004 | Rancangan Si Musuh Ketat [RE-EDIT]

1.6K 155 1
                                    

DI MARKAS KOTAK..

Adudu sedang berfikir, apa lagilah rancangan jahat yang boleh menjatuhkan reputasi musuh ketatnya. Siapa lagi kalau bukan.. BOBOIBOY! Ya, Boboiboy memang musuh ketatnya.

Tapi, kreatif manapun idea dia, hebat manapun idea dia, dia tetap kalah. Apalah nasib.

Probe yang asyik tengok gelagat incik boss dia itu, jadi pening. Hish hish hish... Apa lagilah yang incik boss dia ini fikir agaknya?


"Incik boss ni, mesti sedang fikir cara nak kalahkan Boboiboy lagi, kan?" tegur Probe.

"Yalah! Aku geram betul ngan dia. Ergh.. Tak guna betul!" Adudu menjawab soalan Probe dengan nada geram. Tak pasal-pasal meja jadi mangsa penumbuknya.

Ting! Tiba-tiba Adudu mendapat idea. Dia tersenyum sinis.

"Aku rasa... Aku sudah ada idea yang begitu bernas sekali!" Adudu menyatukan jari-jari tangannya, konon macam villain yang menggerunkan.

"Apa dia, incik boss?" Probe bertanya dengan perasaan ingin tahu.

"Ish, sibuklah kau!" Adudu menjeling tajam ke arah Probe. Menyampah aje!

Probe berkata dengan suara yang perlahan. "Hrmm.. Sampai bilalah aku akan menderita macam ni.."

"Apa dia?!" tengking Adudu yang baru sahaja ingin meneguk air dari cawan besinya. Dia memandang ke arah Probe dengan pandangan maut, tangannya sudah bersedia untuk melemparkan cawan besi yang dipegang ke arah pembantunya itu.

"Eh! Aku kata.. aku akan terima apa saja arahan atau idea incik boss!" Probe menabik hormat, dengan wajah yang berpeluh.

"Hah, bagus! Bila sudah sampai masa, aku akan jalankan idea aku.Tapi sebelum itu.." Adudu sengaja menggantungkan ayatnya, sebelum berbisik perlahan kepada komputer.

Probe pula terpinga-pinga sendirian. Alahai, kasihan si ungu ini..

"Baik encik boss!" Komputer terus berlalu pergi sebaik saja menerima arahan dari bosnya.

Probe pula, memandang komputer dengan wajah bingung.

"MUAHAHAHA!! BERSEDIALAH KAU, BOBOIBOY! AKU AKAN HANCURKAN KAU! MUAHAHAHA!! Uhuk-uhuk.." Adudu menepuk dadanya berkali-kali. Tersedak air liur!

Itulah, gelak tak ingat dunia lagi. Kan sudah terbatuk?

"Itulah incik boss, gelak tak ingat dunia lagi.."

Probe menggeleng kepala. Sudahlah ketawa Adudu tu sumbang, kalau merdu tidak apa juga. Ini? Sakit telinga mendengar.. Huh!

"Diamlah!" seketika terlihatlah cawan besi terbang, betul-betul tepat mengenai kepala besi Probe.

Tak pasal-pasal benjol kepala si Probe. "Aduh.. ma.. maafkan aku incik boss! Tak sengaja cakap macam tu.." Probe menyentuh benjolan di kepalanya itu. "Aduh! Pedihnya!"


Apalah nasib kalau jadi si Probe ini. Asyik dibaling cawan besi oleh bos sendiri. Bertabahlah Probe.

Bersambung..

________________________________________

Bersambung lagi.. Wachaa...0^0

Jadi... Rancangan apa yang Adudu tengah rangka tu?? Hehe.. Tunggulah~

TERIMA KASIH ABANG HALI! | BOBOIBOY HALILINTAR Where stories live. Discover now