Heyyy!!!! Double update right?
Tajuk : tabahlah wahai hati
Username : srslyitsnothing
Description ;TENGKU ARISSA DANIA nama diberi. Sikapnya yang gedik membuatkan ramai menggelarnya diva sekolah. Cinta pertama? Ya dia ada dan dia tersangatlah pasti semua orang turut mempunyai cinta pertama mereka sendiri. Bagaimana pula dia ingin menawan hati beku milik pengarang jantungnya itu. Hendak lihat muka cantik dia ni pun tak mahu. Namun, Arissa sudah tekad. Dia tetap akan menawan hati beku milik lelaki itu sehingga berjaya.
TENGKU HAIKAL AIMAN seorang yang egois dan sombong terhadap Arissa. Bukannya dia tidak sedar hint yang diberi wanita itu cuma dia malas sahaja hendak melayan. Lagipun dia sudah ada nama yang terukir elok pada sekeping hati miliknya. Cinta juga tidak boleh dipaksa kan? Lambat laun pasti Arissa dapat menerima keputusannya ini.
Hati wanitanya hancur apabila mendapat tahu lelaki yang dicintainya itu bakal berkahwin. Jadi, biar dia sahaja yang mengundur diri jika itu lebih baik. Niat di hati ingin menyambung pelajarannya ke luar negara tetapi bagaimana pula dia boleh terlibat dalam kes kematian tunang Haikal pula. Apa salah dia? Dia dituduh tanpa usul periksa. Jika hendak tuduh dia gatal merenyam itu bolehlah sebab dia memang gatal pun tapi dia takkan sekali-kali membunuh
Ujian demi ujian diharungi Arissa tetapi dia tetap tabah. Biarlah dia simpan sahaja kebenaran tersebut tetapi cacian dan makian yang diterima membuatkan dia pergi membawa diri. Masih adakah bahagia untuk mereka setelah apa yang berlaku?
"Terima kasih Haikal, terima kasih untuk segalanya"
"abang akan sentiasa tunggu sayang. eventhough it will take a 100 years"
![](https://img.wattpad.com/cover/227800376-288-k935202.jpg)
YOU ARE READING
Promote Book
Non-Fiction𝑯𝒂𝒊 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒆𝒓𝒔~ 𝒔𝒐 𝒂𝒖𝒕𝒉𝒐𝒓 𝑹𝒆𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒃𝒖𝒌𝒖 𝒏𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒐𝒕𝒆 𝒃𝒖𝒌𝒖 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒊𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂~ 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒌𝒐𝒎𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒊𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕 𝒃𝒂𝒃 1 𝒐𝒌? 𝒕𝒉𝒂...