(semua reader sekalian boleh skip jer part the beginning ni. Author saja jer buat part ni yang panjang2 untuk letak sedikit maklumat inti pati yang lebih terperinci story ni.......:)
KEBABOOOOOM!!!!! satu serangan letupan dari pihak musuh telah mengena ke benteng pertahanan utama. Ini menjadikan semangat tentera yang sanggup berkorban melindungi tanah mereka akan semakin lemah kerana serangan daripada ancaman musuh yang dianggotai oleh seorang pemimpin zalim kerana perbuatan kejamnya.peperangan masih diteruskan walaupun ramai yang terkorban.
"general, tentera kita banyak yang cedera.kemungkinan benteng sebelah kanan tidak boleh bertahan terlalu lama.Bantuan support masih belum tiba.tentera musuh semakin maju!!! Macam mana kita nk buat general"
"Tidak mungkin!!! Macamana boleh jadi macam ni. Serangan mereka terlalu kuat walaupun tentera fighter kita telah dikerahkan.Tentera marksman kita pula telah dikepung di banjaran saodra. Berkemungkinan kita boleh kalah dalam peperangan ini!!!"kata general saher dengan perasaan yang marah risau akan peperangan yang dipimpingya.
General saher ialah pahlawan yang sangat setia kepada raja empayar xendreandella,raja kersebelas xendrendella,Raja Yondaime Mij Arcadia. Dia mempunyai kekuatan magic tahap 5 dan kuasa unsur angin tahap legendarist. Dia ialah pahlawan yang digeruni disebabkan sikap dan prinsip hidupnya.
General saher mengenggam erat pedang samurainya kemudian dia berlari sepantas kelajuan angin sambil merempuh di dalam pasukan musuh.tanpa membuang masa,General saher pun menyerang dengan sekali hayunan sahaja dengan mencantas kepala - kepala tentera musuh sampai terlerai dari badan mereka.
Semakin lama peperangan ini semakin sengit. Ada sahaja yang curi2 menyerang general teragung itu. Shing!! Shing!!! Vroshhh!! Bunyi pedang dihayunkan.Setiap hayunan terpancar sebuah gelombang pembelah angin meretak setiap anggota badan musuh yang terkena.
Serangan berbola api yang bergerak pantas hampir2 mengena di bahu general itu. Dengan sepantas kilat General saher berpusing ke belakang dan melompat untuk membuat serangan mautnya
"Korang nk sangat kan cari nahas!!! Terimalah TAITON - MOFUU DAIREPPA TAROOOOOOOOOOOOI"!!!!
Serangan permusnah itu menghasilkan sebuah aura yang terbebentuk menjadi bilahan taufan gergasi lalu dilepaskan dengan gerakkan yang sangat pantas. Tentera musuh yang berada di hadapan general tersebut berasa cuak dengan serangan maut yang berada dihadapan mereka. Ramai yang berduyun-melarikan diri daripada serangan tersebut tapi apakan daya,serangan itu telah pun merempuh mereka sampai menjadi padang jarak padang terkukuh.walaupun ramai yang terbunuh oleh serangan general tersebut tertapi masih ramai lagi musuh yang datang menyerbu kawasan tersebut.
Selepas beberapa jam ,General tersebut berhenti berlawan disebabkan keletihan dan kelenguhan yang dirasainya disebabkan berlawan terlalu lama. Lalu general tersebut dengan angkatan tenteranya berundur ke khemah mereka untuk merancang strategi lain mengalahkan musuh mereka.
Setibanya dia di khemah,tiba2 salah satu anak buahnya berlari terngucap-gucap ke arahnya....
"Tuan general!!! Kita tersalah percaturan.tenyata Tentera Galackos telahpun berjaya menceroboh bahagian istana melalui laluan rahsia. Kemungkinan ada pembesar yang pengkianat!!! Banyak yang berpaling dengan bergabung dengan tenteta Galackos!!!!!"kata Sarjan Neal dengan nada yang semput dan tergesa-gesa.dia ialah Pembantu kepada general saher.
"APA!!!! TIDAK MUNGKIN!!!maknanya Raja Yondaime dalam bahaya!!! Kita kena bagitahu HQ istana tentang berita pencerobohan ini"Kata general saher cemas.
"Tidak boleh, tuan general. Isyarat telepati daripada HQ istana terputus sejak 3 hari lepas. Kemungkinan tentera musuh menggunakan taktik kotor dengan menggunakan jurus gelombang perolakkan telepati di kawasan ini untuk memutuskan rangkaian perhubung kita dengan HQ istana"
"CIS!!!! Ini tidak boleh dibiarkan bergini. Aku terpaksa keluar daripada peperangan ini untuk melidungi Raja Yondaime"
"habistu tuan general, siapa yang akan memimpin akatan tentera disini. Lagipun angkatan kita akan semakin lemah jika tiada tuan general"
General saher pun berjalan beberapa langkah ke hadapan pembantunya. Dia menghembuskan nafas sekali dua untuk menghilangkan rasa gemuruhnya lalu berkata"Jangan risau Sarjan Neal, aku amanahkan kau untuk pimpin angkatan ini sementara aku tiada."
"tapi tuan gener...... "
" Tiada tapi2 aku pasti kau boleh lakukan dengan terbaik"general saher menepuk bahu pembantunya. Sekali dia mengenyitkan sebelah mata kirinya
Tanpa membuang masa, general saher bersiap-siap mengemas barang dan peralatannya untuk dibawa semasa perjalananya ke istana. Hatinya terasa gundah apabila terpaksa meninggalkan peperangannya. Dia juga terlalu risaukan keselamatan rajanya a.k.a guru kersayangannya. Dia dengan raja yondaime pernah menjalinkan hubungan sebagai sahabat, guru dan murid malah seperti abang dan adik kandung walaupun berbeza status serta martabat. Yondaime selalu menolongnya dan mengajarnya erti pahlawan dan persahabatan serta kasih-sayang yang sebenar sebenarnya sehingga menjadi general yang digeruni ramai. Malah yondaime jugak telah melantik dia sebagai general dan pegawai peribadi diraja.
Entah apalah nasib rajanya sekarang, sungguh dia berharap masalah yang dihadapi oleh raja yondaime dapat diselesaikan dengan lancar. Hari ini adalah hari dimana permaisuri ratu Ara Arandell akan melahirkan seorang putera raja yang suatu hari nanti akan meneruskan legasi pemimpin empayar kerajaan xendreandella.
Ramai yang tidak sabar menunggu kelahiran perwaris sah kerjaan Xendrendella. Tetapi apakah daya. Langit tidak selalunya cerah. Kadangkala di siang hari kemungkinan hujan bakal melanda. Bergitulah yang terjadi pada kerabat diraja tersebut. Di saat ini jugak lah kerjaan Xendrendella telah menghadapi sebuah peperangan yang dasyat disebabkan perebutan sejenis bebola kristal yang dipanggil augra IB-yon.
Augra merupakan sejenis bebola penghasilan tenaga dalaman yang dijumpai oleh kerajaan Xendrendella di hutan formeflore dalam kawasan utara kerajaan Xendrendella. Augra boleh menghasilkan sebuah tenaga aura yang bergitu banyak kepada si pemakai tetapi masih tiada sesiapa yang layak untuk memakai augra.Namun ada kekuatan lain disebalik kehebatan augra.
(Okey kita jangan buang masa lagi kalau x habis pembaca marah)
Tanpa membuang masa, General Saher mencapai beg galas dan pedang weaponnya untuk menuju ke istana kerajaan Xendrendella. Lalu dia pon memanggil naga tungganganya umtuk ke istana tersebut
'' General!! Adakah kita terpaksa berundur dahulu''kata Sarjan Niel.
"Tidak perlu Sarjan. Kau dan tentera kita akan menunggu kehadiran musuh untuk melambatkan serangan tentera musuh ke kerajaan kiita dan aku akan ke istana untuk menyelamatkan ahli kerabat diraja dan bebola augra" kata general aggung tersebut.
"Bukankah raja yondaime sudah cukup kuat untuk melindungi istana, keluarganya dan bebola lagenda tersebut" kata sarjan niel lagi"
"Tuanku memang cukup kuat. Tetapi dalam situasi sekarang berkemungkinan tuanku tidak mampu untuk berhadapan dengan musuh seorang diri. Aku sebagai general, perlu memastikan tiada sebarang tapak kaki musuh yang memasuki istana" kata general lagi
"Kalau general dah cakap macamtu. Baiklah, semoga berjaya!! " kata Sarjan lagi dengan niat yang terpendam...
YOU ARE READING
The Lost KING Of Strongerst Guardian
FantasyRayyan Arcadia ialah seorang remaja yang mempunyai hati budi yang baik dan rupa paras yang tampan tetapi dalam gaya yang selekeh dan mempunyai dua urat di dahi yang terbentuk dengan tergang menjadi bentuk V seakan-akan dua buah tanduk. Rayyan selal...