Bab 1| Iris

290 18 6
                                    

Pintu rumah dibuka luas, Ali memandang ke kiri dan kanan sebelum menapak masuk ke dalam rumahnya. Keadaan di dalam rumah yang gelap dan sunyi kerana ketiadaan orang dipandang sekeliling, Ali mengeluh.

"Ayah mesti masih kerja," kata Ali seorang diri dengan perasaan kecewa, Ali menatap ke arah burung hantu putih yang berada di dalam dakapan dia.

"Mari aku rawat kau dahulu," kata Ali lalu dia berjalan ke tingkat atas, di mana bilik dia berada.

Ali meletakkan burung hantu itu di atas bakul berisi bantal yang boleh dimuatkan di dalam bakul itu, dia menukarkan seragam sekolahnya ke baju yang sedikit selesa lalu dia berjalan keluar untuk mengambil kotak kecemasan yang diletakkan di tingkat bawah. Sementara Ali sedang sibuk mencari kotak kecemasan, sayap burung hantu yang berada di dalam bakul itu perlahan-lahan bergerak. Sudah sedar barangkali. Dia perlahan-lahan membuka matanya, memandang sekeliling bilik Ali yang agak futuristik itu.

"Aku di mana?" soal burung hantu itu.

"Akhirnya aku dah jumpa ubat!" Suara Ali tiba-tiba membuatkan burung hantu itu sedikit terkejut, mata dia yang bulat berwarna biru itu menatap ke arah sosok tubuh Ali yang berjalan masuk ke dalam bilik.

"Ali!" jerit burung hantu itu membuatkan Ali terkejut pula.

"Opocot!" Latah Ali sehingga dia terjatuh terduduk di atas lantai manakala kotak kecemasan yang dipegangnya turut terlepas dan jatuh.

"Alamak! Maafkan aku, Ali! Kau okey?!" soal burung hantu itu dengan perasaan penuh risau.

"Aduh, sakitnya tapi kenapa aku macam dengar suara orang cakap dengan aku?" soal Ali lalu dia memandang sekeliling dengan wajah kehairanan.

"Akulah yang cakap dengan kau!" Suara itu kembali mengejutkan Ali, dia memandang tepat ke arah burung hantu yang berada di dalam bakul itu.

"Kau ke yang cakap dengan aku?!" soal Ali.

"Ya!" balas burung hantu itu menyebabkan Ali menjerit histeria.

"Eh?! Kenapa kau jerit ni, Ali?! Ali?!" Burung hantu itu menjadi panik kerana jeritan Ali itu.

"Tak mungkin! Tak mungkin! Ini cuma mimpi! Burung mana boleh bercakap!" Ali semakin panik apabila mendengar suara daripada burung hantu itu.

"Kau bukan mimpilah, aku wujud! Aku memang boleh bercakaplah!" balas burung hantu itu pula.

"Tidak! Aku tidak mempercayai kau!" Ali membalas pula membuatkan burung hantu itu mengeluh berat lalu melompat turun dari bakul yang didudukinya dan melompat-lompat kecil ke arah Ali.

"Kau jangan dekat dengan aku! Kau jangan!" jerit Ali panik sambil mengengsot ke belakang setiap kali burung itu menghampiri dia.

"Kau jangan takutlah, nama aku Iris!" Burung hantu itu memperkenalkan dirinya.

"Aku tak nak tahu nama kaulah, pergi! Pergi!" Ali cuba menghalau burung itu daripada mendekatinya.

"Kau percaya dengan magik?" soal Iris.

"Tidak! Aku tidak percaya dengan magik! Magik tidak wujud! Ini semua cuma mimpi! Mimpi!" balas Ali dengan nada masih ditinggikan, masih panik dengan apa yang dia hadapi barangkalinya manakala Iris mengeluh lalu dia mematuk kaki Ali menggunakan paruh dia membuatkan Ali menjerit kesakitan.

"Adoi! Sakitlah!" rintih Ali lalu menggosok kakinya yang dipatuk tadi.

"Sekarang kau dah percaya yang kau tidak bermimpi?" soal Iris.

"Jadi memanglah kau boleh bercakap tapi macam mana?" soal Ali pula.

"Senang, ianya magik! Cuma orang yang mempunyai darah ahli sihir boleh memahami bahasa aku," balas Iris, Ali membulatkan matanya.

"Jadi maksudnya aku ni darah ahli sihir?!" soal Ali dengan nada terkejut lalu menerima anggukkan daripada Iris.

"Cun!" jerit Ali riang.

"Ali, kamu buat apa kat atas tu?!" Tiba-tiba satu suara menarik perhatian Ali dan Iris.

"Alamak! Ghazali dah balik, aku kena menyorok!" Iris menjadi panik semula lalu dia berlari, mencari tempat untuk bersembunyi.

"Eh?! Tapi kenapa?!" soal Ali.

"Aku tak boleh bagitahu kau lagi," balas Iris lalu dia menyorok di bawah katil Ali.

"Ali, apa yang kamu buat kat atas lantai itu?" soal Ghazali apabila dia terperasan yang Ali terduduk di atas lantai.

"Ali tengah cari barang jatuh tadi," balas Ali, menipu.

"Ini, kenapa ada kotak ubat kat sini?" soal Ghazali lagi sambil mengutip kotak kecemasan yang terjatuh di atas lantai.

"Ali sakit perut tadi, Ali cubalah cari ubat sakit perut kat dalam tu." Ali membalas lagi dengan penuh penipuannya.

"Baiklah, kalau macam tu. Tadi kamu cakap dengan siapa?" soal Ghazali membuatkan Ali terkaku seketika, matanya memandang sedikit ke arah katil dan dia terasa peluh mula membasahi dahinya.

"Tak ada apa-apa, ayah. Ali cuma main game," balas Ali manakala Ghazali mengerutkan dahinya.

"Maafkan Ali sebab menipu ayah," kata Ali di dalam hati.

"Ali, betul apa yang kamu cakapkan ni?" soal Ghazali.

"Ya, betul! Oh, baru Ali teringat! Ali ada sesuatu nak tunjuk kat ayah!" Ali cepat-cepat menukar topik dan berlari ke arah beg sekolahnya, dia membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan kertas keputusan UPSR daripada begnya.

"Nah, ayah. Keputusan Ali," kata Ali lalu menghulurkan kertas itu kepada Ghazali.

"Maafkan, Ali. Ali tidak dapat keputusan yang cemerlang," ucap Ali, dia menundukkan kepalanya.

"Tak apa, ini pun sudah cukup baik. Janji kamu sudah berusaha," kata Ghazali lalu mengusap lembut rambut anaknya itu.

"Terima kasih, ayah." Ali memberikan senyuman kepada Ghazali lalu dibalas kembali oleh Ghazali.

"Ah, pasal sekolah menengah kamu. Ayah akan daftarkan kamu kat sekolah menengah dekat dengan sekolah rendah kamu," kata Ghazali pula membuatkan Ali terdiam seketika.

"Tak apakan kamu sekolah di situ sahaja?" soal Ghazali.

"Tak apa, janji Ali dapat belajar itu pun sudah cukup." Ali membalas, Ghazali tersenyum lagi. Tiba-tiba telefon bimbit milik Ghazali berbunyi.

"Ah, ayah kena jawab panggilan ni dulu." Ghazali mengeluarkan telefon bimbitnya, menjawab panggilan itu dan berjalan keluar dari bilik Ali.

Ali menatap ke arah ayahnya yang sibuk menjawab panggilan itu, dia menghela nafas lega sebelum dia menutup pintu biliknya. Iris yang melihat dan mendengar seluruh perbualan antara dua beranak itu berasa kasihan dengan Ali, dia melompat keluar dari bawah katil dan mendekati Ali.

"Tak apa, Iris. Aku okey," kata Ali lalu dia tersenyum ke arah Iris.

"Ali.." Iris berasa sedih melihat senyuman Ali itu, dia tahu yang senyuman itu mempunyai pelbagai maksud yang tersirat disebaliknya.

"Oh ya, mari aku rawat luka kau." Ali mengangkat Iris masuk ke dalam bakul semula lalu dia merawat luka-luka yang ada pada Iris manakala mata Iris masih menatap ke arah Ali.

Iris cuba memikirkan hal yang boleh menghiburkan Ali, dia memandang sekeliling sebelum dia terperasan satu logo yang dia amat kenali terlekat di dinding bilik Ali. Iris mendapat idea yang bernas.

"Ali?" sapa Iris.

"Ya?" balas Ali.

Nak tak kau menyertai M.A.T.A?" soal Iris lalu Ali berhenti merawat burung itu dan menatap ke arahnya dengan kerutan di dahi.

"M.A.T.A?"

My Witch Academia [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now