Prolog

86 5 1
                                    

DIA berdiri dalam bilik. Memandang jauh dalam kemalapan malam. Sedikit demi sedikit dia bergerak ke meja. Membuka laci dan...

Berhenti sejenak.

Satu saat dia terbayang muka-muka yang menyinis, mengutuk dan memandang simpati kepada dia. Satu saat pula berdesing di telinga dengan kata-kata 'pelik dan menakutkan.'

Dia memejam mata. Kuat. Menghambat semua itu pergi. Namun, kembali datang menyerang dirinya. Lalu, tangan yang terbengkalai tidak bergerak tadi, dimajukan ke depan. Masuk ke dalam laci dan membawa keluar sesuatu. Dia dengan muka kosong lagi mati emosi memandang lama ke sesuatu yang ada dalam tangannya.

Pisau.

Masih dengan muka tiada emosi, lambat-lambat dia bawa pisau itu dekat ke dadanya. Gigi pisau yang tajam dia amati dulu. Ini... bukan kali pertama dia pegang pisau begini. Kerana ini adalah kali entah ke berapa yang akan mencalar, mencakar, merobek dan menumpahkan darah yang sememangnya akan lebih memuaskan hati sendiri. Sakit? Memang itu dia rasakan. Tapi sakit dalam hati lebih parah. Tiada langsung ubat untuk hati yang parah itu berbanding tubuh luka yang dia buat dan akan pulih nantinya.

Maka... malam ini, yang tiada siapa tahu dia di sini, dia akan menyiat dadanya dengan pisau itu. Namun, tanpa dia tahu, bukan dia keseorangan dalam bilik itu. Ada sesuatu yang sedang memerhati. Sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sedang mencerlung dia yang akan buat kerja gila.

Lucas.

Lucas mendekat. Mahu saja dia tahan tangan manusia ini. Mahu saja kasi satu tumbukan ke muka manusia ini supaya sedar jangan buat benda bodoh begini. Namun, tindakannya mati. Semua itu tidak dilakukannya. Sebaliknya, dia diam. Sekadar melihat dan tidak ingin masuk campur dalam hal manusia. Lagi-lagi lelaki ini.

Zupp!

Segaris panjang dari atas dada hingga bawah dada terbelah. Mengalir darah darinya. Bersama mengalirnya setitik air mata. Air mata yang bukan kerana sakit di situ, tapi kerana sedih dengan diri yang tidak sepatutnya hidup dalam dunia ini.

Sekali lagi, dia menghiris pisau ke dadanya. Lagi dan lagi. Bercalar-calar. Dalam lukanya. Banyak darahnya. Satu ketika, dia angkat tangan yang memegang pisau. Kali ini, bukan hanya menghiris. Kali ini dia mahu menikam. Dari bucu pisau mahu menikam terus ke dada. Dengan niat untuk mati.

Tiba-tiba...

Tangannya dipegang. Terkaku di udara bersama pisau ke atas. Nafasnya yang berhembus kuat, menerpa ke muka di depan. Dia jatuhkan muka sedikit kepada perempuan di depan.

Aira....

Dan-dan segenap tubuhnya menyirap. Dia larikan pandangan dari perempuan itu dan meronta untuk dilepaskan.

Meronta.

Dia mahu dilepaskan, perempuan pula tidak akan melepaskan. Terkeluar urat tegang dilehernya saat mata kembali terpasung ke perempuan di depan. Membalas renungan perempuan dengan ketajaman yang sama. Satu detik, keluar sesuatu dari mulut perempuan yang dia sendiri tergemap.

"Saya perlukan teman untuk mati bersama. Supaya saya mati tak keseorangan. Jadi..."

Perempuan tiba-tiba menarik pisau yang ada ditangannya dan dibawa dekat ke perempuan.

"Bunuh saya."

Dia terpasung.

"Tikam saya."

Dia menjegil mata. Dia menyangka perempuan ini mahu menghalang niatnya, tapi...

"Kita mati sama-sama malam ni."

Perempuan mengetatkan lagi pegangan tangan ke tangan dia yang memegang pisau. Perempuan menghalakan bucu pisau tepat ke jantung sendiri. Dia yang tadi kuat menahan tangan tiba-tiba berubah lemah. Membiarkan sahaja perempuan mengawal tangannya.

"Saya..." Perempuan lebih mendekat. Lebih mencucuk sedikit pisau ke jantungnya. Kalau tadi dia membiarkan tangannya dikawal perempuan yang menghunus pisau ke jantung itu, kali ini dia menarik sendiri tangannya. Ingin jauhkan pisau dari perempuan. Namun, perempuan tarik balik kepadanya.

"Benci dengan dunia ni."

Dia tersentak dengan kata itu. Meraung dalam hati, keliru. Kalau tadi dia mahu mati, tapi sekarang... Depan perempuan yang ingin mati bersamanya...

Langsung, dia lepaskan pisau. Terjatuh ke bawah. Serentak lututnya menyembah bumi. Perempuan juga melepaskan tangannya dari dia. Dia menangis. Meraung dengan lutut dinaikkan ke dada seraya tangan mengatup telinga. Menggeleng kepala menafikan apa yang sedang difikirkan.

Seketika, perempuan ambil pisau yang terjatuh tadi. Dia melutut di depan Fadhshah. Bersama pisau dalam tangannya, dihala ke Fadhshah. Dengan suara yang terlalu sebu, berat, lelah seakan tidak terkeluar, dia kata...

"Malam ini, adalah peluang untuk kita berdua mati."


                                                     ------- Bersambung-------


Assalamualaikum and hello readers semua! Apa pendapat korang semua? Ok tak? lepas ini akan ada babak terkejut-terkejut dan ada juga babak sedih and in a meantime sweet. Hope you guys enjoy and....

Jangan lupa comment dan like! ha! please add this to your reading list my lovely readers.


                                       Thank you for reading, see you soon ^^

GHOST HEROESWhere stories live. Discover now