MENGINTAI

7.4K 16 0
                                    

Hari itu cerah, panas membahang, terik menyinar alam. Siapa aku? Aku dilahirkan di sebuah kampung yang agak sendu di negeri Perak. Kenapa lahir kat kampung? Ye, aku dilahirkan di rumah kediaman keluarga aku je, bukan di hospital.. Aku dilahirkan pada April, 1991.. Yup.. sekarang aku dah nak masuk 30 tahun umurnya. Aku dah lama tak mengarang cerita, mungkin ini peluang yang ada..

Ceritanya bermula bila aku dah mula menganjak usia anak-anak kecil, umur 6 tahun aku pada ketika itu. Sebagai anak kecil yang baru nak masuk TABIKA, macam biasalah perangai suka buat masalah tak mahu pergi sekolah. Kebiasaannya, aku akan ditemani oleh Mak untuk ke tabika. Sebelum itu, aku nak ceritakan latar belakang keluarga aku dulu.

Aku dilahirkan dalam keluarga serba sederhana pada waktu itu. Ya, ayah aku baru saja kerja dengan sektor kerajaan, dan mak pula pada awalnya kerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang eletronik. Setelah aku berumur 7 tahun, mak berhenti kerja dan sepenuh masa menjadi suri rumah, dan antara sebab lain, aku dapat seorang adik lagi ketika itu.

Rumah kami tinggal adalah rumah keluarga ayah. Rumah kampung, tinggi tiang rumah saja dekat 8 kaki. Memang seronok sangat tinggal kat rumah tu. Tapi apakan daya, yang lama mesti akan ditukar baru kan. Kat rumah itulah aku mula belajar mengintip seusia aku 6 tahun. Apa yang aku intipkan?

Hari itu ayah bekerja macam biasa, kebiasaannya hari Rabu ada satu pasar sehari kat pekan terdekat. Ayah memang tahu aku suka membaca, jadi dibelikannya aku siri Anak-anak Sidek untuk bacaan aku.

Hari dah nak naik tengahari, aku pulak dah balik ke rumah dari tabika. Sejurus saja aku sampai ke rumah, ayah pun sampai dari tempat kerjanya. Dipanggilnya aku, diberinya aku buku cerita tadi. Aku seronok dapat buku bacaan kesukaan aku tu, ehh.. bosan laa guna ayat baku, aku gune ayat biase jelah.. Ni bukan novel  pon.. huhuuu..

Aku mase tu sangat gembire bile ayah dah belikan aku buku tu. Yelah, budak kecil dapat ape yg dia nak, happy lah.. Lepas tu, ayah pesan kat aku suruh pergi bace buku kat area belakang (ruang tamu). Ayah kata ayah nak tengok cerita hantu. Aku pulak mase kecik punyalah takut dengan hantu. Hahaha..

Mase tahun ni sekitar 1990-2000 memang famous dengan video tape. Sape yang pernah merasa tengok cerita doraemon, wrestling, siri memancing, dan banyak lagi gune video tape ni tahu lah kepayahan alat ni. Nak kena cuci gune satu video tape khas, kalau tak, tak boleh tengok langsung..

Aku perasan yang ayah ade pegang satu bungkusan surat khabar, aku tak pasti apa ada dalam bungkusan tu. Sebabnya aku dah dapat buku, jadi ape yang ayah suruh, aku turutkan saje.. Ayah jugak menyuruh 3 orang abang aku untuk turut sama bermain di ruang tamu, dan ayah mengunci pintu antara ruang tamu dan kawasan melepak menonton TV keluarga kami..

Aku ada 3 orang abang.. tahun 1997 tu, abang sulung aku berumur 16, abang kedua berumur 14 dan dan yang ketiga berumur 10 tahun.. Untuk pengetahuan, abang ketiga aku ni anak emas ayah waktu tu. Ape je kehendak dia ayah akan turutkan. Yelah, budaknya pandai, mana tak jadi anak emas.. Yang dua lagi tu pulak, terlebih nakal sangat.. Selalu kena belasah dengan ayah aku.. Ye, ayah aku seorang yang panas baran. Silap sikit kau pasti merana..

Nak dijadikan cerita, entah macam mana aku terlupa yang hari tu hari bersekolah, mana ade abang aku weii.. Diorang ke sekolah lahh.. aku seorang je kat rumah.  hahahaaa.. yaa, aku seorang.. Ayah suruh aku ke ruang tamu dan kunci pintu.. Aku mulanya lepas ayah dah asingkan aku, aku cuma membaca buku yang ayah belikan.  Ye, mase umur 6 tahun aku dah boleh membaca, tapi merangkak-rangkak sikit. Lepas je habis bace buku tu, entah macam mana aku ni dapat idea nak mengintip ape cerita yang ayah aku tengok. Seronok sangat ke cerita hantunya, seram sangat ke? Sampai aku xboleh nak tengok sekali. Yelah, menangis aku nanti ketakutan. Huhu..

Aku mula mengorak langkah perlahan-lahan ke pintu yang mengasingkan aku dengan bahagian TV. Kena perlahan-lahan wei.. Aku dari sofa berjalan berjengket-jengket kat rumah tuu, sebab lantainya papan, silap jalan bunyinya kuat pulak tu. Dah sampai ke pintu, slow-slow aku cari lubang yang yang ade untuk mengintai TV. Gigih mencari, akhirnya jumpe.. Aku perhati, aku pelik. Aku tengok lagi. Aku pelik. Cerita ape yang ayah aku tengok ni?

CERITA apa ye? Aku pon tak tahu, lama jugak aku mengintai, last-last atuk aku panggil.. Ye, mase tu aku ade atuk lagi. Umurnya dah cecah 80 tahun. Aku pulak cucu manja atuk aku. huhu..

Nak jadikan cerita, banyak kali jugaklah dalam tahun tu aku kena asingkan sebab ayah nak tengok cerita hantu. Abang-abang aku tak tahu pon yang ayah ade bawak cerita hantu balik. Jadi, dorang tak syak ape-ape pon.

Abang aku yang sulung ni sangat nakal orangnya. Entah macam mana dia ni selalu curi duit ayah. Selalu terkantoi curi duit. Selalulah kena belasah. Mungkin sebabkan dia ni selalu masuk bilik ayah, entah macam mana dia terjumpa dengan video tape tu.. Lepas dia terjumpa tulah, abang-abang aku yang lain dengan aku sekali terjebak dengan video tape tu.. Nanti aku ceritakan.. huhuu..

Cerita Sebenar. Macam Mana Kehidupan Aku!Where stories live. Discover now