"EH, tak apa Puan. Saya boleh balik sendiri. Rumah saya dekat je dari sini."Niat baik Puan Anna kali ini memang patut aku tolak. Mahu dimintanya si Jadean itu menghantar aku pulang? Memang tak lah! Lagipula hujan sudah reda. Malam juga masih muda. Aku boleh berjalan pulang seorang diri.
"Dengar tu, ibu. Tak jauh pun."
"Berani ya melawan kata ibu. Tolong ibu hantarkan Airis ya." Lembut suara Puan Anna memujuk. Manisnya wanita ini! Lelaki mana sahaja yang tidak jatuh cinta. Senang hati aku mendengar wanita ini membahasakan dirinya dengan gelaran ibu.
Mahu tak mahu Jadean terpaksa menurut. Gerun melihat senyuman Puan Anna barangkali.
"Ibu suka ugut Dean." Jadean habiskan saki baki teh di dalam gelas minumannya. Dia pandang wajah aku, memberiku isyarat supaya lekas. Aku bingkas bangkit, patuh akan permintaan itu. Comforter berbau manis aku lipat kemas lalu aku kembalikan kepada Puan Anna.
Aku ucap terima kasih kepadanya lalu meminta diri untuk pulang. Lantaran aku cepat-cepat mengejar Jadean.
___
Jadean mendesis halus. Matanya menjeling tubuh kecil Airis yang berdiri tercegat di luar pintu kereta. "Kau nak masuk ke tidak?"
Tak semena gadis itu terperanjat sebaik diteguk oleh Jadean. Mana Airis tidak gelabah dibuatnya. Cepat-cepat dia menapak masuk lalu duduk diam di samping Jadean. Eh, reti pula minah ni kunci mulut. Desis hati Jadean.
Airis menjadi tidak senang duduk. Berduaan bersama Jadean buatkan dia rasa cukup janggal. "Maaf, sebab susahkan awak." Dehem Airis.
Dia jeling Jadean dari ekor mata. Jadean tidak bereaksi. Jauh lagi hendak memberi respons. Seolah-olah bertingkah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Airis.
Sebaliknya dia sekadar menumpu ke hadapan. Tidak dihiraukan Airis di sebelahnya. Airis putuskan untuk berdiam diri. Cukup lah dia sudah memohon maaf dan berterima kasih kepada Jadean kerana sanggup menghantarnya pulang walaupun kerana terpaksa!
___
Aku celikkan kelopak mataku. Tak semena mata aku kembali terpejam rapat. Silau dek disimbah cahaya dari lampu jalan. Eh?
Mahu terlopong sendiri aku sebaik melihat lampu jalan. Barusan teringat aku masih berada di dalam kereta Jadean. Airis, macam mana kau boleh terlelap ni?! Mahu sahaja aku hantuk kepala sendiri pada tiang lampu jalan tu. Aku mencuri pandang ke sebelahku.
Aku lihat Jadean masih duduk menunggu bersama buku di tangannya. Mamat jadian ni juga satu pasal. Kenapa dia tak kejutkan aku? Aku pejam mata aku kembali. Berpura-pura tidur.
Minda aku mendesak supaya lekas memecut keluar dari sini tanpa pengetahuan Jadean. Tapi, manusia lembab macam siput seperti aku confirm tak akan menjadi plan macam ni.
"Best sangat ke terlelap dalam kereta aku ni?" Tak semena aku terperanjat. Cepat-cepat aku pusing tubuhku ke belakang. Aku pandang wajah Jadean yang sudah tentu tidak menumpu ke wajahku. Encik Jadean, kalau ya pun nak mengusir saya, tolong jangan berkias!
"Maaf, saya tumpang terlelap sekejap. Saya minta diri dulu. Terima kasih sebab sudi hantarkan saya." Aku lekas menyambar plastik barangan runcit lalu bergegas menapak keluar.
Tidak mahu berlama, atau lelaki itu akan mencari peluang untuk mengenakan aku.
___
"Terlelap sekejap?" Jadean menggeleng perlahan. Usai matanya menghantar pemergian Airis, dia tanggalkan cermin matanya. Buku tebal di atas riba disimpan lalu dia memandu pulang.
Lebih kurang 30 minit berlalu selepas kereta yang dipandu olehnya sampai ke perkarangan rumah flat ini. Airis di sebelahnya sudah terlelap sambil berdengkur halus. Tak semena Jadean menggelabah. Tidak tahu hendak berbuat apa.
Jikalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengejutkan Airis supaya lekas bangun. Tapi, dia tidak tahu bagaimana. Lagi pula dia tidak mahu menganggu lena Airis.
Akhirnya dia putuskan untuk duduk menunggu sahaja. Mujur di dalam keretanya ada buku bacaan, tidak lah dia cepat berasa jemu. Dia sarungkan cermin mata lalu menyambung bacaannya. Malam itu cukup sunyi dan sepi. Tiada sebarang gangguan melainkan bunyi dengkuran halus milik Airis.
"Kuat juga kau berdengkur, Airis." Desis hati Jadean. Matanya menyinggah sejenak ke wajah Airis.
Wajah bujur sirih milik Airis itu putih kemerahan. Hidungnya yang mancung tampak merah. Alis matanya lentik dan rias mukanya cukup natural. Iris matanya? Jadean pernah menyoal mengapa gadis itu dinamakan Airis.
Airis tidak tahu menahu akan itu. Orang tuanya juga sudah lama tiada. Tapi, bagi Jadean. Barangkali nama itu disimpan oleh orang tuanya kerana sepasang iris matanya yang unik. Ungu kebiruan.
Atau lebih tepat lagi violet barangkali.
______________________________________
TBC
______________________________________