003 | Minta Maaf, Abang [RE-EDIT]

2.1K 185 6
                                    

PAP!

Seseorang menepuk lembut bahu taufan.
Taufan terkejut. Dia bingkas bangun dan berdiri tegak seperti seorang askar yang sedia menerima arahan. Siapa pula yg kacau ketenangan dia pada saat ini? Ah! Dia rasa terganggu!

Siapakah gerangan yang menepuk bahu si Taufan ni?

"Eh? Thorn?"

"Hehe.. sebenarnya, aku tengok kejadian kau dengan Halilintar tadi.." Thorn seperti biasa, jujur, lurus bendul dan terus terang saja. Straight to the point tu lebih baik!

"Jadi, kau nampaklah Halilintar marah aku tadi?"

"Ha'ah." belum sempat Thorn menjawab pertanyaan Taufan, satu suara menyampuk. Mereka terus menoleh ke arah suara tersebut.

Wajah Taufan kian memucat. Perasaannya menjadi tak tentu hala.

'Aduh! Mesti diaorang nampak aku menangis macam budak kecil depan Halilintar tadi!' desis hati Taufan. Dia mula berdebar.

"Kitorang nampak semuanya.." Blaze berjalan perlahan ke arah mereka berdua sebelum memegang bahu Thorn perlahan.

"Dan sebenarnya, Halilintar tak sengaja marahkan kau.." selepas Blaze berkata begitu, Taufan terus memalingkan muka ke arah Blaze.

"A.. Apa lagi yang.. korang nampak?"

"Kitaorang nampak..."

Flashback started

"Jangan panggil aku Abang Hali! Aku tak suka!" Tengking Halilintar. Blaze dan Thorn yg menyorok di sebalik dinding mula kecut perut melihat babak itu.

"Huhh... Nasib baik bukan aku yang kena." Blaze mengurut dada. Fuh.. Mujur bukan dia yang berada di situ. Kalau tidak, bukan setakat menangis, keluar bilik pun tak mahu! Thorn hanya menjeling. Huh.. Padahal Blaze yang salah! Dia sendiri nampak, bagaimana si Blaze main kotor dengan Taufan.

Selepas ditengking begitu, mereka berdua melihat Taufan berjalan ke luar rumah, menggunakan pintu belakang di dapur.

"Alamak, alamak, nasi lemak! Taufan datang sini! Cepat Thorn! Kita menyorok!" Blaze menarik lengan baju Thorn, lantas membawa si adik menyorok di satu sudut di belakang rumah. Namun, sebelum mereka berdua pergi, Blaze terdengar Taufan berkata,

"Aku cuma nk beritahu kau... Urghh.. tak apalah.." Blaze berasa sayu. Sayu mendengar abang ketiganya itu berkata sedemikian. Selama dia kenal Taufan, rasanya belum pernah dia mendengar atau melihat Taufan begitu sedih..

Flashback end

Blaze menghembus nafas. Lemah. Nafas yang dilepaskan itu terasa berat.

"Eh, Blaze! Kau tertinggal sesuatulah! Waktu Halilintar cakap selepas Taufan keluar rumah itu.." Thorn mengingatkan sesuatu kepada Blaze. Blaze memetik jari gaya orang bijak dan berkata, "Oh ya! Aku ada juga dengar Halilintar cakap, 'Aku patut minta maaf dekat Taufan. Tak patut aku marah dia tadi..' " berkerut dahi si Blaze sebab cuba mengingati semula apa yang terjadi.

Taufan berasa terkejut, dan terus bertanya.

"Dia cakap begitu?"

Blaze mengangkat bahu dengan muka kurang pasti. "Entah! Lebih kurang begitulah yang aku dengar.."

"Ouh.."

Taufan mendiamkan diri seketika. Thorn berasa tidak selesa dengan situasi itu. Oleh kerana si polos itu tidak menyukai suasana sedih begitu, dia cuba menceriakan suasana. Tetapi, bagaimana caranya? Aha! Sebuah mentol kecil muncul di kepalanya.

TERIMA KASIH ABANG HALI! | BOBOIBOY HALILINTAR Where stories live. Discover now