Mungkin (1)

26 2 2
                                    

Rahimah merempuhi orang ramai, melarikan dirinya dari lelaki yg disangkanya mencintainya selama ini.

Teman lelakinya, Raykal membawa Rahimah pergi mall sebab dinyatakan festival sempena hari wanita sedunia yang diadakan di mall tersebut. Mereka pasangan yg mengetahui batas masing masing, maka mereka berjalan tak berpegangan tangan. Tetiba satu suara memanggil " Babe!" Belum je pasangan tersebut memusing ke arah suara, tangan raykal telah dirangkul oleh seorang wanita yg bertubuh kecil dan cantik wajahnya.

Raykal terpegun tetapi pada waktu yg sama terdiam, manakala Rahimah menjauhi diri dari Raykal, dan memandangnya dengan kesakitan yg terpendam. "Baby! U tak beritahu pun U nak dtg kat sini~ nak beli untuk mummy ke?...Um, babe, siapa perempuan ni?" akhirnya wanita tu bertanya. Rahimah terus sedar dan mengatakan dengan segera "Ah, maaf cik, saya hanya lalui kawasan ni, maklumlah ramai sangat kat mall ni" dan terus lari merempuhi org ramai dengan tubuh chubbynya.

Raykal hanya terdiam, masih dlm syok. Dia melepaskan tangan wanita yg bernama Arianna. "anna, apa kau buat ni?! Kau tau tak tadi tu siapa?!" tengking Raykal pada Arianna. Arianna hanya menjelingkan matanya. "Of courselah I tau, dia tu gf u yg u tak berapa nak suka, right? U date dengan dia hanya sebab bet dari abg I. Sebab duitlah, u date her" Arianna menepis rambutnya kebelakang.

Raykal mengangkat tangan hendak menampar Arianna tapi Arianna tak salah...Apa yg Arianna katakan betul, hubungan dia bermula dari taruhan abg arianna waktu mereka pergi kedai mamak. Raykal ni pantang dicabar. Tapi sekarang dia dah tak payah nak tahan dah, hubungan mereka dah berakhir kan? dia dah bebas.

5 bulan kemudian

Rahimah melalui harinya seperti biasa. Hubungannya dengan Raykal dah berakhir. Ye, mula-mula memang sakit rasanya, rasa tertipu dan dikhianati tetapi rupanya selama ni cuma one sided je pun. Kau je yg kuat perasan, Rahimah, Rahimah.

Selama 5 bulan ni, Rahimah menjauhi diri dari org sekeliling kecuali keluarganya sendiri. 3 bulan yg lalu,kedua orang tua Rahimah ada bertanya bila dia hendak mencari pasangan dan berkahwin. Rahimah pulak ada hati nak bergurau waktu ibu dengan ayah dia serius. Rahimah mengatakan "Apa kata mak ayah yg pilih? kaka setuju je selagi yg mak ayah pilih lelaki yg baik, bertanggungjawab" Bukan main lebar lagi senyuman ibu Rahimah.

Kini tiba harinya, Rahimah diarahkan oleh ibunya untuk pergi kedai runcit berhampiran untuk membeli bawang putih, bawang merah dengan 1 paket kecil gula. Sebaik je Rahimah jejak kaki kat kedai runcit itu, wajah yg paling dia benci muncul dihadapannya. Rahimah hanya mendiamkan diri, dan melintasi lelaki tersebut. "Assalamualaikum, adik manis" Tegur salah seorang pekerja. Rahimah menjawab salamnya dan senyum. Lelaki tu hanya memerhatikan dan mengikuti Rahimah.

Rahimah yg merasai kehadiran lelaki tu pusing dan memandang tajam lelaki tersebut. Akhirnya Rahimah membuka mulut " Apa yg kau nak, huh?" Lelaki itu hanya tersenyum lebar dan menepuk perlahan kepala Rahimah yg berbalut tudung labuhnya. Rahimah segera mengundurkan diri. "Kau masih ingat pada aku rupanye. Heh, Masih comel mcm dulu" tegur lelaki tu. Rahimah menjeling pada dia " Apa yg kau nak lagi, Zayyan? Tak cukup ke kau sakat aku waktu dulu?"

"Aku nak kahwin dengan kau, boleh?"Kata Zayyan dengan wajah yg serius. Rahimah pusing membelakangi Zayyan. "aku takde masa nak layan kau. Aku sibuk. pergi sakat perempuan lain sana" balas Rahimah. Zayyan terus mengikuti Rahimah manakala Rahimah tidak memperdulikan kehadiran Zayyan. Sehinggalah tiba waktu pembayaran. "Semuanya $3, cik adik. Ke suami yg bayarkan?" sakat pakcik cashier. 'Ada juga yg kena humban masuk laut ni' Kata Rahimah dlm hati. Rahimah hendak menghulurkan wang tetapi Zayyan lebih pantas daripada dirinya. "Ha'ah pakcik, Of course encik suami yg bayarkan, pakcik" Rahimah terkedu "lelaki ni kan, haish dasar buaya"

Cerpen Melayu  Vol 1Where stories live. Discover now