015

123 18 73
                                    

" ARGH CHOI SAN ! ” jeritku sekuat hati yang boleh.

Aku menolaknya ketepi dengan kuat, dia yang masih dalam mood mengantuk hanya terpinga-pinga. Walaupun bantal-bantal diletakkan di tengah dijadikan sebagai penghadang pun dia masih memeluk aku.

“ awak ni kenapa?! berapa kali saya pesan jangan langgar halangan ni ! kita ada gap , faham ?! ”

Dia menggosok mata dan tutup semula kedua matanya. Salah satu bantal diambil lantas dicampakkan tepat ke muka aku. Aku genggam penumbuk.

“ tidur pun nak peluk orang! ” aku campak kembali bantal kepadanya.

“ kata sayang aku, kenapa tak suka pula aku nak peluk ”

Aku terus ambil selimut lantas menyelimuti diriku. Tiba-tiba sahaja angin sejuk menerpa satu badan aku, berdiri bulu roma di telingaku. Angkara dia yang sedang membisik.

“ itu waktu aku tak sedar, waktu aku sedar ? haaaa ” usiknya kemudian tawa halusnya memecah keheningan subuh.

Aku menutup kedua telinga! Kenapa dengan perangai dia sejak kebelakangan ini? Gila agaknya!

Lampu tidur ditutup kembali olehku. Suasana sunyi untuk sementara, aku keluarkan kepala dan membetulkan posisi badanku.

Nafasnya kedengaran.

“ berikan sebab lain kau cintakan aku ” tiba-tiba dan secara tiba-tiba.

“ perasannya, siapa kata kita cintakan d—

Gerakan drastiknya membuatkan jantung aku hampir terkeluar dari tempatnya, lampu tidur dibuka. Mulutku hampir mencarut, jadi aku hanya menutup mulut menggunakan telapak tangan. Kerana wajahnya tepat di wajahku. Beberapa inci sahaja.

" sebasdhsnklsnljklnbg—

“ kau cakap apa? kalau ya pun ketepikan tangan tu ” katanya perlahan.

Aku hanya menuruti, terus hidungnya berlanggar dengan hidungku. Automatik mataku tertutup rapat serapatnya.

“ saya tulus dan ikhlas cintakan awak, bukan sebab duit dan rupa awak. sebab saya yakin hanya saya sahaja yang cintakan awak, tiada perempuan lain sanggup untuk hidup dengan awak... ”

Perlahan kelopak mata dibuka, dia masih di hadapan mukaku. Cliche ke ayat aku tadi?

“ ok dah tamat, jom tidur ” aku tolak dadanya dan dia pun ketepi semula.

Selimut ditarik hingga ke dada.

“ terima kasih kerana setia dengan aku walaupun aku banyak sakitkan hati kau ” ujarnya dengan nada lembut.

“ bukan hati je malah aku sakitkan seluruh tubuh kau juga, jadi... ja-jangan t-tinggalkan aku ya ? ” suaranya bergetar, adakah dia sedang....

.....menangis ?!

Air matanya berjuraian jatuh ke ribanya, aku duduk berhadapan dengan dia.

Kekok dengan suasana ini.

Hatiku juga serba salah. Memikirkan bagaimana cara untuk menenangkannya.

“ a-aku ta-takut kehilangan lagi... ” ujarnya sambil memandang tepat ke anak mataku.

Aku tersenyum manis, aku tarik nafas sedalam yang mungkin dan genggam erat kedua tangannya.

“ saya akan ada selalu dekat dengan awak, walaupun awak selalu tampar saya ” balasku dengan nada bergurau.

Hari yang amat bermakna untuk diri aku, dan juga dia.

Kerana cinta, kesakitan yang dialami perlahan-lahan kian pudar dari radar.




T A M A T —







hello, buddies ! tamat sudah cerita mengarut saya, terima kasih kerana support dari awal hingga habis cerita ini. even rasa nak unpub balik, tapi ada juga yang support ! loveyou <333 ❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

hurt + love  ¦ choi san Where stories live. Discover now