Aku masih duduk menonton drama korea yang Fiza buka tadi. Demi Fahmi, sanggup dia tinggalkan drama korea kegemarannya. Cuba kalau aku yang memanggilnya
Aku menggeleng kepala perlahan. Haram nak bergerak
Aku menjeling jam di tepi tangga, 5.30 petang. Perut aku mula berkeroncong kuat, lapar. Aku mengatur langkah ke dapur untuk mengisi perut.
Sedang aku kusyuk menikmati makanan ku, aku terasa bahu kananku dicuit perlahan. Aku toleh ke kanan ku
Chupp
Faiz mencium sekilas bibirku dan berlalu duduk di sebelah kiriku
"Rasa sambal bibir you" dia berkata sambil mengelap bibirnya yang terkena sambal
Aku menjeling sambil menyambung suapan yang masih berbaki
"Fiza mana ?" tanya Faiz
"Kat atas, tidur rasanya" kataku lalu menyuap udang yang telah ku buang kulitnya ke dalam mulut
Faiz menarik sedikit kerusi ku rapat ke arahnya lalu mencium sekilas pipiku. Kedua tangannya naik membelit pinggangku
Dapat aku hidu bauan mandian maskulinnya dari badan. Faiz memang akan mandi selepas bermain gym kerana gym yang dia kunjungi adalah khas untuk ahli sahaja dan mempunyai bilik mandian sendiri.
Aku pernah sekali menemaninya ke sana tetapi tidak lagi kerana kali terakhir aku ke sana, ada beberapa lelaki mengodaku. Sejak itu, Faiz tidak lagi bawa aku ke sana
"Dah lama bangun ?" tanya Faiz. Dagunya di labuhkan di bahu kiri ku
"Pukul 4 tadi. Kenapa tak kejut I" soalku
"Saja" balasnya
Faiz mencium sekilas pipiku lagi. Tangannya mengelus lembut sisi pinggangku, dagunya masih di bahuku melihat aku sedang membuang kulit udang
"Nak ?" aku bawa udang yang siap di kopek ke mulutnya
Faiz menganga luas dan aku menyuap udang tersebut
Aku juga turut membuang kulit seekor lagi udang dan menyuap ke dalam mulutku. Aku mencapai air kosong suam dan minum bagi melegakan sisa makanan di dalam mulut
Aku memandang Faiz di bahuku. Posisi yang masih sama, dagunya di letakkan di atas bahu ke dan wajahnya menghadap sisi wajah ku dengan matanya dipejam rapat seakan tidur. Tangannya masih kukuh membelit pinggang rampingku
Aku mendekatkan wajahku ke wajahnya lalu aku menggeselkan perlahan hidung mancung ku dengan hidung mancungnya. Faiz tersenyum nipis lalu membuka matanya perlahan, aku mencium sekilas bibirnya
Dia mendekatkan wajahnya dan ingin mencapai semula bibirku tetapi cepat-cepat aku tahan
"You, I dah sudah ni. Nak bangun basuh" ujarku sambil menunjukkan pinggan yang hanya berisi kulit-kulit udang dan tanganku yang kotor
Dia kembali duduk tegak dan perlahan-perlahan melepaskan pinggangku dengan wajah cemberut. Aku menggeleng kepala perlahan lalu bangun dan atur langkah ke dapur
Baru sahaja aku membuka paip singki, sepasang tangan sasa membelit pinggangku. Sebuah ciuman turut Faiz labuhkan di bahuku lalu menyinggah dagunya di situ, dia hanya memandang aku membasuh pinggan
Selesai aku membasuh, aku keringkan tangan dengan kain lap lalu berpusing memandang Faiz yang masih menempel di belakangku. Tanganku melilit manja lehernya
"Kenapa manja sangat ni" soalku
Muka Faiz makin cemberut. Tangan kanannya naik mengelus pipiku lembut buat seketika, dia menarik aku rapat ke mukanya lalu dia geselkan manja hidung kami seperti aku buat padanya tadi
