Episod 18

57 9 0
                                    

Nao;

Ah....akhirnya habis jugak Pesta Sekolah ni.Sekarang hanya tunggu bunga api yang diorang akan letupkan malam ni je lagi.Diorang?Oh...kawan-kawan aku yang sekumpulan dengan aku masa dekat camp hari tu.

Riku pun kata jumpa dekat tepi kolam renang after aku dah siap semua kerja.

Aku mula berjalan ke arah kolam sekolah tu.Bila aku sampai je,Riku buat satu posing ni yang memang buatkan aku tergelak.

Bila aku sampai je,Riku buat satu posing ni yang memang buatkan aku tergelak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hei,princess."

Aku terus tergelak kat situ sambil memukul lembut dada Riku.Lelaki tu pun ikut tergelak sama.Boleh pulak dia buat posing macam tu dengan masih pakai baju masa bekerja dekat kelas tadi?

* * *

Riku;

Aku tak tau apa yang mendorong aku untuk membuat aksi posing macam ni.Tapi aku tak tau kenapa aku rasa gembira sangat bila nampak senyuman Shinnohara untuk hari ni.

Yelah....Kitorang berdua pun sibuk sangat dengan kerja kat kelas tadi.Just keep serving pupils.

Baru sekarang aku dapat jumpa Shinnohara berdepan.

Tiba-tiba,bunga api mula meletus di langit malam ni.Aku juga boleh rasa yang tangan aku mula disentuh.Mata dilirikkan ke arah tangan kanan aku.Shinnohara.......tengah menggenggam tangan aku sambil pandangannya ditumpukan ke arah bung api.

Aku mengalihkan fokus ke arah bunga api yang sama Shinohara tengah tengok.Malam ni.....kitorang berdua dapat menikmati malam yang tenang.

* * *

Minggu ni cuti sekolah.Seminggu cuti ni.....aku nak buat apa pun?Aku terbaring lesu kat atas sofa.Tiba-tiba,handphone aku berdering tanda ada message masuk.Dengan malas sekali aku cuba mencapai handphone yang berada kat atas meja depan aku ni.

Message dibaca.

'Pukul 3.00 p.m,jumpa aku depan sekolah.Siasat pasal raksasa Savage tu.'-Haruto

Haruto?Sejak bila dia ada nombor telefon aku?Hmm.....This guy is really weird.

Nak tak nak,aku mencapai jaket aku dan mula melangkah keluar dari rumah.Dari dalam rumah lagi aku dah nampak motor hitam Haruto yang aku guna hari tu.

Macam tau-tau je aku takde pengangkutan sekarang ni.

* * *

"Kita nak pergi Seksyen mana pulak?"

Itu soalan pertama yang aku tanyakan sebaik sahaja ternampak kelibat Haruto  yang tengah menunggu aku depan pagar sekolah.

"Seksyen 1."

"Tapi bukan ke kau kata Seksyen tu dah......."

"Musnah?Yeah....I did remember I sid that.Tapi entah kenapa aku boleh rasa presence raksasa tu dekat sana."

Tanpa perbincangan lebih lanjut lagi,kitoranh berdua bergerak jugak ke Seksyen 1 and sebaik sahaja aku nampak Seksyen ti dari jauh,terkejut adalah perkataan paling tepat untuk menggambarkan perasaan aku sekarang ni.

Kalau ada perkataan yang lebih bagu selain 'terkejut',aku akan gunakannya.

Yang ada kat Seksyen ni hanyalah......tanah tandus.Tanah yang hanya ada kesan letupan.Aku pun tak tai kenapa kitorang kene datang tempat macam ni.

Haruto berjalan ke arah centre kesan letupan tu.Dia mencangkung dan mula merasa permukaan tanah tu.Lelaki tu bangun semula dan mula menghentak permukaan tersebut beberapa kali.

Aku yang tengok dari jauh ni tak dapat nak faham apa yang dia buat.

Tiba-tiba,Haruto terjatuh di tempat dia pijak sebanyak beberapa kali tu.Aku terus meluru ke arah lubang yang Haruto jatuh tadi.

"Woi!Kau hidup lagi ke?!"

"Hiduplah gila!!Turunlah!!"

Aku mula melompat masuk ke dalam lubang tu.

* * *

Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke satu tempat di bawah permukaan Seksyen 1 ni,aku hanya nampak benda mengerikan.

Ada beberapa bekas silinder yang berselirat dengan pelbagai jenis wayar berbaris di kiri dan kanan aku.Dan.....kat dalam silinder tu tak lain tak bukan ialah......

Raksasa bernama Savage tu.Semuanya....aku tak pasti masih hidup atau tak?

Kenapa aku berfikir macam tu?Sebab aku boleh dengar fikiran raksasa ni semua.Masalahnya sekarang.....Badan raksasa-raksasa tu dah dipotong kepada separuh.Bahagian dari bawah pinggang ke kaki aku tak tau hilang ke mana.

"Kau....dengar tak suara tangisan tu semua.....Haruto?"

Haruto memandang aku pelik.

"Suara?Suara siapa?"

Takkanlah.....aku seorang je yang boleh dengar suara Savage ni semua?




Fiction Series 3: I'm Not Him Where stories live. Discover now