Episod 7

87 12 0
                                    

Kene latih....bawah pengawasan Haruto Takahashi?!Nasib aku memang tak boleh jadi lebih malang,kan?

"Takuya!Kau dan Shinnohara bertugas untuk bersihkan kelas hari ni."

Bersama ayat dia tu,Eiji terus berlalu pergi.Kaki aku menyepak angin.Aku tau....bukannya aku dapat tendang si Eiji tu pun.Beberapa minit aku menyapu lantai kelas ni seorang diri dan dengan tiba-tibanya ada seorang perempuan menolak pintu tu dengan kuat.

Habis terkejut aku.

Aku boleh dengar nafasnya tak teratur.Bila dia dah dapat mengawal pernafsannya,perempuan tu mengangkat muka dia lalu tersenyum ke arah aku.

"Sorry,aku lambat."

Aku terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terkejut.Tangan aku yang dari tadi sibuk menyapu sampah terus terhenti.Tanpa sempat aku elak apa-apa,air mata aku mula perlahan-lahan menuruni pipi.Siapa....perempuan ni sebenarnya?Kenapa aku boleh menangis pulak ni?

Cepat-cepat tangan aku menyeka semua air mata yang tersisa.

"Kau okey ke?"

Aku tak mengangguk mahupun menggeleng.Kenapa.....bila tengok muka perempuan ni,ada satu nama je yang terlintas kat kepala aku?

"Nao....."

Aku dapat tengok hujung bibirnya ternaik sikit sebelum riak muka dia serta-merta berubah.Muka Shinnohara bertambah pelik.

"Kau kenal aku ke?"

Jari telunjuk kanannya dihalakan ke diri sendiri.Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum hambar.

"Sorry.Aku tak kenal kau."

* * *

Aku berjalan balik ke asrama sambil menyepak batu-batu kecil kat tepi jalan ni.Tiba-tiba,aku dengar bunyi guruh.Ah....Kalau ada guruh ni mestilah ada....

Hujan mula turun.

.......Ada hujan kan?Aku mengangkat muka untuk biarkan air hujan tu kena muka aku.Fikiran aku serious kusut sangat sekarang ni.Siapa perempuan nama Shinnohara dan Nao ni?Orang yang sama?Atau orang yang berbeza.

Mestilah berbeza kan?Kalau tak kenapa Shinnohara tanya aku kalau aku kenal dia ke tak,kan?

Tiba-tiba,aku teringat yang aku pernah tunggu mak ayah aku dulu dalam hujan jugak.Bezanya....masa tu ada seorang budak perempuan yang temankan aku.Dia pun tengah tunggu mak ayah dia jugak agaknya.

Eh,kejap!Masa latihan hari tu.....Macam mana aku boleh rasa sakit?Macam mana aku boleh rasa sakit bila bilah tu semua ditarik keluar dari badan aku?

But weird....Aku tak rasa sakit pun masa bilah tu manusuk masuk ke dalam badan aku.Benda yang sama berlaku masa ada seorang lelaki yang sebaya dengan aku gunakan kuasa dia untuk menyerang aku.Aku....lansung tak rasa sakit bila terima semua serangan tu.

Aku....cuma rasa sakit bila serangan tu berhenti dan tanpa sengaja membuat serang balas balik kepada lelaki tu.Dengan gunakan kuasa yang sama lelaki tu ada.

Hmm......ada kaitan ke semua ni?So far....aku cuma tau yang aku boleh gunakan kuasa sama macam apa yang orang lain ada dan jadikan kuasa yang aku copy tu as my own power.

Weird kan aku ni..?Dah lah serang orang sesuka hati je,lepas tu boleh tiru kuasa orang lain pulak tu.Aku ni......memang teruklah.

* * *

Lelaki tu berdiri depan aku sambil menyilangkan tangannya ke dada.Daripada tadi dia asik mengeluh je.Haih....sampai ke malam aku kene tunggu kat sini lah nampaknya.

"Kau....seriouslah ada kuasa mirroring power?"

What?Apa yang dia merepek ni?

"Kau masih tak faham ke?Aku tanya ni...kau memang ada kuasa untuk ambik kuasa orang lain ke?"

Aku mengangguk perlahan-lahan.Aku tau.Mesti korang fikir kuasa aku ni bahaya kan?Jangan risau.Setakat ni.....aku takdelah take other's power sampai diorang mati.

Makin kuat lelaki ni mengeluh.Kejap,.....nama dia apa eh?Aku dah terlupalah.Har....Haru....

"Haruto!Reine kata jangan balik lewat sangat malam ni!"

Kai tiba-tiba menolak pintu bilik di mana aku dan lelaki bernama Haruto ni berada.Ya!Nama dia Haruto Takahashi,kan?Macam manalah aku boleh lupa....Eh?!Kenapa Kai cakap pasal Reine Sensei dengan lelaki depan aku ni macam diorang dah lama kenal?

"Okey."

Muka Haruto tetap serious.Pintu kembali ditutup.Suasana senyap semula lepas Kai pergi.

"Aku....tak sangka pulak kau boleh dapat kuasa sama macam aku dari Sistem tu."

Haruto tersenyum hambar.

* * *

Bonus;

Reine;

Aku terkejut bila tiba-tiba je ada orang peluk aku dari belakang.Dari ketinggiannya...mesti orang ni lelaki.Siapa pulak yang berani-berani peluk aku depan pelajar ni semua...?

Perlahan-lahan aku memalingkan muka dan dengan tiba-tiba je lelaki tu cium bibir aku.Aku...serious terkejut bila tengok muka orang cium aku tu.

Haruto!Haruto Takahashi!

Aku menarik tangan lelaki tu lalu kitorang berdua masuk ke dalam bilik aku.Aku masih tak palingkan muka dari terus tengok permukaan pintu ni.Buat masa sekarang...pintu ni yang lebih menarik perhatian aku dari tengok wajah Haruto yang sebenar sekarang ni.

Lelaki tu menolak sikit pipi aku untuk tengok muka aku.Dia merapatkan mukanya dengan muka aku sampaikan hidung kitorang berlaga.

"Don't you miss me,Reine Takajima?"

Serta-merta air mata aku mengalir tanpa sempat ditahan.Bibir aku menguntum senyuman gembira bila dapat tengok lelaki yang aku rindu sangat ni!

"Welcome back,.....Haruto Takahashi."


Fiction Series 3: I'm Not Him Where stories live. Discover now