Berbeza 3-Brother's Talk

5 0 0
                                    

MEREKA bersama-sama menuju ke arah cafe.Belum sampai saja dari jauh sudah tahu yang cafe sudah sesak.Aidan menyuruh Aidwin dan Aidle mencari tempat duduk manakala dia dan Aidyn membeli makanan.

"Aidyn pergi beli air kotak susu and milo, abang nak beli makanan.Aidyn nak makan apa?"soal Aidan

"Abang beli je roti macam biasa."ujar Aidyn.

Tanda tangan ok dilakukan.Aidan berbaris menunggu gilirannya.Apabila gilirannya tiba, dia memesan roti coklat empat makanan kegemaran mereka.Setelah membayar, dia melihat Aidyn sudah menunggunya.

Mereka sama-sama berjalan menuju ke arah Aidle dan Aidwin.Mereka memberikan makanan yang dibelikan tadi satu satu.Baru saja Aidan nak buka bungkusan rotinya, Arean datang duduk dihadapannya. Aidle disuruh menyerot ke tengah.

"Arean tak bertugas ke?"soal Aidwin sambil menghirup air kotak susu miliknya.

"Belum,Arean suruh orang lain cover untuk Arean. Penatlah macam ni."ujarnya. Kepalanya diletakkan di atas meja.

Aidle menyuakan Arean air kotak milo miliknya seperti menyuruh dia minum air itu.Sekali hirup saja habis air milik Aidle.Terbuntang mata Aidle mengenangkan air milonya.

Laju tangannya mengetuk kepala Arean. Wajah geram ditunjukkan ke arah Arean. Arean terkejut, kepala diangakat terus memandang Aidle namun wajah tersengih diberi.

Aidan hanya membiarkan, sudah lali dengan perangai Arean.
"Untunglah ketua pengawas, boleh arahkan orang lain.Ni datang sini buat apa?."

"Ehh, biasalah.Nak lepak dengan korangla. Takkan tak boleh."balasnya

"Bolehlah.Siapa kata tak boleh. "Ujar kembar empat tu serentak.

"Ni Alexa mana?."soal Aidyn yang baru habiskan makanannya.

"Mana lagi, dia bertugaslah tapi tempat lain.Kalau sama mana Arean boleh suruh orang lain cover tempat Arean. Kalau nampak Arean macam ni mesti marah punya. "Jawabnya

Aidwin terpandang Alexa yang baru saja masuk ke dalam cafe. Dia seperti tengah mencari seseorang.Aidwin melihat Arean dihadapannya yang sedang berborak dengan Aidan.

'Mesti cari Arean ni, nasib Arean lah macam ni'ujar Aidwin dalam hati.

Aidan yang perasan kehadiran Alexa menoleh ke arah Aidwin. Mereka hanya membuat muka tidak tahu.Arean yang duduk membelakangi tidak perasan akan kehadiran Alexa.

Alexa berjalan ke arah mereka.Dia berdiri di belakang Arean sambil tangannya disilang dan kaki kanannya dihentak perlahan.Kembar empat itu hanya mendiamkan diri.Arean yang merasai kesunyian itu, tiba-tiba duduk tegak.

Kembar empat itu memberikan signal agar dia menoleh kebelakang. Dengan perlahan-lahan Arean mengerakkan tubuhnya memandang Alexa.

"Ohhh adikku sayang, ada apa ni?."kata Arean dengan muka tak tahu.

"Kenapa muka ni merah, ada orang buli sayang ke?"katanya lagi.

"Ohhh sayang?? Buli? Takda yang  buli.Ni adik nak tanya, abang buat apa kat sini?."soal Alexa dengan geram.

"Emm, abang bertugaslah. Tak nampak ke tadi. "Ujar Arean dengan laju.

"Ooooooo, bertugas... Setahu adik, hari Khamis abang akan berjaga dekat belakang bangunan sebelah padang tu."

"Dekat sana ea abang bertugas hari ni."Kepalanya yang tidak gatal digaru.Kemudian jari telunjuk diletakkan ke dagu tandanya dia sedang mengingatkan jadual bertugasnya.

BerbezaWhere stories live. Discover now