3

1.3K 173 1
                                    

BAB 3

BERKERUT-KERUT dahi Putri pagi itu apabila dia mendengar pesanan suara yang diberikan oleh Natrah melalui aplikasi WhatsApp. Berulang-ulang kali dia memainkan audio suara itu supaya apa yang didengarinya adalah betul.

‘Putri, sekejap lagi terus masuk office.  Encik Azhan cancel request dia untuk buat yard. Saya half day hari ni. Nanti saya masuk kita cari perabot untuk Puan Raimah.’ – Kak Natrah.

Selepas dua bulan dari hari terakhir mereka berjumpa dan berbincangkan mengenai pelan ubahsuai, hari ini tiba-tiba dibatalkan? Putri mengangkat bahu dan bibir bercalit gincu merah jambu lembut itu dicebikkan. Tak suka idea Putrilah tu! Tak apa! Tak nak tak apa! Putri boleh guna idea itu untuk buat rumah baru kucingnya.

Putri melihat dirinya sendiri di dalam cermin. Klip rambut berbentuk bunga ros dikepitkan di rambut sebelah kiri. Jarinya kemudiannya perlahan-lahan mengelus klip berwarna merah terang itu.

‘Kau cantik tetapi berbahaya. Macam bunga ros, cantik tetapi berduri.’

Mata terpejam, otaknya cuba menggali lebih dalam lagi akan suara yang berlegar-legar. Suara yang kadang kala tenggelam dan kadang kala timbul di telinganya. Terputus-putus tetapi masih ada. 

‘Dah tahu bahaya, jangan berani nak mencabar si tukang kebun.’

Putri masih lagi mencuba. Dia tahu itu suaranya tetapi Putri masih tidak ingat dengan siapa dia berbicara begitu. 

‘Kalau aku boleh rampas kau dari si tukang kebun, kau janji boleh terus hidup di taman aku?’

‘My pleasure... ‘

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka bila kepala semakin terasa sakit dan saling berlawan-lawan dengan dada yang sesak menggelupur mencari nafas. Tanpa sedar, air mata mula bergenang. Sakitnya! Putri tidak suka dengan perasaan yang begini. Tuhan, tolonglah Putri. 

Nafas digali dalam-dalam. Yakin, Putri! Kau boleh hadap semua ini!

Beg dicapai dan Putri segera menapak meninggalkan bilik. Dari atas, kedengaran jelas bunyi riuh di bahagian dapur rumah. Serta-merta dia tersenyum nipis dan langkahnya dilajukan sedikit.

“Syeefa, good morning!” tegurnya. Leher dipanjangkan mengintai dari belakang susuk tubuh genit yang sedang berdiri menghadap dapur.

Syeefa berpaling. Tersenyum mengejek lantas tubuhnya ditundukkan sedikit seakan memberi salam hormat gaya bangsawan. “Good morning, princess.”

Putri jelir lidah. Pinggang Syeefa, adiknya itu dicuit geram kerana pagi-pagi lagi sudah mahu mengejeknya.

“Kakak, breakfast dulu ya, hari ni?” Lengan Putri ditarik dan kemudiannya kedua-dua belah bahu Putri ditekan supaya Putri duduk di meja makan seperti kehendaknya.

“Er… tapi…”

“Kakak memang tak sudi nak makan kalau Syeefa masak, kan? Teruk sangat ke rasa masakan Syeefa ni, kak?” Riak muka Syeefa sudah berubah mendung. Bibirnya melengkung sedikit. 

Putri garu belakang kepalanya. Muka bersalah dipamerkan. “Bukan tak sedap. Cuma kakak nak ke…”

“Kafe abang Syakir? Okey, faham. Makanan dan minuman dia jauh lebih sedap dari apa yang Syeefa buat. Okey, tak apa…” potong Syeefa seraya kembali berpaling, mengacau nasi goreng yang sudah siap pun sebenarnya tapi disebabkan dia berkecil hati, dia buat-buat sahajalah memasak. 

Putri ketawa kecil. Lantas, dia bangun merapati Syeefa. Dia yang lebih tinggi sedikit berbanding Syeefa, memeluk erat tubuh adiknya itu. Satu-satunya adik yang dia ada. “Bukan macam tu, sayang. Okey, apa kata Syeefa bungkuskan untuk kakak? Kakak ada kerja nak kena siapkan. Projek baru nak mula ni.”

Loving you, Tuah ( Akan Datang ) Where stories live. Discover now