"aihh apa tolak2 ni, ingat kandang lembu ke. Disiplin lah sikit!!!" ditegur oleh pengawas kerana tidak teratur dan berebut untuk ke kantin.Khairul bergegas jumpa Adam kerana ingin mengawasinya apa jua ia pergi. Ia ingin buat demikian kerana elak daripada terjadi sesuatu perkara yang pelik.
"zhiiiunggg!!" Tiba-tiba Khairul ilusi dan ia berada di tempat yang dimana itu adalah sekolahnya. tapi ketika itu sudah hancur lebur. Ia terkejut melihat itu dan tergamam apabila ternampak segelintir pelajar-pelajar meminta tolong. Ada yang berada di reruntuh dan ada yang terbaring sambil melambai.
"Aku duduk kat mana ni?? What this place??? Petanda apa ni. Errghh why me" Khairul runsing dan mengeluh kenapa dia dan kenapa bukan orang lain.
"sedikit itu pun mengeluh? Itu pun nak pening?? putus asa?? Lemah kau memang lemah hahhahaha" bisikan itu masuk ke telinganya dan terus rebah sambil merangkak.
Ketika itu, suasana disitu berada di ambang kehancuran. Langit yang merah, bagunan tinggal sehelang pinggang, mati bergelimpangan, angin begitu kuat. Khairul ketika itu sangat lesu dan amat lemah kerana terdengar bisikan itu.
"Nak, pegang tangan acik kuat2. Kuatkan iman nak, pegang dan tahan di bahu acik". Seorang pemuda yang sudah berada didepan khairul yang memakai serba perang dan keputihan. selepas Khairul dengar itu, ia pun capai tanganya ke bahu pemuda itu dan dibawa jauh dari tempat itu. Ketika dalam perjalanan, Khairul ternampak ada seorang yang berada di tempat yang mirip seperti mimbar yang penuh dengan tanduk-tanduk, tengkorak dan darah.
Selepas itu, mereka pun sampai di tempat yang dikatakan oleh pemuda itu. Ia melepaskan Khairul di atas kerusi kayu.
"Acik ni emm sape ye? Tiba2 datang tolong saya hingga bawa kesini. Terima kasih tapii.. emm ni tempat ape? Macam sekolah saya tapi takkan dalam masa sekelip mata??" Tertanya khairul pada pemuda itu sambil garu kepala.
"Acik ni penduduk sini, ketika ini adalah masa depan. Kamu dari masa dulu kan, acik tahu kamu kawan Adam, ini peringatan dari masa depan bahwa masa makin hampir, makin hampir!!!! Batu Magintas berada di zaman kamu sudah diberi amaran bahwa kehancuran akan berlaku disebabkan oleh sesorang ini. Dalam 100 bulan lagi satu batu itu akan dirampas oleh orang yang salah". Khairul tercengang apabila pemuda itu cerita satu per satu. Pemuda itu adalah seorang budak dizamanya yang ketika ini dia sudah dewasa.
"Acik tau adam tu siapa?" - Khairul
"Adam si penjahat yang tidak diperikemanusiaan, herggh tiada maaf langsung. Yang kamu nampak di atas mimbar itu, tulah dia nak!!! Dia dah ditubuhkan 10000 pengawai dan tentera untuk membunuh dan serang sekolah kawasan ini. Kamu tahu tak dia asyik keluar perkataan apa?? Akulah takdir, akulah raja, akulah tahta, akulah pendeta. Itu satu2 kata yang syirik, kata2 yang murka. Nak, nak ubah takdir tu bukanya mudah. Memang senang nak diurus, tapi susah dielak. - Pemuda
"Maksud acik sekarang ni tengah huru hara?? Apa yang dimaksudkan?? Saya ni?? Siapa?? Apa yang dipertimbang keadaan ini?? Mean kalau orang lain tak boleh ke?" - Khairul
"Itu ditetap sudah nak. Pakcik pun taktahu siapa itu siapa ini. Apa yang pakcik nak batu2 itu dijaga rapi, jangan di rampas oleh orang yang berpakaian ungu merah kerana mereka ingin membuat ritual segel untuk menutup keamanan negeri ini. Bila ia disegel, segalanya yang buruk akan terjadi". Pemuda itu cerita kepadanya berulang kali supaya Khairul tidak lupa dan tersilap pada masa akan datang.Tiba-tiba sekumpulan pegawai ternampak Khairul dengan Pemuda itu. Lalu ia membawa Khairul ketempat yang ditutup tapi tidak terlalu lama kerana akan kantoi juga.
"Nak, ingat pesanan acik ni. Dunia ini sudah dititik akhir. Kita nak dielakkan tapi apa yang boleh lakukan, lakukanlah!! Acik yakin kamu boleh buat nak". Ketika itu bunyi tapak kaki menunjukkan pegawai tu sudah dekat. Tubuh khairul menjadi putih cahaya dan dikabur sikit demi sedikit. Sebelum Khairul menghilang ia ingin bertanya kepada pemuda itu kali terakhir.
"Siapa nama acik!!" Jerit khairul sambil terkapai-kapai tubuhnya menghilang. Pemuda itu senyum dan berkata,
"Akulah..... Magintas". Khairul terkejut lalu menghilang dari tempat itu. Ia tersedar dari illusi itu dan ternampak kelas hampir bermula. Ketika ia hendak menuju ke kelas, Khairul ternampak seorang yang mengintainya. Ia memandang sambil tergopoh ke kelas supaya ia tidak lambat. Hanif ketika itu kebetulan berada disitu jugak lalu disapa olehnya.
"Ehh khai, gi mana tadi? Aku duk cari laa mana hang. Jom2 masuk kelas, cikgu Maiam dah otw tu". Khairul masih keliru dan terkaku disitu.
"Kenapa ni?? Ada apa2 tanya aku weh. Kau ada benda baru ke nak cite?" Tanya Hanif sambil memegang bahunya.
"Nanti aku cite. Aku masih ketar2 ni nip. Jom2 nanti lambat". Lalu mereka berdua ke kelas untuk sambung pembelajaran seterusnya.
(Kredit Prediction Edition)...
~~Ketika itu di illusi..
"Tungg,chiss!!! Ataino Perfolles Amanaino!!". Itu mantra dibaca oleh sesorang itu, ye itu Adam. Ketika itu semua tentera memijak semua pelajar disitu ada yang mati, ada yang diseksa. Malah ada yang tergantung di bumbung reruntuhan.
"Setiap pagi matahari pacak di kaki bukit, satu lembaran putih terkapai di layangan awan. Sambaran apiii ditunjah tanah, akulah Adam si Mata Merah hahahhahah!!!!! Bunuh, BUNUH SEMUA!!".
(Bersambung)..
(Seterusnya : BAHAGIAN 6 - HURU HARA DI HAIBA)
YOU ARE READING
RED EYES [ THE RED FUTURE ]
TerrorKehidupan ADAM mulai keliru dan cenderung selepas kematian arwah Ayahnya. Dirinya berubah bukan sedikit, tapi 360°. Semua kawan kawanya nampak pelik dan rasa risau apabila dirinya sering dimarahi Guru2 di sekolahnya. "Pukk !!! " dirinya di...