c h a p t e r 0 1

162 34 48
                                    

JEAN Denver

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JEAN Denver.

Namanya cukup untuk membuatkan aku tertarik. Entah berapa kali aku ulang menyebut sepotong nama itu dalam diam.


Ralit mataku memerhati tingkah lakunya yang rancak berbual bersama Dr Noel sehingga tidak perasan akan kewujudan aku di sampingnya. Lantunan suaranya yang senada, bahasa tubuhnya. Lelaki itu cukup menawan.


Aku juga terlalu asyik memerhatinya. Tak pula aku sedar akan tongkat yang dipegangnya.

Berdesup suatu perasaan asing yang berbaur simpati menusuk jiwa aku sehingga pandangan aku automatik kabur. "Gila." Desis aku, sepatah ayat pedas aku bedik mengena diri aku sendiri.



Aku angkat kelopak mataku sehingga mata aku secara tidak sengaja berlaga dengan mata milik Jean Denver.

Tak semena aku lekas mengalih pandangan. Tiada lagi kelibat Dr Noel. Entah sejak kapan lelaki itu beredar sehingga aku juga tidak mendengar kata pamit sedangkan aku betul betul berdiri berhadapan dengannya.

"Gila?" Tak semena mata aku terbeliak.

Mata aku kembali terpaku ke wajah Jean. Aku yakin aku menyebut perkataan itu dengan nada halus, cuma jelas didengari oleh aku sendiri sahaja. Tapi, lelaki ini berjaya menangkapnya? Menakjubkan.

"Kawan Jadean?" Singkat pertanyaannya. Aku sekadar mengangguk. Tidak menyangka pula aku berkesempatan untuk berbual bersamanya. Namun, perbualan itu tidak lagi berlanjut. Aku cukup malu.

Barangkali aku memang bodoh. Aku tak berani hendak bertatapan mata dengannya. Tapi, setiap kali mata lelaki itu lari ke sudut lain, aku berani pula mengambil peluang itu untuk menilik wajahnya.

Gila, Airis Xylan memang gila.

___

Tsk.

Decitan sinis itu pasti terselit sindiran. Sempat aku menangkap jelingan mautnya menyinggah ke wajah aku.

Pemuda berambut ikal ombak itu menuruni tangga sehingga kelibatnya tampil di sebelah Jean Denver. Aku akui, mereka memang seiras. Bezanya cuma pada gaya rambut dan tahi lalat yang ada pada hidung Jadean.

Rambut Jadean berwarna hitam dan ikal. Kerap sekali aku melihatnya mengikat rambut seolah olah mahu mempamerkan imej bad boy. Jean Denver pula, rambut hitamnya tersisir kemas dan rapi. Dari segi cara bersosial, bagi aku Jean Denver open minded.






Jadean Denic pula? Aku gelar dia sebagai genius freak. Aku jarang melihatnya bersosial. Dia lebih suka membawa haluan sendiri berbanding duduk berkumpul bersama rakan sekuliahnya.




Aku juga tidak pasti mengapa. Selama aku mengenali Jadean, aku tidak pernah tahu bahawa lelaki ini mempunyai seorang abang. Tsk! Lihat dari perwatakannya sahaja orang sudah dapat mengagak bahawa lelaki itu tidak suka berbual bersama orang.







Jikalau diajak berbual, barangkali sekadar menjawab hmm ataupun mengangguk.

Jadean dan Jean?

Adik beradik kembar ke?

___


"Prof. Alden ada beritahu aku yang dia nak kau datang jumpa aku."

Jadean mengerling aku mahu tak mahu. Aku dengar keluhan mencelahi belahan bibirnya. Aku sekadar mendiamkan diri sambil aku mengekori jejak lelaki berpakaian kasual itu. Sekadar kemeja t putih yang digayakan bersama seluar pendek paras lutut.






Rambut panjangnya yang ikal ombak diikat. Penampilannya tampak serabai.

Tapi, bagi mahasiswi di kolej, Jadean Denic itu berpenampilan cukup sempurna walaupun berpakaian sebegini simple.




"Prof. Alden minta saya datang jumpa awak sebab dia nak...."

"....awak tolong saya." 


Jelas aku. Tidak mahu lagi berdalih atau berkias. Memang motif utama aku datang ke rumahnya adalah kerana cadangan Prof. Alden sendiri. Dia yakin jikalau si genius freak ini mampu membantu aku yang lembap ni. Jadean mendesis halus. Aku perhati gerak gerinya membelek buku.



Dasar Jadean Denic!


Memang sengaja mahu mencabar kesabaran aku. Jikalau bukan kerana Prof Alden sendiri yang mahu aku minta tunjuk ajar daripada pemuda ini, aku tidak akan menampilkan diri di hadapan Jadean. Jauh lagi hendak menebalkan muka meminta alamat rumahnya daripada rakan sekuliah.



Aku menjuihkan bibir lantas aku menyambar buku yang tadinya dibelek-belek tanpa henti. Pemuda itu bertingkah seolah-olah kewujudan aku di hadapan matanya tidak wujud. Sedikit pun tak diambil endah olehnya.



Tak semena Jadean tersentak. Matanya tajam terpaku ke wajahku. "Kau...!"



"Saya tengah bercakap dengan awak. Kalau awak setuju nak tolong saya, cakap. Kalau tak setuju, saya boleh balik sekarang." Bidas aku. Jadean menggulingkan matanya lalu lenganku disambar. Tak semena tubuh aku terdorong ke arahnya.

Mujur aku sempat brake dengan membekukan tubuhku. Mujur aku tangkas mengelak. Jikalau tidak, muka tulus lagi mulus Airis Xylan ini mahu terhempap menghantuk tubuh gergasi pemuda itu. "Boleh, tak ada masalah. Tak merugikan aku pun untuk tolong budak lembap macam kau ni."




Aku menyulam senyuman kelat. Hendak disangkal gelaran 'lembap' itu, pemuda ini jauh lebih bijak daripada aku. Mahu tak mahukan, aku iyakan sahaja. "Sudah, jarakkan diri kau dengan aku." Dahi aku ditunjal.

Aku lekas mengundur bagi membina jarak antara aku dengan si genius freak itu. Buku yang hampir terlucut dari pelukanku disambar olehnya. Sempat dia menghadiahkan aku jelingan tajam. Barangkali tidak suka aku menganggu waktu bacaannya.

Atau, dia memang tidak suka akan kehadiran aku di sini?






Kalau ya pun, usah berkias. Usir sahaja!

Aku lebih suka pulang daripada terus berada di sini menatap wajah si Jadean.




Genius freak? Tsk!

______________________________________

TBC
_

_____________________________________

[HOLD] DEAD RINGER Where stories live. Discover now