MPQ - Part 6

82 23 19
                                    

"Adha! Oh Adha!" Panggilan daripada sang Ibu, mempercepatkan lagi Qashaf Adha untuk menyarungkan pakaiannya ke tubuh. Almaklumlah, body tegap, ada six pack, cantik dan berketul.

Hah! Pikir apa? Jangan bayangkan tau? Nanti I malu. Uhuks.

"Ya, Ma!" Qashaf Adha menyahut.

"Ate ke lama benor miker kat ataih tu? Lekaih le. Nanti kang terlepaih discount 30% tu." Puan Iris mencekak pinggang. Kan dah keluar loghat tanah tumpah darahku.

"Sekejap saja lagi. Nanti Adha turunlah, Ma!" laung Adha lagi.

Puan Iris menghela nafasnya perlahan. Lambat lagi!

"Cer miker bawa bersabo. Ate biasa le tu lelaki siap lambat." Puan Iris memandang ke arah suaminya yang sedang elok duduk di sofa sambil membaca novel yang berbahasa english.

"Abang. Saya tak nak tau terlepas jualan murah tu. Hari ni saja tau tak? Ingat senang ke nak dapat? Dan lagi satu, sejak bila pula lelaki pandai siap lambat? Selalu lelaki yang on the spot siap awal?"

Encik Irwan menutup novelnya. Wajah Isteri Intan Payung Delimanya dipandang kasih. "Awak jangan tak tahu pula, ya? Sekarang ni zaman dah berubah. Lelaki boleh buat kerja perempuan dan macam tu jugalah sebaliknya. Setakat bersiap lambat itu dah biasalah, Sayangku Intan Payung. Ramai saja lelaki yang bersiap lebih lambat dari perempuan. Awak apa tahu?"

Puan Iris mengecilkan matanya, memandang Suami Tercinta. Geram! Eyy kalau bukan kerana lelaki berhadapannya ini adalah suaminya, sudah lama dia memiat(?) telinga suaminya itu. Apa yang dia cakap semua betul. Tak aci lah macam ni.

Encik Irwan mengerutkan dahinya. Sudah kenapa pula Isterinya memandangnya sebegitu? Dia menjeling baju kemeja yang dipakai. Rupanya dua butang yang diatas tidak disambungkan. Lalu tangannya menutup dadanya yang sedikit terdedah.

Puan Iris mengangkat keningnya. Sudah kenapa suaminya ini? Main tutup-tutup dada pula?

"Awak dah kenapa tutup-tutup dada?" soal Puan Iris.

"Awak tu lah. Dah kenapa tengok saya macam nak terkam?" soal Encik Irwan semula.

Puan Iris ternganga. "Awak fikir yang saya ni nak rogol awak ke apa?"

"Awak nak rogol saya?" Terjerit Encik Irwan dibuatnya kerana terkejut. Tangan makin rapat ke dada.

"Eh tak ada maknanya saya nak rogol awak. Gila? Mana ada perempuan rogol lelaki!"

"Eh siapa ka..." Belum pun sempat Encik Irwan menghabiskan ayatnya. Suara Qashaf Adha bergema diruang tamu.

"Astaghfirullahal'azim.. Ma! Pa! What's going on here? Perempuan rogol lelaki? Ya Allah.. tak ada ke topik yang segar sikit? Mengotorkan pemikiran pembaca."

Encik Irwan dan Puan Iris serentak memandang Qashaf Adha yang sedang menuruni tangga. Amboi, kacaklah pula. Walaupun ringkas namun mengancam. Habislah anak dara kat luar sana.

Pengsan!

"Papa kamu ni lah. Ada ke patut cakap Mama nak rogol dia." Puan Iris menuding jari ke arah Encik Irwan.

Terbuntang mata Encik Irwan. Ewah ewah isterinya ini. Main tuduh-tuduh pula. Qashaf Adha pula ternganga. Biar betul? Mama nak rogol Papa?

"Eh mana ada saya cakap macam tu. Awak yang salah tafsir. Saya cakap awak macam nak terkam saya." Encik Irwan membela diri. Perkataan macam ditekankan.

Puan Iris memuncungkan mulutnya. Ada sajalah Suami Tercintanya ini hendak bela diri. Ya, tahulah dirinya salah. Tapi sesiapa saja yang dengar akan fikir macam tu. Kan?

Master Prankster QueenWhere stories live. Discover now