AKAN DATANG
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin🐞Random Part🐞
Tiga kali salam diberi, daun pintu dibuka. Terpacul susuk wanita yang dirindui setengah mati dengan mulut ternganga.
"Sayang! Abang datang."
Deana menutup mulutnya dengan telapak tangan. Tidak percaya dengan apa yang ada di depan mata. Dua tiga kali matanya dikelipkan. Terasa seperti berada di alam mimpi.
"Abang?"
"Sayang tak mahu pelawa abang masuk? Ayah mana?"
"Err... ay..."
"Sayang tunggu!" Belum sempat Deana memanggil ayahnya, pergelangan tangan wanita itu diraih Firash. Jambangan bunga dihulur dengan hati yang penuh mengharap. "Maafkan abang!"
Tiris setitik air mata lelaki itu.Deana terkedu. Jambangan bunga diterima. Tidak sedar dia mengusap pipi Firash. Bergetar jiwa raganya namun dia tersedar yang mereka berdua sudah bercerai.
Tubuhnya sedikit dijarakkan. Firash pejam mata. Dia juga terleka yang mereka berdua tidak lagi memegang status suami isteri.
"Ayah!" Laungan Deana bergetar, gugup dan penuh rasa derita.
"Ya...ya... ayah datang ni! Eh... Rash, kamu dah datang? Mari, mari masuk Rash!"
Sepantas kilat tubuh tua itu dirangkul Firash. Erat dan hangat." Maafkan Rash ayah! Ampunkan Rash! Izinkan Rash tinggal di sini! Rash nak rujuk dengan anak ayah semula."
Pilu suara Firash merintih hiba...
Hubungi arenayidin untuk order:
wasap.my/60175816031/PanahanAsmaraHitamarenayidin
19 September 2020
YOU ARE READING
Panahan Asmara Hitam [ TERBIT]
Ficción General💎Excellent Gifted Author 2019 ( EGA Award - Tempat Kedua ) Kerana satu kesilapan akibat kebodohan diri sendiri, Deana terjerat dalam kancah dosa yang berat. Demi membahagiakan suami tercinta dan ibu mertua, dia lupa pada batas dan hukum agama. Lalu...