BAHAGIAN 2 - PERUBAHAN DRASTIK

29 2 0
                                    

            Perubahan adam makin hari makin teruk. Pada satu malam, seorang kawan adam dikenali "diman" sedang memerhati adam dari lepas kelas sampai waktu dia tido. Dia ingin siasat mengapa kawan karib dia menjadi sangat pelik dalam beberapa hari lepas, sewaktu dia menghampiri adam, dia ternmpak satu lembaga yang sangat panjang, rambutnya seperti seorang lelaki dan mukanya tak sebegitu seram. Ia menghampiri katilnya lalu mengusap dahinya. Diman dia terkaku dibalik dinding dan membaca ayat kursi dan tiga kul... Dalam beberapa saat lembaga pun hilang dari pandangan diman dan dia terus berlari masuk kedalam biliknya lalu tidur dalam pukul 12.

          Di waktu pagi pula, diman ceritakan apa yang berlaku pada malam tadi kepada kawan-kawan dengan warden.

"serius weh aku taktau nak habaq apa,memang dia kena saka ka jin apa. Aku terkejut jugak lah sebab dia kawan aku dari kecik lagi" kata diman.

"abih tu takkan hang nak biaq kawan hang jadi lagutu. Sir samad, apa yang patut kita buat kat adam, dia baru hilang bapak dia." tanya kawanya min kepada Sir Samad.

Sir Samad, merupakan bekas di sekolah SBP dan kini dia menjadi seorang warden yang disenangi murid-muridnya, sekiranya berlaku satu tindakan, ia akan bertindak dengan cepat.

"kita kena bertindak dengan cepat. Kalau tak, dia makin melarat nanti. Kita taktau apa yang akan jadi masa depan dia dengan kuasa kejahatan merah". Kata sir samad.

          Tiba-tiba adam muncul disamping mereka yang tengah sembang tentangnya.

"hey, korang sembang pasai apa nie, nak dengar jugak!!! Ala bukan selalu dengar kan. Hmm haa cite ahh diman" kata adam sambil memegang air kotak yang dibelinya..

"Ziuuung!!!"

          Tiba-tiba semua menjadi kaku kerana ada sesuatu yang menghasut mereka. Bukan seorang sahaja tapi sekumpulan yang ada dimeja itu. Mereka dikena ilusi oleh kuasa merah yang sudah dimiliki oleh adam yang dikatakan oleh sir samad. Di dalam ilusi itu, mereka melihat seperti ditempat yang sama iaitu di sekolah mereka. Mereka mendapati ramai mendapati mati bergelimpangan dan berselerak. Dan lagi terkejut mereka lihat ada jasad mereka diri sendiri. di hadapan mayat-mayat yang begitu banyak, terdapat seorang yang berdiri seperti baru membunuh seseorang individu.. mereka mendapati yang berdiri itu bukan semata-mata orang lain, tapi Adam!!... dia iaitu adam menoleh belakang dan mereka melihat wajahnya ada beberapa belang hitam merah dan matanya pun berwarna demikian.

         Kerana mereka terlalu ketakutan, lalu mereka berempat pengsan dan terus sedar dari ilusi itu...

         Apabila mereka sedar, kawanya yang bernama zarul melihat adam baru keluar dari kelas sambil memandang sinis terhadapnya, dirinya dan kawan-kawan begitu risau akan diri adam.


( Seterusnya : BAHAGIAN 3 - BATU ZENZORIUM BONGKAR SEGALANYA [1] )

RED EYES [ THE RED FUTURE ]Where stories live. Discover now