Bab 1: Beban

2.5K 37 1
                                    

Teja menarik satu slice pizza di dalam box yang terdedah di atas meja. Dia membuka mulut besar-besar sebelum memasukkan pizza ke dalam mulutnya. Ketika menguyah dia sempat memejam mata menghayati kenikmatan rasa Pizza berperisa Italian Delight yang sangat lazat.

“Teja Aryana!!!” jerit satu suara dari arah belakang Teja. Entah bila figura itu memasuki rumahnya pun dia tidak sedar. Alih-alih suaranya menggegarkan Penthouse itu.

Teja terus menelan pizza itu dengan mendadak sehingga dia hampir rasa tercekik.

“Air! Air!” jerit Teja. Wajahnya sudah merah padam.

Kelam kabut PAnya membuka botol air mineral lalu menghulurkannya kepada Teja.

Qistina menghampiri lalu menepuk belakang Teja walaupun wanita itu sedang meneguk air mineral.

Sekali lagi Teja tersedak. Noorul pantas bangun lalu menepuk belakang Teja sambil mencabut tisu di dalam kotak.

“Cik Teja! Okey ke?” soal Noorul agak cemas. Tetapi, dalam masa yang sama dia juga takutkan Qistina yang sudah berdiri tegak di hadapan mereka.

Qistina menjeling kotak pizza bersaiz besar di atas meja.

“Alaa...saya baru makan secubit...” rungut Teja bersama mulut muncungnya. Mata galaknya terkebil-kebil memandang pengurusnya Qistina. Wanita yang mempunyai ketegasan dan amat mementingkan disiplin artis jagaannya.

“Cik Teja, awak tu bukan perempuan biasa kat luar sana tu, awak kena jaga setiap tingkah laku awak. Termasuklah pemakanan awak...cepat pergi timbang.” arah Qistina sambil menyilang tangan ke dada.

Teja pantas bangun berdiri dengan malas. Apalah nasibnya...mahu makan je pun. Macam buat kesalahan merompak.

Untuk memuaskan hati Qistina, Teja naik ke atas penimbang. Lepas makan mestilah berat naik sedikit. Tetapi, Teja hanya memandang ke hadapan kerana tidak bimbang dengan berat badannya. Beratnya susah naik walaupun telan anak gajah.

Noorul diminta untuk melihat nombor yang muncul di alat penimbang.

“Er...” gugup Noorul seketika.

“Kenapa?” Qistina terus menunduk dan melihat angka.

“Teja Aryana! Berat awak naik 2 kilo! Dalam masa seminggu!” jeritan Qistina itu sekali lagi menggegarkan penthouse itu. Rumah milik syarikat Pengurusan Artis yang disediakan untuk artis kelas A sepertinya.

Teja pantas menunduk juga lalu melihat angka 50 kg yang tertera di alat penimbang.

Matilah aku, matilah aku!

Mata Qistina menatap tajam ke arah Teja sehingga dia terasa seperti dicekik hanya dengan panahan mata. Teja turun dari alat penimbang, manakala Noorul menulis angka itu di dalam sebuah buku nota.

“Awak nak bersara dah ke? Nak ikut artis lain yang risau tak laku, masa nama tengah naik cari lelaki kaya dan kahwin. Risau bila dah sendu tak ada lelaki kaya mahu lagi? Macam tu?”

Teja terus duduk dengan malas mendengar bebelan itu. Masuk telinga kanan terpelanting ke telinga kiri.

“Teja...awak kena jaga setiap inci tubuh awak, awak adalah duta produk kecantikan, model bagi syarikat jenama fashion terkenal, awak nak naik pentas runway dengan perut berlipat? Awak nak bayar pampasan ke? Ingat syarat dalam kontrak modelling tu macam resit beli nasi ayam ke?”

Noorul cuba mengawal senyuman dengan menunduk ke bawah. Sudah lali dengan bebelan dari wanita itu. Teja pula membelek telefon bimbitnya pura-pura tidak dengar.

“Saya cakap dengan awak ni, Teja. Saya tak ingin lihat awak hanyut ketika awak berada di puncak kejayaan awak. Sekarang di media-media hiburan orang lebih banyak cerita pasal hal peribadi awak dari kerjaya awak. Filem Tun Teja akan tayang bulan depan, saya harap awak behave dalam tempoh tu!”

The Millionaire Next DoorWhere stories live. Discover now