Disclaimer: This is stand alone story. So It's okay if you didn't read book 1 & 2.
Still in the same universe and place.
Happy reading!
🦊🦊🦊
Lai; lack
(Symbolizes the loss of a great love)
♚♚♚
"Are you sure? Kau tahu dengan siapa kau berurusan sekarang, bukan?"
Iris berkilau orennya tajam menembusi iris kelabu jejaka dihadapannya. Bibir merah delima gadis ini terjongket sedikit memberikan senyuman sinis.
Topeng yang dipakai dan hanya menutup bahagian mata hingga hidung sahaja tetapi cukup menambahkan ketakutan bagi sesiapa yang berhadapan dengan gadis pemburu bernama Lilac.
"Yes I am."
Satu kantung yang dapat memuatkan satu juta koin emas dihulurkan.
Tanpa berfikir panjang, Lilac menariknya dan koin emas tersebut bertukar tangan. Lilac menarik senyuman sinis selepas menilik kandungan kotak yang diberikan kepadanya.
"Alright."
Perjumpaan mereka hanya mengambil masa sebanyak tiga puluh minit sahaja dan Lilac tidak pernah risau jika emas yang diberi itu adalah palsu kerana jika itu dilakukan, pemberinya akan tahu yang nyawa dia berada dalam bahaya.
Oleh kerana itu, penduduk tempatan tiada seorang pun yang berani campur tangan malah mereka tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu siapa identiti 'Lilac' yang sebenarnya.
Tetapi kebanyakkan yang mendapatkan khidmat Lilac merupakan warga bangsawan dalam kalangan Duke dan Count.
Hanya kerana orang biasa tidak akan mampu membayar khidmat Lilac.
Dan satu hal lainnya, bangsawan mempunyai hati yang busuk dan berdendam dengan siapa pun yang mempunyai taraf tinggi daripada mereka.
Lilac tidak kisah hal itu. Bukan masalahnya. Dia hanya melakukan kerjanya yang dibayar.
Beautiful like a Lilac,
Cunning as a fox,
Give her a golds,
Or die.Lilac memerhati segenap ruangan gelap yang didudukinya sekarang. Misi utamanya ialah membunuh mangsanya.
Pertama, sempurnakan target.
Kedua, ucapkan helo kepadanya.
Ketiga, bunuh tanpa belas kasihan.
Seorang lelaki bertubuh sasa menjadi tumpuan utamanya. Dia merenung tajam sehingga lelaki tersebut terasa dirinya diperhatikan.
Disebalik topeng yang mempunyai telinga oren musang kecil, Lilac tersenyum sinis.
YOU ARE READING
(S3) Fox: The Heart Killer
FantasyBook 3 of fantasy series [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] [Book 3: Fox: The Heart Killer] Ini Hikayat Sang Pembunuh hati. Hikayat tentang musang kecil yang licik. "My Lord, did you ever think I can't kill you?" -A...