Penat ya?
Penat bertarung dengan diri,
Sampai tidak tahu siapa akan menyerah,
Tidak tahu siapa yang akan menang.Yang pasti,
Antara aku dan diri,
Sampai bila pertarungan ini?Aku penat,
Tetapi diri tetap mahu berjuang,
Berusaha merebut semangat jiwa,
Berusaha menjulang bendera kemenangan.Aku penat,
Tetapi diri tahu aku perlu kuat,
Asbab itu diri begitu tekad,
Mengangkat bendera kemenangan,
Setinggi-tingginya.Kerana aku penat,
Diri memberi izin,
Untuk aku rehat seketika.Terima kasih diri,
Kerana tidak putus,
Berjuang untuk kita.Juang-
Diri.20.10.20
1358
-sya
YOU ARE READING
Thought
PoetryRandom thoughts yang aku rasa aku nak tulis. Takda betul salah. My thoughts is not something to agree with nor disagree. Sendiri-sendiri. Nak ambil, sila. Taknak, bukan masalah aku. Semoga ada manfaat, walau satu perkataan :)