Bab 2: The Lord

74 6 2
                                    

      "BAKAR!" 

       "Jangan lepaskan satu pun!"

      Api di dalam hutan mula marak. Andrea yang baru sahaja tiba, menjadi kaku. Bakul ditangannya terlepas. Baru sebentar tadi dia keluar untuk mencari herba bagi merawat Ibunya.

     "Ibu! Arhen!" jerit Andrea, kuat.

       "Chief! Ada seorang lagi disini!" jerit seorang lelaki.

     Dengan nafas yang laju, Andrea menerkam lelaki tersebut. Kedua tangan Andrea direntap kuat.

    "Ibu! Bodoh! Lepaskan aku!" jerit Andrea. Sedaya upaya dia cuba melawan. Di saat ini, dia bukan Lilac si pembunuh. Fikirannya sudah buntu memikirkan nasib Ibu dan Arhen.

    "Bunuh semua," arah Chief mereka.

    "Kita tak mahu ada satu pun puak musang tersisa," sambungnya lagi.

     Andrea berhenti daripada melawan apabila dia mendengarkan kata-kata tsrsebut.

     "Apa kau nak dari kami!"

    Chief ketawa sinis. "Apa? Apa kami mahu dari kau puak musang terkutuk ni?"

      Nafas Andrea turun naik.

     "Puak kau ni punca tribe di kerajaan Laticia ni hidup dalam ketakutan! Kau fikir, kedudukan taraf puak musang yang tinggi ni semua beastman suka? Tidak! HAHAHA! Kau salah!"

    Rambut ungu Andrea ditarik ke belakang. Mata berwarna lilac miliknya tajam menikam Chief dihadapannya.

    Apa lagi yang mereka tidak puas hati? Keluarganya sudah berpindah jauh daripada petempatan. Menyorok daripada beastman yang lain. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan batang hidung mereka. Apa lagi yang salah?

    Mereka dah hidup sesenyap yang mungkin. Kenapa masih lagi benci kepada mereka? Hanya kerana kuasa yang puak musang ini pegang? Atau kerana mereka pernah menjadi bangsawan yang paling tinggi tarafnya?

   Andrea mula menunjukkan taringnya. Irisnya juga mula menjadi setajam kucing. Kau mahu lihat kuasa musang yang sebenar?

    "Chief!"

    ZASS!

    Andrea menikam wajah Chief tersebut. Sehingga memperlihatkan tiga garis cakaran yang amat dalam.

    "Tss!"

     Serentak dengan itu, tangan Andrea dilepaskan kerana menahan sakit di wajahnya.

     "Tangkap dia!" jerit Chief.

     Andrea berlari masuk ke dalam hutan. Perlahan-lahan tubuhnya berubah menjadi seekor musang kecil. Lincah berlari melepasi pohon dan semak-samun.

     Di sebuah lubang pohon, Andrea memilih untuk bersembunyi. Badan musang kecilnya berada dalam keadaan meringkuk. Dikecilkan selagi boleh. Bunyi senapang juga tidak dihiraukan lagi.

     Tiba-tiba suasana sekelilingnya sunyi. Tiada lagi bunyi senapang. Tiada lagi bunyi tapak kaki yang berlari. Andrea mahu keluar. Dia mahu mencari Ibunya. Dia mahu cari Arhen. Tapi dia takut. Tubuh musang kecil itu sekali lagi menggigil.

    Grrrr

    Andrea muka mata. Dihadapannya ada serigala besar. Gigi taring serigala itu kelihatan tajam sehingga ada air liur yang menitis. Mungkin kerana dia nampak Andrea yang lazat?

    Tubuh kecil musang tersebut diangkat oleh seseorang lalu dibawa ke pelukan. Andrea tak mahu buka mata. Dia sudah berasa lemah. Tapi pelukan ini sangat hangat. Andrea merapatkan kepalanya ke bidang dada orang tersebut. Kini dia berada di dalam tangan seseorang. Sepertinya hanya dipegang oleh satu tapak tangan kerana tubuh musangnya yang kecil itu.

(S3) Fox: The Heart KillerWhere stories live. Discover now