09 :: Tutor™

564 100 6
                                    

" terima kasih  , datang lagi  " kata pekerja perempuan di serbaneka itu sambil menayangkan senyuman ramah 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" terima kasih  , datang lagi  " kata pekerja perempuan di serbaneka itu sambil menayangkan senyuman ramah  . Tanpa membuang masa yang lama  , jaeryun mula menapak keluar daripada kedai serbaneka  , ingin berjalan pulang ke rumahnya semula  .

Seperti laluan yang dia lalui sebentar tadi yang ingin menuju ke arah serbaneka  , jaeryun mengikuti laluan lorong yang agak sunyi sebab tiada sesiapa yang lalu dekat situ pada waktu malam  . But dia tak kisah pun nak lalu situ seorang diri . Janji ni laluan yang lebih pintas nak sampai ke rumah dia  , kalau naik bas pun mesti akan bertemu dengan ramai orang  . Jadi dia tak suka suasana sebegitu  .

Sepanjang jaeryun berjalan di atas jalan lorong yang sempit itu , pada waktu itu dia terdengar bunyi derapan tapak kaki seseorang yang berjalan di belakang dia  . Dan dia terdengar pula suara seseorang lelaki yang tengah bersenandung  .

Terus itu jaeryun menghayunkan langkahnya lebih laju supaya dapat menjauhkan dirinya daripada lelaki yang kedengaran seperti mabuk  . Ya  , rasanya lelaki tu mabuk sebab daripada ekor mata saja dia nampak lelaki tu jalan terhuyung-hayang dengan tangannya memegang botol arak  . Lebih laju dia melangkah dengan itu lebih pantas lelaki mabuk tu nak mengejarnya  . Jaeryun dah panik  , dia memberhentikan langkahnya tatkala lelaki itu sudah menghampiri ke arahnya . 

Lalu dia memalingkan wajahnya memandang lelaki yang mabuk tak sedarkan diri itu  . " hey  , lelaki mabuk tolong jangan ikut aku boleh tak  .. Pergi balik rumahlah kalau rasa diri tu dah mabuk teruk  .. " kata jaeryun mendatar  , dia melihat setiap penampilan lelaki itu  . Berpakaian kerja yang agak selekeh pula tu  , muka dahlah merona merah betul  .. Air soju pula dua botol dia pegang  . Ahh memang teruk—

Lelaki yang agak berusia itu mengendahkan kata-kata jaeryun .  Dia tersenyum miang sambil menghampiri ke arah jaeryun yang berada dihadapannya  . Bau arak yang kuat telah menusuk rongga hidung milik jaeryun , manakala jaeryun mengundurkan langkahnya ke belakang dengan tangan menutup hidung  . Rasa mual bau arak tu—

" biar saya teman awak sayang " katanya dalam nada miang  .

" lagipun bahaya tau kalau gadis macam awak ni jalan seorang diri dekat tempat gelap ni " sambungnya lagi  , dia melangkah perlahan mendekati ke arah jaeryun  . Redup saja dia memandang jaeryun  .

                         ■🌷■

Sunghoon akhirnya tiba dihadapan rumah gadis itu  , dia menekan loceng rumah sambil menunggu di luar pagar supaya orang dalam membuka pintu untuknya  . Rasanya mereka tidur ke  , sebab dia tengok rumah tu agak gelap dan seperti tiada sesiapa pula.  Ke keluarga orang tu keluar  , ahh patutnya dia perlu datang esok saja  ..

" ada orang ke  " omel sunghoon sambil meninjau-ninjau melihat jika ada orang dekat rumah tu  .. Tapi dia lihat tak ada sesiapa pun yang bukakan pintu untuknya  . Jadi  penat nak tunggu lama-lama dekat sini  , sunghoon membuat keputusan untuk pulang saja  .

Esok sajalah dia ambil barang tu  . Baru saja sunghoon mahu menapak pergi daripada situ  . Pusing saja ke belah kirinya terus dia terperanjat tatkala munculnya bayangan seorang perempuan yang berdiri disebelahnya  . Jaeryun yang baru balik daripada kedai .

" ahhhh  .. Huh buat saya terperanjat je awak ni  , nasib saya tak mati tau  " rengek sunghoon sambil mengusap dadanya yang naik turun saja  . Jaeryun hanya menayangkan muka tak buat salah apa-apa  .

" kau buat apa datang ke sini malam-malam  ? " tanya jaeryun sambil tangannya dicelupkan ke dalam poket hoodie miliknya  .

" kyah  , kan saya dah kata jangan panggil dalam gelaran macam tu " sunghoon bercekak pinggang . 

" kontrak itu mengata bila waktu belajar saja bukan waktu macam ni  , tak kisahlah kalau aku nak cakap apa pun "balas jaeryun selambar  .

" okey fine  .. "

" jadi jawab soalan aku dulu  , buat apa berdiri depan rumah aku ni  .  Ada apa-apa ke  ? " tanya jaeryun sekali lagi  .

" saya cuma nak ambil barang yang tercicir dekat sini .. " balas sunghoon  .

" apa barang tu  , biar aku yang tolong ambilkan  .. Lagipun tak elok kalau masuk rumah bersama dengan orang lain jantina  .. Sebab eomma appa aku tak ada dekat rumah  .. "

" jadi tak elok  .."kata jaeryun panjang lebar tanpa henti  .

" powerbank biru dekat bilik belajar awak  " kata sunghoon  . Jaeryun mengangguk kepalanya dan baru saja dia nak masuk dalam kawasan perumahannya tiba-tiba sunghoon memegang lengan belah kiri milik jaeryun yang masuk dalam poket hoodie daripada tadi  .

" auchh—sakitlah " jaeryun merintih sakit apabila sunghoon memegang lengannya kasar  . Sunghoon menjatuhkan pandangannya pada tangan milik jaeryun yang terdapat kecederaan parah  . Lalu dia mengerut dahinya sambil memandang wajah jaeryun minta explain  . Niat dia tadi nak suruh jaeryun tolong ambilkan cermin mata dia yang tertinggal juga  , tu dia tarik lengan jaeryun dan tak sangka pula tangan gadis tu cedera  .

                      

                      

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.












【C】 Tutor  :: I'II be your Teacher |I 박성훈Where stories live. Discover now