CHAPTER 2

5 0 0
                                    

  
    " Hairan, kenapa susah sangat nak tangkap pembunuh ni sedangkan bandar ni tak besar mana. Penduduk pun dalam 2000 orang saja." Layla berkata sendirian. Kaki yang dari tadi bersila dilunjurkan ke bawah meja. Kepala direhatkan di atas sofa yang menjadi tempat sandarannya. Mata yang silau disuluh lampu dipejam. Otak ligat mengulangi memori di pejabat polis petang tadi.

-----------------------------------------------------------

   " Ini hadiah dari pihak kami untuk mudahkan pergerakan awak dalam bandar ni" Sheriff Addam menepuk seat basikal yang dihadiahkan untuknya.

   " Wow, terima kasih sangat-sangat Tuan." Layla berkata riang. Dia sangat bersyukur dihadiahkan basikal. Tidaklah dia perlu berjalan lagi.

   " Layla, saya ada benda nak cakap dengan awak" Sheriff Addam berkata serius. Melihat ketegangan dalam riak wajah lelaki itu membuatkan Layla mendengar dengan penuh teliti. Lelaki itu berdehem sebelum memulakan bicara.

   " Dalam bandar Heartwood ini ada beberapa pantang larang yang awak perlu ikut ."

   " Pertama, Jangan keluar rumah selepas pukul 8 malam." Layla mengerutkan dahi. Baru ingin membuka mulut bertanya lelaki itu menyambung katanya.

   " Kedua, Kalau dengar apa-apa bunyi selepas pukul 8 malam, jangan cuba-cuba untuk intai apa yang berlaku. Jangan buka pintu atau tingkap sedikit pun." Makin berkerut dahi Layla mendengar syarat kedua itu.

   " Akhir sekali, jangan masuk ke dalam hutan tanpa kebenaran."

   " Ok, pertama sekali kenapa? Kedua, macam mana saya nak siasat kes ni kalau saya tak boleh keluar rumah waktu malam. I'm sure kes berlaku waktu malam. Mana ada orang buat kerja macam tu siang-siang!" Layla bertanya dengan nada marah.

   " Ini untuk keselamatan awak juga. Semua orang yang tinggal disini perlu patuhi" balas Sheriff Addam tenang.

   " Tapi..."

  " Sudah, hari dah lewat. Baik awak balik sekarang." Tamat sahaja berkata Sheriff Addam meninggalkannya. Dengan hati yang membara Layla meletakkan fail tadi di dalam raga basikal dan mula mengayuh meninggalkan balai.

-----------------------------------------------------------

    Rumah yang tiba-tiba sahaja gelap gelita mengembalikannya ke realiti. Kelam kabut dirinya cuba untuk mencari telefon pintarnya untuk dibukakan lampu suluh namun tidak dijumpai. Untung sahaja dia tidak takut berada dalam keadaan gelap jika tidak mungkin dia sudah menjerit bagaikan orang gila. Bekerja sebagai detektif mengajarnya untuk sentiasa tenang.

    Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta berdesup laju diatas jalan. Bukan hanya satu kereta tetapi beberapa. Kedengaran juga bunyi beberapa buah lori menghentam jalan.

   Baru kaki ingin ke balkoni melihat apa yang berlaku dia teringat kata-kata Sheriff Addam petang tadi. Terus dibatalkan niatnya. Setelah betul-betul memastikan tiada lagi bunyi-bunyi tadi, Layla menjenguk sedikit di celahan tingkap. Nampaknya bukan rumahnya sahaja tiada elektrik. Seluruh kawasan gelap gelita. Lampu jalan juga tiada cahaya.

    Setelah beberapa puluh minit hidup di dalam kegelapan, cahaya kembali menyuluh segenap rumahnya.

   " Kenapa elektrik boleh tak ada tiba-tiba? Dan kenapa waktu tu juga banyak kenderaan yang lalu?" Layla bertanya kepada dirinya sendiri. Bermacam-macam soalan yang bermain di minda sehingga berdenyut kepalanya memikirkan. Dia berpindah ke sini untuk menenangkan minda bukannya menambahkan sakit dikepalanya.

   Walaupun jam masih menunjukkan pukul 9.30 malam tetapi Layla membuat keputusan untuk tidur. Lagipula tiada apa yang boleh dibuatnya. Televisyen tiada, line telefon tiada.
Tidur jelah jawabnya.

************************************

  
6.30 pagi

   Layla bersiap sedia untuk melakukan rutin hariannya. Layla turun ke bawah dan memulakan regangan. Langit sudah mempunyai garis-garis jingga di dadanya tetapi empunya cahaya masih belum kelihatan. Layla mengambil keputusan hanya untuk berlari ulang- alik di jalan berdekatan rumahnya sahaja. Dia cuba untuk tidak pergi jauh supaya dia tidak sesat.

   " Oii budak, mari sini." Suara seseorang yang kuat menghentikan lariannya. Kelihatan seorang wanita berumur dalam lingkungan 70-an memanggilnya. Layla dengan teragak-agak menurut arahan.

   " Kau buat apa hah dari tadi ulang-alik ulang-alik pening aku tengok " Wanita itu berkata. Ekspresi wanita ini tidak kelihatan seperti memarahinya tetapi lebih kepada membebel?

   " Saya minta maaf, Puan. Saya cuma bersenam tu je" Layla berkata jangal. Ye lah kau tengah buat kerja sendiri tak kacau orang pun tiba-tiba kena macam ni siapa je yang rasa selesa.

   " Kau nak bersenam tu buat apa. Kau tu betina bukannya jantan nak bersenam-bersenam bagai." Ambik kau. Ganas mulut mak cik ni.

  " Saya bersenam sebab nak sihat puan."

  " Haa menjawab-menjawab. Bok kang." Wanita itu membuat isyarat tangan acah-acah nak menampar  Layla. Layla hanya tersengih janggal.

   " Tak payah nak berpuan-puan sangat dengan aku. Panggil saja aku Mak Nah. Dah meh duduk sarapan dulu dengan aku. Kau pun tak makan lagi kan." Mak Nah menepuk tempat ditepinya di atas pondok kayu dihalaman rumahnya.

   " Tak apa Mak cik saya makan kat rumah ja" Layla berkata segan.

   " Tak payah nak segan sangat. Meh sini duduk." Akhirnya Layla akur. Lagipula dia memang tak ada benda nak dimakan di rumah. Hari ini baru dia ingin keluar membeli barangan.

   " Aku tak pernah nampak kau pun sebelum ni. Sebelum ni duduk bahagian mana? Anak siapa? " Mak Nah bertanya bertalu-talu.

   " Saya baru pindah bandar ni Mak Nah. Sebelum ni saya duduk dekat bandaraya Wallington." balas Layla.

   " Apa?! Kau orang luar?"





Don't forget to vote, comment and follow.

Adios,amigos!!

  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Thief Of HeartsWhere stories live. Discover now