula nak beli barang dekat kedai  .. Nanti-nanti mesti .. Ahhhh  " dia berbelah bahagi sama ada nak pergi kedai ataupun tak payah dan terpaksa menahan kelaparan ni  . Diorang pun satu juga  , makan memang tak ingat anak juga—

Kesian—

" hesy lantaklah lagipun diorang bukannya kenal aku pun  .. Aku pun tak kenal diorang  , dan buat apa aku nak takut kan  ..  " jaeryun akhirnya selesai membuat keputusan bahawa dia akan keluar pergi kedai  . Haraplah tiada apa-apa yang terjadi .

                         ■🌷■

" omo  , dimana pula aku letak powerbank eh  ? Rasanya aku ada simpan dalam beg tapi mana pula dia menghilang diri ni  .  Takkan cuti ke luar negara pula  .. Aduhai hebat betul benda tu boleh bergerak .. " menolog sunghoon sambil dirinya sibuk dengan mencari-cari powerbank miliknya  . Entahlah dekat mana dia letak  ..

Tengah sunghoon sibuk mencari barang dia yang menghilang tu  , terus dia teringat akan sesuatu  ..

" oh ya .  Baru aku teringat yang aku tertinggal powerbank dekat rumah dia—ah  , kalau macam tu aku terpaksalah datang sana  "

" tapikan—mesti diorang tengah tidur  , tak ke namanya mengacau saja ketenteraman orang  .. Hurm—esok jelah lagipun aku datang sana juga "

" tapi masalahnya phone aku habis bateri .. Ahh  , whatever  .. Aku pergi jelah  , datang ambil je bukannya nak duduk sana  .. " penat nak membebel panjang-panjang sangat , sunghoon akhirnya mencapai
baju hoodie yang berwarna oren lalu menyarung pada tubuhnya  . Disebabkan kereta dia budak minhee yang pinjam  , jadi terpaksalah dia naik bas nak ke sana  . Ahh  , lagipun bukannya jauh pun  ..

Sunghoon mula menapak keluar daripada kawasan perumahan ingin menuju ke arah tempat perhentian bas yang tidak seberapa jauh daripada kawasan perumahan dia  .                   

                   

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









【C】 Tutor  :: I'II be your Teacher |I 박성훈Where stories live. Discover now