Berbeza 1-Naugthy

17 0 0
                                    

"TENGKU Enn Aidle dan Tengku Enn Aidyn. Mana korang sorok phone abang hah? "Soal Aidan dengan geram.

"Berdiri depan abang sekarang."

Seperti seorang komander memberi arahan. Dengan langkah yang laju Aidle dan Aidyn berlumba-lumba untuk berdiri di hadapan abangnya.

"Mana korang sorok phone abang? Bagi balik."

Tangannya dihulur untuk meminta teleponnya kembali

"Mana ada Aidle dan Aidyn sorok. Cuba abang check betul-betul"kata Aidle untuk pertahankan dirinya.

"Yalah abang ni. Cuba abang check betul-betul"kata Aidyn pula.

"Eh Aidyn tak payahlah ulang ayat Aidle. Pikirlah ayat lain. "

"Mana da Aidyn ulang ayat Aidle, Aidle yang ulang ayat Aidyn"

"Aidyn yang ulang ayat Aidle lah"

"Aidle yang ulang.. "

Belum sempat Aidle membalas kedengaran bunyi batuk sengaja dibuat. Aidan memandang mereka dengan muka yang ingin meminta kepastian.

Mereka memandang muka abangnya kembali dengan tersengih-sengih.

Aidwin yang berada di ruang tamu hanya mampu ketawa kecil melihat abang kembarnya yang lain dimarahi oleh abang kembar sulung.

Aidyn yang perasan Aidwin ketawa mula memikirkan rancangan untuk mengenakannya. Dia berbisik di telinga Aidle.Kenyitan mata diberi.

"Cuba abang tanya Aidwin kot-kot dia yang sorok. "

Aidyn hanya mengangguk tanda setuju.

Aidwin terdengar namanya disebut terkejut lalu memandang ke arah Aidyn dan Aidle.

Aidwin melihat mereka tersenyum lalu tersengih jahat.

"Nah,abang call guna phone Aidwin. Mana tahu nanti abang jumpa. "Aidle dan Aidyn mula gelisah.

Aidan berjalan kearah Aidwin lalu telepon itu diambil.Aidan yang mencari nombor teleponnya.Apabila dijumpa butang call terus ditekan.

Bunyi ringtone panggilan masuk kedengaran. Aidan dan Aidwin melihat Aidyn .Aidan mula berjalan kearah Aidyn semakin dekat semakin kuat bunyi ringtone panggilan itu.

Aidle yang terdengar terus menepuk dahinya.

'Adoi ai.. Apalah Aidyn ni lupa nak silentkan phone abang tadi. Matilah macam ni'

Manakala Aidyn terdiam hanya mampu mengucap di dalam hati agar dirinya terselamat.

Aidan memandang Aidyn dengan pandangan membunuh. Telepon itu dikeluarkan dari poket seluar dan terus diberikan kepada tuannya .Aidyn dan Aidle cepat cepat bersujud di kaki abangnya sambil meminta maaf berkali kali .

Diaorang tahu akan tahap kemarahan abang sulung berharap agar abang tidak memberikan hukuman kepada mereka.

Aidwin ketawa terbahak bahak manakala Aidan menggelengkan kepalanya. Aidyn dan Aidle diangkat daripada terus bersujud.

"Kenapa sorokkan phone abang? "

"Sebab-sebab.. "

Mereka tiada jawapan untuk soalan itu kerana mereka hanya ingin mengganggu abangnya sahaja. Aidle dan Aidyn salin membalas pandangan.

"Dalam kiraan satu ,dua.. "

Belum habis kiraan Aidle, Aidyn terus memecut laju keluar meninggalkan Aidle dan abangnya.

BerbezaWhere stories live. Discover now