Janggal

4.3K 35 2
                                    

Keesokan paginya, aku mendapat balasan emel dari majikanku. Cuti aku diluluskan. Aku tersenyum lega dan meneruskan kerja seperti biasa. Terlalu banyak yang nak disiapkan sampai aku tidak sedar yang waktu itu sudah pun pukul 7 petang. Masih banyak lagi yang belum aku siapkan. Aku membuat keputusan untuk meneruskan kerjaku selepas makan malam bersama rakan sekerja aku. "Bro, makan dulu lah, jap gi sambung" aku mengajak Mus. Kami menaiki kereta barunya dan menuju ke gerai tepi jalan berdekatan dengan pejabat kami. Semasa makan kami berbual dan berkongsi idea mengenai pekerjaan dan tugasan kami. Kami menyusun atur tugasan pada hari itu supaya lebih cepat selesai.

Ketika di restoran, 'whatsapp' aku sekali lagi menunjukkan notifikasi. Pesanan dari Sofi.
"Hye awk, bz ke?" ujarnya. "Baru nak makan ni, kejap lagi lepas solat sy kena masuk ofis balik." balasku. "Wah, rajin keje? Sorg je ke? Nk sy teman?" tanya dia. "Dgn colleague ni je. Awk xstudy ke mlm ni?" balasku cuba menamatkan perbualan. "Sy cuti sem lah sekarang. Nak study ape." balasnya. Aku tak balas. Bukan sebab aku tak mahu melayan tapi janggal. Aku selesai kerja pada jam 1 pagi dan terus pulang ke rumah sewa. Aku teringat dan serba salah sebab biarkan perbualan dengan Sofi tergantung. Aku mula menaip mesej "Sorry. Td bz. Baru balik.". Tak sangka dia membalas, "Takpe, faham. Org bekerjaya kann." balasnya perli. Kami berbalas 'whatsap' sehingga lebih kurang pukul 2 pagi. Bercerita pasal aktiviti hari itu bersulam borak kosong.

"Sy xboleh tido lah awk. Xde semangat rasa nak pegi keje." kataku. "Samalah, boring. Xleh tido." balasnya. "Eh nanti kita jumpa nak? Bila balik?" tambah Sofi. Kami bersetuju untuk makan malam pada hujung minggu itu. "Lepas makan nak buat apa?" soal Sofi. "Erm, wayang?" cadangku. "Lepas tu?" tanyanya ringkas. "Balik?" jawabku yang tiada idea. "Eh, selalu kan org lepas makan, tengok wyg lepas tu check in baru balik." balasnya. "Check in? Awk dgn sy?" balasku terkedu. "Hahaha. Gurau je." balasnya. "Ok." aku membalas. "Tapi kalau awk nak sy ok je..." Sofi seolah tak mahu berbicara ke topik lain. Aku menolak. Aku masih lagi waras. Aku hanya akan bersama BFF aku, Numa buat masa itu. Tak tertarik dengan idea bertukar pasangan.

Sofi seolah tak berpuas hati. Satu pesanan bergambar diterima. Gambar Sofi tidak berpakaian dan tubuhnya yang kurus kering! Tidak menampakkan mukanya. Aku terdiam. "Awak taknak?" Sofi menambah. Jujur aku tidak tertarik langsung. Tubuh kurus dan aset yang kurang besar, bukan cita rasa aku. "Tengoklah mcm mana nanti." balas aku tak mahu berkata benar.Sofi meneruskan perbualan topiknya. Masih tak habis. Disambung dengan cerita-cerita posisi seks kegemarannya. Keinginan dan fantasinya. Aku mula rasa tak sedap hati. Seolah dia cuba untuk menjadikan aku miliknya. "Sofi, sy suka dekat someone ni. Sampai sekarang. Ntah bila boleh dpt dia." ujarku berterus terang. "Siapa? Sy kenal ke?" balas Sofi. "Sy rasa awak kenal dia. Satu kelas. Tapi sy xnak bgtahu nama." balasku. "Saya ke?" balasnya lagi. "Bukan." jawabku ringkas.

"Agak dah. Awk high taste. Hahaha" balas Sofi. Aku mengharapkan dia untuk kecewa dan menamatkan topik perbualan. Tapi malangnya tidak. Perbualan diteruskan. "Awak suka perempuan yang macam mana?" soal Sofi. "Saya suka yang petite, berisi sikit and tak clingy." jawabku ringkas memberi ciri-ciri yang bertentangan dengan dirinya. "Oh I see. Berisi tu chubby ke?" soalnya lagi. "Tak la chubby. I mean body just nice." balasku. "Oh, mesti suka boobs besar kan." ujarnya meneka. "Tak la besar sangat. Yang agak-agak sedap je lah." kataku lagi. "I see. So betullah awak ni high taste. Haih. Takde chance la saya." balasnya. "Bukan awak je. Orang lain pun. As for now, saya tak dapat nak terima siapa pun." balasku.

"Amboi, sebab that girl ke?" soalnya seolah tahu. "Yep." balasku. "Ala, banyak masa lagi. Kan korang selalu jumpa." katanya lagi kali ini membuatkan aku yakin bahawa dia sudah boleh meneka dengan tepat. "Not that easy." balasku. Sungguh aku dan Julie sering berjumpa. Adakalanya kami keluar hanya berdua, tanpa pengetahuan rakan-rakan yang lain. Sering kali aku menemaninya untuk menonton wayang dan makan malam. Beberapa kali juga aku menemaninya untuk bersiar-siar di taman rekreasi di mana kami duduk di tepi tasik dan berbual panjang. Disaat dia memerlukan aku, aku sentiasa akan terus berada disisinya. Namun itu semua tak mungkin lagi akan terjadi.

Geram dan marah akan nasib yang menimpa, aku mula melayani Sofi dengan lebih mesra. "So, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?" soalku. "Saya suka yang lagi tinggi dari saya, hensem, caring and body fit." balasnya. "Yang penting, on bed dia perform. Hehe." tambahnya nakal. "Amboi, ni mesti sebelum jadi bf, awak test dulu kan." kataku mengusik. "Takdelah. Tu kan idaman je." balasnya. "Dahsyat juga selera awak ni." balasku pula. "Mestilah. Kalau boleh kena besar, panjang." ujarnya. "Ha, kalau macam tu cari la foreigner. Tempat awak mesti ramai." cadangku. "Itulah. Tapi nanti barai saya. Kalau yang kulit gelap tu, besar lengan awak." balasnya seolah fasih.Kami berbalas pesanan whatsapp sehingga aku tertidur. Kepenatan di tempat kerja dan penat mencari idea menepis bekas rakan sekelas. Sumpah aku janggal.

2. ReunionWhere stories live. Discover now