MPQ - Part 11

80 12 23
                                    

               Elmyra mengetap bibirnya. Kepala ditunduk. Matanya langsung tidak terlepas dari memandang wajah kacak di bawah. Ya, wajah kacak itulah yang direnungnya sekarang ini. Namun, sangatlah kesian kerana wajah kacak itu sering dipijak oleh semua orang. Eh! Bukan sering tapi sememangnya orang akan memijak wajah kacak ini.

Kesian, kan?

Baru saja Elmyra mahu meratapi kesedihan, tiba-tiba sahaja belakang kepalanya terasa sakit. Serta-merta kepala didongak memandang figura yang berdiri tegak seperti tugu negara dihadapannya.

Along!

Terkebil-kebil dirinya apabila memandang wajah merah padam Alongnya. Dari hujung mata, dia dapat lihat Haji Abdullah, Walidnya sedang merenungnya. Renungan itu bukanlah marah mahupun benci. Tapi renungan biasa.

“Kenapa?” soal Elmyra dengan kerutan didahi.

Along ternganga. “Angah tanya kenapa?” Along berpaling wajahnya memandang Haji Abdullah. “Walid, did you heard that? She just asked me why?” Kepalanya tertoleh semula memandang adiknya. “Angah tahu tak? Dari tadi Walid dengan Along panggil Angah? Angah boleh mengelamun tengok lantai? Apa kacak sangat ke lantai tu sampai tak dengar orang panggil?” bebel Along.

Elmyra menggaru kepalanya. Wajah tidak bersalah dipamirkan. Apa? Bukan salahnya, okey? Sudah sememangnya lantai itu kacak. Nak buat macam mana, kan?

Along yang melihat riak Elmyra yang kosong itu, menggempal buku limanya. Eyy kecil besar-kecil besar saja dia lihat adiknya yang seorang ini.

“Sudahlah. Ini Angah pergi mana sampai lewat balik? Kan tadi Angah kata nak pergi Mall sebab interview reporter sekolah? Ini balik sampai tengah ma...”

“Ehh bukan tengah malam, ya? Pukul sembilan sepuluh minit,” pintas Elmyra membetulkan kata-kata Alongnya.

Along berdecit menyampah. “Memanglah sembilan sepuluh minit. But the point is.. malam! Angah tahu tak? Malam-malam boleh jadi apa je? Tiba-tiba orang culik Angah ke? Hah macam mana? Kalau Angah kena rogol? Kena rompak? Kena belasah? Hah macam mana? Jawab.. jawab!”

Elmyra hanya berdiam diri. Mulut lancang Alongnya ini memang tidak boleh diberhentikan langsung. Adakah patut berdoa demikian?

Apa betullah, kan? Kata-kata itu adalah doa.

“Ohh mentang-mentanglah ada tali pinggang hitam karatae dengan silat, fikir awak tu dah selamatlah, ya? Eee Angah ni suka sangatlah buat Along geram! Orang risau tahu tak? Ingatkan lepas Along call adalah beberapa minit itu balik rumah. Ini tak! Lagi lambat dibuatnya.”

Elmyra mengajuk kata-kata Alongnya dalam hati. 

“Nasib baiklah Angah balik, si Liang Lahad itu yang hantar! Kalau boyfriend Angah, memang Along siat-siat dia. Oh dah gatal ya Angah? SPM tak lepas dah ada boipren,” bebel Along panjang dan lebar.

“Uhuk! Uhuk!”

Haji Abdullah yang hanya mendengar bebelan daripada anak sulungnya sambil meminum kopi, tersedak. Kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut anak sulungnya ini sungguh mengejutkannya. Wajah gelisah Elmyra dipandang.

Elmyra ada teman lelaki? Biar papaya?

Elmyra menelan air liur kesat. Aduh.. Along buka Hikayat Tuanku Permaisuri pula. Kan dah terbatuk Walid. Aduh... apa yang perlu dijawab jika Walidnya membuka ‘kuiz’. Fikir, Queen. Fikir!

“Betul ke Angah dah ada boyfriend?” soal Haji Abdullah mengejut.

Elmyra yang sedang mengelamun fikir jawapan yang bakal dijawab, tersentak. Jawapan yang berada difikiran serta-merta hilang dari radar. Matanya memandang Haji Abdullah yang menanti jawapan darinya.

Master Prankster QueenWhere stories live. Discover now