Cuba tengok mata cikgu

3 0 0
                                    

okay, benda ni jadi bila aku volunteer semasa hari pedaftaran tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang baharu. So, aku ni volunteer bukan sorang je, banyak lagi tapi kami ni dah dibahagi kepada beberapa bahagian. Aku ngan sorang roommate aku bahagian pendaftaran homeroom. 

Pagi hari tu memang okay je lah. Banyak gak kawan aku yang takde kerja lepak kat kaunter kitaorang. Sambil-sambil tu cuci mata lah tengok gelagat budak baru semua. Kalau ada handsome roger-roger kat group. 

Aku ambil bahagian tingkatan 4 sebab roommate aku ni pemalu sikit, so taknak yang dah besar-besar, nak budak-budak katanya. So, aku iyakan je lah. Tak banyak sebenarnya budak tingkatan 4 ni, senang nak ingat muka diorang.

Sampailah giliran sorang budak lelaki ni, tingkatan 4. Aku pun jadilah friendly kejap, tanya-tanya sambil cari nama budak lelaki ni. Pastu aku bagilah dia sticker yang ada tulis nama homeroom dia.

"Haa... Ni sticker jangan hilang sebab nanti susah kau cikgu yang urus homeroom kau nak cari. Lekat kat bahagian poket baju uniform. Lepas ni boleh pergi kaunter asrama ya." 

"Oh.. Kalau saya letak atas poket boleh tak?" sambil sengih-sengih dia tanya aku. Aku pandang roommate aku yang duduk sebelah aku sebab dia pun dengar juga apa budak ni cakap.

"Ha? Letak lah mana-mana yang penting bahagian yang senang nak nampak ya. " Aku Nak ketawa pun serba salah jadi aku tahan je lah

"Oh, okay. Thank you" Dia pun berdiri lah ready nak pergi kaunter seterusnya. Sempat pulak dia wink kat aku. 

Roommate aku dah pecah ketawakan aku. Aku pulak just pandang budak tu dengan poker face. ye lah, terkejut aku.

So, sambung lah lagi kerja sampai lah kat welcoming ceremony, aku duduk lah ngan bff aku dan roommate (yang lain kat kelas dan terpisah-pisah) ngan ada lah cikgu-cikgu. 

Time tu ada lah cikgu lelaki baru yang masuk dan urus sekali event ni. Kawan aku ni sembang lah ngan cikgu baru tu, aku ni duk ketawa dengar lawak cikgu tu. Dia pun tanya-tanya lah asal kami ni. 

Dah habis aku introduce kat cikgu tu, rasa pelik lah. Pesal cikgu tenung aku macam nak tembus je. Aku macam ketawa janggal and pandang tempat lain.

"Eh, cuba tengok mata cikgu." 

Aku macam hah?! Tapi aku pandang je lah. Lama gila dia tenung muka aku. Aku tau lah aku jenis tak tau malu tapi aku ni anxiety problems. Malu aku. Pastu best friend aku macam dapat rasa lah aku tak selesa. Jadi dia pun buat lah conversation baru.

"Kenapa cikgu?"

"Kau pakai lens kah?" Aik?!!

"Ha?!! Mana ada oh cikgu. Memang mata saya ni." Nervous aku terus, sebab ya memang tidak pakai lens pun.

"Oh. Cantik mata kau, besar macam pakai lens." Ah sudah...

"Hahahaha takde lah cikgu. Biasa jak ni." Pastu kami brush it off lah sebab taknak bising kat ceremony tu.


Sampai sekarang aku takleh tengok orang buat eye contact. lepas buat research actually ni dikira sexual harassment sebab aku tak selesa dengan apa yang cikgu tu buat kat aku. So kepada sesiapa yang mengalami benda ni, jangan takut untuk buat report ya. Sebab benda ni takkan stop selagi kamu tak report. 

yes benda ni tak stop kat sini. banyak lagi cikgu tu buat sampai saya tak selesa rasa nak nangis je.

my life in a nutshellWhere stories live. Discover now