DEJAVU🏹

16 2 0
                                    

“Kak Hawa!”. Hawa tersedar dari lamunannya. Dia terkejut apabila sebatang anak panah hampir terkena dirinya. “Ya Allah, Hafiz. Awak ni…”, ayat Hawa terhenti. “Eh, Kak Hawa siapa pula Hafiz ni? Ni adik kakaklah, Haris bukan Hafiz! Hehe, siapa tu kak, boyfriend kakak eh? Bagitahu umi.”. Haris memang suka mengusik kakaknya itu, sebab dia tahu kakaknya itu kuat melatah. “Ish, Haris ni! Ada-ada je. Manalah kakak ni pernah ada boyfriend. Lainlah Haris, banyak awek. Playboy!”, tepis Hawa. Itulah Haris, satu-satunya adik yang Hawa ada. Kini, Hawa hanya bersama adik dan ibubapanya sahaja di rumah. Sebelum ini, Hawa dan Haris mempunyai seorang kakak, kak long Hanis. Tapi, satu kejadian yang tidak akan pernah dapat dilupakan oleh Hawa sekeluarga pada dua tahun lepas.
“Haris ni, lain kali hati-hatilah! Apalah, johan memanah peringkat negeri pun boleh tersasar ke anak panah tu.”, kata Hawa. “Eh, Haris pula! Kak ngah yang berangan apa entah. Kacau je Haris training. Sampai latah sebut nama siapa entah.”, omel Haris. “Yelah Haris, kak ngah salah. Tapi, tadi tu bukan latah, dejavu.”, jawab Hawa perlahan. “Apa kak ngah?”, tanya Haris. “Takde pape. Kak ngah tadi datang pun sebab umi panggil lunch. Takde kerjalah  nak kacau Haris pun.”, jelas Hawa kepada Haris. “Lah yeke. Haris tak perasan dah lunchtime.”, Haris menjawab sambil membelek jam tangannya. “Tulah Haris, kak ngah dah terjerit-jerit panggil dalam rumah, dekat belakang rumah je pun. Susah sangat nak dengar. Ingat telinga dah tersumbat anak panah tadi”, kata Hawa. Haris hanya berjalan selamba masuk ke dalam rumah sambil meninggalkan kak ngahnya yang sibuk membebelkannya. “Ish, budak ni geramnya aku! Ni buat tak dengar je.”, rungut Hawa.
Hawa memandang anak panah yang nyaris terkena dirinya tadi. “Apalah yang ada pada dia yang menyebabkan sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia. Malah, bila tengok dia, makin tambah mengingatkan aku dengan kak long Hanis. Walaupun, aku tahu dia takde kena mengena dengan mamat tu. Rupa sahaja sama. Perangai pun tak sama. Ye ke? Lelaki semua sama je. Time bercinta, ayat manis, macam-macam janji, kononnya sanggup buat apa sahajalah and yang paling teruk lagi siap acah-acah kata ‘saya cintakan awak demi Allah’. Tak guna betul, walaupun dah dua tahun lepas. Polis pun tak dapat nak buktikan yang dia bersalah. Aku tahu memang kaulah orangnya Amir Naufal bin Dato’ Sri Amin. Aku ingatlah muka kau malam tu. Walaupun aku tak sure sama ada kau atau orang lain yang bunuh kak Hanis. Tapi, aku tahu kau yang rogol kakak aku malam tu. Kau ingat kau anak Dato’ kau boleh lari macam tu je ke! Aku takkan maafkan kau.”, panjang lebar bebelannya.
Sebab inilah yang membuatkan Hawa sehingga sekarang dia tak boleh melupakan wajah Hafiz yang mirip sangat dengan Amir Naufal bekas tunang kakaknya, Hanis. Hawa dah berjanji pada dirinya suatu hari nanti, dia akan berusaha untuk buka semula kes langgar lari yang menyebabkan kakaknya meninggal dunia di depan mata Hawa sendiri. Memang sukar buat Hawa untuk menerima hakikat yang kak long kesayangannya yang periang dan baik hati telah pergi meninggalkannya buat selamanya. Amir dan keluarganya langsung tidak bersimpati, malahan menabur fitnah pula kepada Hanis sekeluarga demi untuk mempertahankan anak kesayangannya itu dan menjaga nama baik keluarga mereka. Walaupun, umi dan abi Hawa hanya pasrah dengan kematian anak sulung mereka itu. Tapi, jauh disudut hati mereka amat kecewa dengan Hanis dek kerana fitnah yang ditabur oleh keluarga Amir sehingga pertunangan Hanis dan Amir diputuskan. Selepas kematian Hanis, Amir sekeluarga berpindah ke London dan kes langgar lari Hanis juga ditutup begitu sahaja. Sejak itu, Hawa berjanji pada dirinya akan mengheret Amir semula ke muka pengadilan bagi menuntut hak kematian kakaknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PANAHANMU MERASUKIKUWhere stories live. Discover now