Bab 2

41 5 0
                                    


" Weh,korang pergi makan mana.Lambat sangat masuk office penat tau aku tunggu korang berdua" tanya si Milah aka wartawan gossip Megah Holdings Sdn Bhd.Apa-apa info terkini company kalau nak tahu cari je dia ni.Kalah wartawan surat khabar tau.Tapi bila ditanya perkembangan negara satu pun tak nak amik tahu.

' Hah , kenapa kau cari kitaorang penting sangat ke sampai tak boleh tunggu kitaorang balik lunch' tanya aku.

' Korang ingat tak masatu kita meeting dengan bos minggu lepas dia ada cakap anak dia yang dekat oversea tu dah nak balik Malaysia ambil alih company ni kan.Dia ada datang tadi cari si Kak Mas lah nak tanya pasal syarikat'.

Utuk pengetahuan korang semua company aku bekerja bukan lah hanya menerbitkan buku je tapi lebih banyak perniagaan macam mengeluarkan produk minuman dan banyak lagi untuk di pasarkan di kebanyakkan kedai di negara kita ni.Tapi macam aku kerja untuk bahagian penerbitan buku lah sebab dekat sini ada macam-macam bahagian.

' Ya, ingat kenapa. Anak Datuk Malik ada datang.Wah untung lah kau milah dapat jumpa anak bos' .

Kihkihkih saja aku nak bagi kembang kan hati ko Milah ko kan suka dipuji cakap aku di dalam hati.

' Hehehe, itulah jumpa  terus jatuh hati betul aku dekat dia.Jatuh cinta pandangan pertama '. Siapa lah tak nak lelaki macam tu dah lah tinggi handsome pulak tu putih pun ya jugak ' jawab si Milah dengan perangai gedik setiap kali nampak lelaki handome macam ni lah jawapan dia.

' Dah tu ko cari kitaorang nak bagitahu ni je ke.Ekeleh ingat kenapa.Dah lah pergi sambung kerja kau.Tau lah aku nanti nak updated dia tadi dia cakap dengan aku tak jadi masuk office ni time aku keluar makan cari aku pulak 'Ngomel Kak Mas.

Untuk makluman Kak Milah adalah salah seorang orang terpenting dalam syarikat yelah dengan pengalaman dia yang dah kerja dekat sini hampir lebih dari 10 tahun.Dia merupakan salah seorang pembantu peribadi bos untuk bahagian penerbitan buku.Di setiap bahagian dalam syarikat terdapat pembantu peribadi bos yang akan update aktiviti laporan terkini bahagian masing-masing kepada bos aka Datuk Malik.

..............................................................................................................................

Tepat pukul 5:30 petang aku gerak balik ke rumah. Sebelum balik singgah dulu dekat kedai makan favourite aku.Hari ni tekak teringin nak makan meehoon tom yam.Betul lah cakap Kak Milah hari ni asyik teringin nak makan.Haih nak masak malas kedai je lah jalan cepat kalau malas masak.Nasib bujang lagi kalau dah kahwin setiap hari makan kedai apa pulak kata laki aku nanti.

Haih jauh lagi nak pikir pasal kahwin.Muda lagi nak kahwin kena luangkan masa sebaik mungkin sementara masih muda ni.Apa lah yang aku merepek kat atas motor ni cakap sensorang.Selalu memang aku bawa motor pergi kerja kalau hujan je naik kereta.Almaklum lah KL mana tak pernah jem nya naik motor lagi senang nak cilok-cilok.Sekejap je dah sampai destinasi yg nak di tuju.

Sampai je dekat kedai aku terus order.Orang dekat kedai ni pun dah kenal aku sebab regular customer diaorang.Petang macam ni kedai Adeff ni tak ramai orang jadi makanan yang aku order siap dengan cepat.

' Awak ingat saya tak ada duit ke nak bayar makanan yang saya makan,kedai awak ni cuba lah update sikit .Orang sekarang mana banyak bawa cash money dalam tangan orang banyak cash less bayar pakai kad je zaman ni 'bising seorang lelaki di kaunter.

' Maaf,bang.Dekat sini memang boleh bayar pakai tunai je' jawab afif budak yang jaga kaunter harini.

' Mana bos kau panggil dia sekarang aku bukan tak de duit kan aku dah cakap aku baru sampai Malaysia semalam jadi aku belum keluarkan duit dekat bank kalau ko boleh terima USD amik lah tapi tapi ko lah untung aku makan apa je nak bayar mahal-mahal guna USD' bising lelaki itu lagi.

' Bos , saya keluar pergi kedai beli barang tak pasti pukul berapa dia balik '.

' Kau panggil lah sesiapa dekat sini yang jawatan tinggi aku ni nak cepat ada hal , aku ni ade benda lain lagi nak buat '.

Aku terus ke kaunter untuk mengelakkan keadaan jadi keruh sebab orang sekeliling melihat keadaan yang bising itu.

' Afif,kira akak punya sekali dengan abang ni punya'

'Eh,kenapa awak nak bayar saya punya makanan awak pun ingat saya ni tak ada duit ke 'lelaki itu bercakap kepada aku.

Aku toleh lihat muka lelaki itu . Aik muka boleh tahan handsome,sado pun ye jugak tapi mulut boleh tahan berbisa.Spesis yang jenis nak menang je lah ni.Pantang betul aku kalau jumpa spesis macam ni.

' Tak ,saya tahu encik ada duit.Tapi encik juga cakap tak de cash money kat tangan kan.Takpa anggap je saya belanja encik harini.Lagipun encik lama sangat dekat kaunter ni saya pun nak bayar makanan dan nak balik.

' Berapa Afif semuanya tanya aku.Lelaki itu hanya diam setelah aku cakap macam tu dan membiarkan sahaja aku bayar tanpa banyak cakap.Mungkin baru perasan orang tengok drama dia bising dekat  kaunter.

Setelah selesai bayar aku terus menuju ke motor yang aku parkir di depan kedai.Lelaki tadi mengekori aku di belakang.Dah kenapa pulak mamat ni follow aku pulak tak kan nak cari pasal dengan aku pulak lepas aku dah tolong bayar kan makanan yang dia makan.

' Berapa nombor awak,bagi saya nanti saya bayar balik duit yang tadi awak bayar '.

' Eh,takpa2 saya ikhlas tolong bayarkan '.

Haih nak nombor aku pulak kalau ko tak buat drama tadi dekat kaunter dah lama aku bagi tapi nanti tak pasal lepas bagi nombor dkt ko sekolahkan aku pulak.

' Aku tak nak terhutang budi pulak dengan ko.Agaknya ko nak amik kesempatan dekat aku tu yg ko tolong bayar sebab aku handsome ke pastu ko igt aku akan jatuh cinta dengan kebaikan yang ko buat dekat aku. Lepastu happy ending macam drama korea dkt tv tu ' jawab mamat tu.

Hati yang tadi rasa nak buat kebaikan dekat orang ni bertambah rasa bengang dengan apa yang dia cakap.

'Eh ko tu bukan nye nak berterima kasih dekat orang yang ko tolong ko malah ko berburuk sangka.Tak pernah aku jumpa orang macam ko ni.Lepasni aku harap aku tak berjumpa lagi orang macam ko ni.Spesis mamalia yg jenis nak menang je 'jawab aku dengan rasa marah yang makin tinggi dalam diri.

Dengan pantas aku start motor terus gerak malas nak menunggu mamat kerek ni nak balas yang aku cakap.Ko ingat ko handsome sangat tapi mulut longkang macam ko kesian siapa yang jadi isteri ko nti.Macam mana lah boleh tahan dgn org yg mulut puaka.Hah tak pasal aku membebel sendiri.

Sampai ke malam aku teringat kejadian yang berlaku petang tadi dekat kedai makan tadi.Harap tak da orang yang aku kenal nampak aku sound mamat tu.Memalukan betul. Dan jangan lah aku berjumpa mamat kerek tu lagi.

Kisah Hidupku Si Pelangi petangWhere stories live. Discover now