Bab 1

38 4 0
                                    


Sebelum aku ke London aku adalah seorang pekerja biasa di salah satu syarikat swasta yang mengeluarkan pelbagai buku untuk dijual pasaran.Oh ya korang jangan ingat aku penulis novel dekat situ.Aku hanya seorang kerani capuk yang menguruskan urusan jual beli syarikat yang mencetak buku untuk dijual di pasaran.

Faz jom keluar makan dah waktu rehat ni panggil kak mas. Kak Mas orang yang paling aku rapat dekat company ni.Aku anggap dia macam kakak kandung aku. Oh Ya,aku bukan lah anak yatim piatu aku masih ada kedua orang tua. Company aku kerja terletak di Damansara,aku tinggal berhampiran dengan tempat kerja aku.Aku menyewa sebuah bilik di dalam satu rumah dengan kawan-kawan yang lain.Tapi bukan lah yang aku kenal.Kenal diaorang pun sebab duduk satu rumah dan kami semua banyak buat hal sendiri.

Aku berasal dari Ipoh,keluarga aku menetap di kampung. Macam mana aku boleh merantau kerja smpai ke KL.Semua atas jasa baik Kak Aqilah yang bagitahu dimana salah satu syarikat di bangunan dia bekerja memerlukan seorang kerani yang tahu menguruskan excel dan computer dengan baik.Aku ambil peluang yang ada dengan mengisi borang online untuk jawatan yang ditawarkan.Alhamdullilah aku diterima bekerja atas pengalaman yang aku ada sebelum ni.

Sebelum aku bekerja di damansara aku bekerja di sebuah kilang sebagai kerani disitu.Mungkin disebabkan aku ada pengalaman bekerja di syarikat ini aku diterima.Kenapa aku nak kerja di damansara dan tak teruskan kerja di kilang tersebut bukan disebabkan aku ada masalah dengan family tetapi kerja yang aku buat tak setimpal dengan bayaran yang aku terima.

Masa mula-mula sampai dekat kl aku tinggal bersama dengan Kak Aqilah tetapi takde lah lama sangat sebab dia pun dah berkahwin jadi tak manis untuk aku duduk lama2 dengan dia walaupun dia tak kisah tapi aku tak berapa selesa.Apa pulak kata suami dia nanti. Aku dan Kak Aqilah agak rapat sebab masa kecik-kecik aku selalu mengaji Al-Quran dekat rumah dia smpai lah kak Aqilah dah kahwin tak stay dekat kampung dah kita orang jarang berjumpa Cuma contact melalui whatsapp.

Dengan bantuan kak Mas aku dapat menyewa  bilik dengan harga yang berpatutan jelah tak de banyak sangat gaji aku nak sewa satu rumah. Masa hari pertama kerja aku ingat kak Mas ni sombong sangat dengan aku sebab tak nak berborak dengan aku.Seminggu jugak lepas aku kerja tu baru dia tegur aku.Dia minta maaf sebab tak tegur aku bukan sebab dia tak suka aku tapi gigi dia sakit dan rupa rupanya dia seorang yang peramah dan  masuk air jugak sama macam aku walaupun dah kahwin ada anak 5.Kelas kau jah hebat betul Kak Mas ni.Rahsia nak bagi nampak awet muda kena lah makan jamu itulah jawapan yang selalu dia bagi kalau orang tak percaya dengan dia.Nampak muda tapi umur dah nak dekat 40 tahun tapi masih nampak muda.Hah gitew.

' Faz hari ni kau nak makan apa '

' Hurm,hari ni tekak nak jadi mat salleh lah kak mas jom kita makan dekat secret recipe teringin nak makan spaghetti Bolognese dia'.

'Kak Mas geleng2 kepala sambil ngomel habis diet aku seminggu ni Faz sebab hari ni kau nak makan sapegetti kan tapi aku pun dah lama tak makan makanan orang putih.Bak kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'.

'Kak Mas lepas makan ni kita singgah tealive nak tak faz teringin lah nak minum air dia.'

'Hisy ko ni Faz hari ni memang hari ko teringin sangat ke semua benda ko nak makan kalah macam orang tengah mengandung pulak.'

Setelah selesai makan dan masa nak pergi ke parking kereta. Pinnnn.....Bunyi hon kereta yang agak kuat buat  terkejut aku tnasib baik aku tak kena langgar dek orang gila mana yang bawak kereta kemain laju dekat parking kereta dalam shopping mall ni.

' Tak betul apa punya orang , gila ke bawak kereta laju-laju kat sini tak tahu ke sini parking' jerit aku kuat sebab disebabkan hon dia yang kuat tu air tealive yang aku beli tadi jatuh sebabkan terkejut kejadian tadi terlepas dari tangan aku.Nasib baik aku sempat elak kalau tak arwah aku tadi.'

'Itulah kak Mas pun terkejut tapi nasib baik faz tak de pape.Faz perasan tak no plat kereta dia'.

'Mana nak perasaan kak dah terkejut Cuma saya ingat kereta dia kereta audi hitam.Nanti kau kalau aku jumpa kau kat mana-mana aku calarkan kau En Audi tak bertauliah tak pasal membazir RM 20 aku'

'Dah2 Faz lain kali Kak Mas belanja tealive dah mungkin orang yang bawak kereta tadi tu rushing ade benda yang nak dibuatnya'.Pujuk Kak Mas bagi menghilangkan rasa sedih aku sebab kempunan nak minum tealive.Huhuhu sedih tau..

Kami pulang ke office dengan hati yang sedang menahan marah dek kejadian yang berlaku.

* Kalau ada sesiapa nak bagi cadangan untuk baiki coretan saya boleh kongsikan kepada saya.Saya sudi mendengar untuk perbaiki lagi dengan lebih baik.


Kisah Hidupku Si Pelangi petangWhere stories live. Discover now