Introduction Story

164 1 1
                                    

Ini kisah aku. Aku berhijrah ke bandar tiga tahun yang lepas, selepas aku berhenti belajar di salah sebuah universiti di Pantai Timur. Semua berjalan dengan baik. Masa mula-mula aku kerja di bandar, aku berulang-alik dengan menaiki bus dari rumah ke tempat kerja. Aku tinggal rumah flat di Shah Alam. Teman serumah aku ada tujuh orang dan aku hanya rapat dengan dua orang dari bilik sebelah, Faqisha dan Syafa.

Faqisha bekerja sebagai freelance dalam property dan Syafa bekerja sebagai admin disebuah badan organisasi bukan kerajaan(NGO) di Shah Alam. Setiap kali NGO di tempat Syafa membuat event, aku dan Faqisha selalu membantu Syafa. Selepas Syafa berhenti kerja, kami tidak lagi ke pejabat lamanya. Juga, sudah tidak mengikut program atau apa-apa event yang diadakan.

Sebenarnya, aku mempunyai seorang kakak kandung yang juga berkerja di Selangor tetapi tinggal berasingan dengan aku kerana ketika aku mula bekerja rumah dia sedang penuh. Jadi, aku menyewa di block yang lain tetapi berdekatan dengan dia. Selepas setahun, aku pindah masuk ke rumah kakak aku.

Aku, Faqisha dan Syafa juga sudah jarang berhubung sejak aku pindah dan Faqisha pulang ke kampung halamannya.

Semuanya okey sehingga ke hujung tahun, aku mengenali seorang wanita yang bernama Maria. Aku memanggilnya dengan panggilan Kak Maria kerana umur kami berbeza sembilan tahun. Daripada pelanggan kepada kawan. Kebetulan dia juga sama negeri dengan aku. Oh lupa untuk perkenalkan nama aku. Nama aku Yahaira binti Othman. Mengenali dia membuatkan hidup aku berubah.


BERSAMBUNG....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU PENDOSAWhere stories live. Discover now