Bab 3| Pendaftaran

219 19 0
                                    

"Ali, bangun." Tiba-tiba satu suara menerpa indera pendengaran Ali, Ali termamai-mamai bangun dari tidurnya akibat suara itu.

"Kenapa bangunkan aku ni?" soal Ali yang masih dalam keadaan mamai, dia menggosok-gosok matanya dan dengan rambutnya yang berserabut. Ali menguap dengan luas.

"Tutuplah mulut kau masa menguap! Busuk!" Iris menatap datar sambil menutup mulut Ali menggunakan sayap dia.

"Aku nak kena balik ke Cyberaya ni," kata Iris.

"Apa?!" Mata Ali menjadi segar secara tiba-tiba apabila mendengar kata-kata yang keluar dari paruh burung hantu berbulu putih bak salji itu.

"Ya, aku akan beritahu tentang kau untuk menyertai M.A.T.A tapi kau ingatkan apa yang ayah kau cakap kat aku malam tadi?" soal Iris.

"Ah, ya. Kau kena keluar dari rumah ini," kata Ali dengan nada sedikit kecewa.

"Betul tu tapi kau jangan risau, aku beritahu segalanya kat pihak M.A.T.A tentang kau. Aku janji," kata Iris bagi menyakinkan Ali.

"Baiklah, kalau kau cakap begitu. Jaga diri," kata Ali sambil dia mengambil alat kawalan jauh yang berada di atas meja kecil di tepi katil dia dan dia menekan salah satu butang pada alat kawalan jauh itu lalu salah satu tingkap di biliknya terbuka secara automatik.

"Kau pun sama, jaga diri." Iris tersenyum ke arah Ali lalu Ali turut membalas senyuman Iris itu dan burung hantu itu mengibarkan sayapnya, terbang keluar dari bilik Ali.

Ali menatap ke arah Iris yang terus terbang tanpa memandang semula ke arahnya, Ali mengeluh berat lagi. Dia sudah tidak tahu seberapa banyak keluhan yang dia lepaskan selepas berjumpa dengan Iris. Dia terasa berat untuk lepaskan Iris keluar tetapi disebabkan kehendak ayahnya, dia dan Iris terpaksa turuti tetapi ada sesuatu Ali sedar...

Mengapa ayah amat tidak suka dengan kehadiran Iris?

Mengapa ayah dia marah sangat kalah dia menyertai M.A.T.A?

Apakah hubungan ayah dia dengan M.A.T.A?

Bagaimana ayah dia memahami bahasa Iris?

Adakah ayah dia juga seorang ahli sihir?

Dan pelbagai persoalan yang terbuku di hati Ali tetapi dia terpaksa pendamnya kerana dia tahu bahawa ayahnya pasti akan mengelak daripada menjawab kesemua persoalan itu. Aku mengeluh lagi sekali.

"Serabut betullah!" jerit Ali.

"Ali! Mari makan sarapan!" Tiba-tiba suara Ghazali kedengaran dari tingkat bawah.

"Baik!" Ali membalas lalu dia menggelongsor turun dari katil dia dan berlari ke ke ruang makan.

"Dah basuh muka? Dah gosok gigi?" soal Ghazali yang sudah duduk di meja makan, Ali tersengih seperti kerang busuk sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik mandi untuk berus gigi dan basuh muka.

Setelah selesai memberus gigi dan membasuh mukanya, Ali duduk di meja makan bersama ayahnya. Dua keping roti diambil lalu diletakkan di atas pinggan sebelum Ali mengoleskan jem strawberi ke atas roti bakar tersebut.

"Ayah tak pergi kerja ke hari ni?" soal Ali.

"Ayah pergi kerja lambat sikit hari ni," balas Ghazali.

"Kamu dah keluarkan burung tu dari bilik kamu?" soal Ghazali.

"Dah," balas Ali ringkas.

"Bagus, ayah tak nak kamu sesekali pun bawa masuk burung itu ke dalam rumah ni. Faham?" kata Ghazali dengan nada sedikit tegas.

"Faham," balas Ali acuh tidak acuh.

Tiba-tiba telefon bimbit Ghazali berbunyi, Ghazali terus mengangkat telefon itu dan menjawab panggilan tersebut.

"Tempat kerja telefonlah tu," fikir Ali.

"Ganti tempat? Baiklah, saya akan pergi sekarang." Ali mendengaran perbualan ayahnya pada pemanggil yang memanggil dia, tanggapan Ali amatlah benar.

"Kamu kemas semua ni tau? Ayah nak pergi kerja," kata Ghazali lalu dia terus berlalu pergi dalam keadaan tergesa-gesa, meninggalkan Ali bersendirian di ruang makan.

Sementara itu di Magical Alchemy Thaumaturgy Academy atau lebih dikenali sebagai M.A.T.A, terlihat tiga sosok yang tidak dikenali sedang duduk di meja bulat yang sama. Meja bulat tersebut mempunyai empat tempat duduk tetapi cuma tiga sahaja yang duduki manakala lagi satu ditinggalkan kosong. Tiga pasang mata menatap ke arah hologram yang dipasang di tengah meja bulat itu, mereka bertiga menatap ke arah satu per satu profile pelajar yang bakal menyertai M.A.T.A.

"Cik Dayang!" Tiba-tiba satu suara menarik perhatian mereka bertiga, mereka bertiga menatap ke arah empunya suara itu iaitu Iris yang sedang bertenggek di atas kerusi kosong tersebut.

"Iris, kamu sudah kembali. Kamu pergi mana semalam?" soal  Dayang.

"Saya ada berita yang nak saya beritahu kat cik ni," kata Iris tanpa menjawab persoalan Dayang itu tadi.

"Berita apa?" soal Dayang yang tertarik dengan kata-kata Iris itu.

"Ali, dia nak menyertai M.A.T.A!" balas Iris dengan teruja manakala mereka bertiga membulatkan mata mereka lalu memandang antara satu sama lain.

"Ali?! Ali anak kepada Aliya nak menyertai M.A.T.A?!" soal pula lelaki yang sudah baya umurnya dan memakai seragam kerja berwarna kekuningan.

"Ya, Encik Zain." Iris menganggukkan kepalanya.

"Bukan ke dia sepatutnya dilarang mengetahui tentang M.A.T.A?" soal pula lelaki berkulit gelap dan berambut afro dan berseragam kerja berwarna kebiruan.

"Benar itu, Ganz. Adakah kamu yang beritahu tentang kewujudan M.A.T.A kepada dia? Iris?" soal Dayang.

"Ya tapi bukan ke kita patut beritahu tentang kewujudan M.A.T.A? Dia manusia berdarah ahli sihir putih, M.A.T.A memerlukan ramai lagi ahli sihir berdarah seperti itu. Lagipun dia anak kepada Aliya! Anak kepada ahli sihir terbaik M.A.T.A! Takkan kita nak lepaskan peluang kita?!" kata Iris panjang lebar bagi menarik perhatian mereka bertiga.

"Lagipun M.A.T.A sekarang dalam krisis, ramai yang sudah tidak tahu kewujudan M.A.T.A sejak ketiadaan Aliya. Zaman kegemilangan M.A.T.A seperti dihapus begitu sahaja. Jadi ini peluang kita untuk bangkit semula," sambung Iris.

"Baiklah, kalau kamu cakap begitu. Kami akan bincangkan dahulu tentang hal ini," kata Dayang lalu tersenyum lembut ke arah Iris.

"Terima kasih, Cik Dayang." ucap Iris.

Dayang mengusap dagunya, memikirkan tentang kata-kata Iris tadi. Dia bergerak sedikit ke hadapan daripada menyandarkan badannya ke kerusi, dia mengerakkan tangannya di hadapan sensor hologram lalu hologram itu bertukar skrin dan profile tentang Ali terpapar di hologram tersebut.

"Jadi, macam mana?" soal Dayang lalu matanya menatap ke arah Zain dan Ganz secara bergilir-gilir.

"Sepertinya dia perlukan latihan yang lebih tinggi daripada pelajar lain," kata Ganz.

"Benar itu," kata Zain pula, menerima pendapat Ganz itu.

"Tetapi kita ada satu masalah," celah Iris.

"Masalah apa?" soal Dayang.

"Ghazali, dia tak benarkan Ali menyertai M.A.T.A. Sepertinya dia masih tidak suka dengan M.A.T.A setelah apa yang berlaku pada 11 tahun yang lalu," balas Iris lalu Dayang semakin serius berfikir.

"Saya tahu siapa yang boleh bantu ini," kata Dayang.

"Siapa, cik?" soal Iris.

"Bakar,"

My Witch Academia [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now