"Asyar bin Hidayat" nama Asyar dipanggil dari corong interkom yang menggegarkan seluruh ruangan penjara.
"Asyar bin Hidayat, 5070021. Sila ke ruangan hadapan sekarang". Ulangan suara dari pegawai penjara itu mengejut Asyar dari lamunan. Satu malam dia tidak dapat tidur kerana mengenangkan kekasih hatinya Balqis Izmin binti Dato' Zahar. Sudah tujuh tahun lamanya dia tidak dapat bertemu dengan kekasih hatinya dek kerana perkara yang berlaku tujuh tahun lalu itu dan juga kerana terlalu mempercayai insan yang bergelar, rakan karib. Selama tujuh tahun itu jugalah Asyar tidak pernah berjumpa dengan Balqis kerana Asyar dipenjarakan di Seberang Perai, Pulau Pinang sedangkan Balqis pula menetap di Kuala Lumpur. Tambahan pula, ibubapa Balqis memang tidak suka Balqis bergaul dengan Asyar seorang lelaki yang berperangai sebijik seperti Miswat sejenis syaitan yang sentiasa menghasut manusia untuk bermaksiat. Selain daripada itu, Asyar sering mempergunakan wang Balqis kerana Asyar tahu Balqis seorang anak yang lurus dan terlalu mencintai dirinya secara membuta tuli.
Asyar berjalan ke ruangan hadapan diiringi oleh pegawai-pegawai penjara di sana. Tangannya tidak bergari kerana bajunya juga sudah bertukar menjadi warna hijau muda. Bermaksud dia seorang banduan yang "cuci tangan".
Sesampainya Asyar di ruang hadapan, dia diberikan pakaian sepersalinannya dan juga barang-barang peribadinya yang dia miliki tujuh tahun lalu. Setelah menukar pakaian, Asyar keluar dari pintu utama penjara dan melihat Asyfar atau lebih dikenali sebagai Candy sedang bersandar menunggunya di kereta proton Saga milik teman lelakinya, Sai Thong. Namun, Sai Thong tidak menemani Candy atas urusan kerjanya.
"Asyar my little brother. Come here and give your sister a hug!" kata Candy mendekati Asyar. Namun Asyar tidak mempedulikan Candy dan terus masuk ke dalam kereta sebelah ruang pemandu.
"Asyar, you can't drive. Kau tu baru keluar penjara," kata Candy.
"Nak kata bodoh, kakak sendiri. Aku ni tak masuk sini sebab drunk driving. Plus, aku baru keluar penjara. Sekurang-kurangnya bagilah aku kebebasan sikit. Chill la sis, bukannya harini keluar, petang nanti masuk balik," kata Asyar dengan slumber.
Candy terdiam.
" Besides, I can't wait to see my girl. I miss her so much." kata Asyar.
"Well, whatever you say. Dah apa kau tunggu lagi? Drive la." kata Candy.
Dalam perjalanan dari Seberang Perai ke Kuala Lumpur, Candy banyak tidur dan hanya Asyar sahaja yang drive sebab Candy tahu, Asyar tidak suka banyak bunyi. Dia lebih suka focus kepada pemanduan dalam keadaan tenang. Sebab itulah Candy memilih untuk berdiam sahaja.
Setelah dua jam memandu kereta tanpa henti, mereka tiba di Shah Alam. Asyar singgah di Asiba, sebuah restoran Mamak di Seksyen 13. Tanpa mengejut Candy, Asyar terus meluru masuk ke dalam restoran dan mengorder makanan. Asyar memesan nasi putih, sayur kubis dan ayam goreng bersama dengan Teh Ais. Asyar masih teringat, itulah makanan yang sering dipesan oleh Balqis apabila mereka makan di situ. Kenangan mereka masih utuh terpahat di fikiran Asyar.
7 tahun lalu....
Asyar seorang ahli club musik yang mengambil jurusan International Business manakala Balqis seorang pelajar TESL. Mereka berdua merupakan pelajar MSU. Balqis berkenalan dengan Asyar apabila dia meminta tolong rakannya, Dinda untuk mencari seorang ahli musik bagi membuat persembahan dalam projek subject theater nya. Kerana sering berjumpa dan kehebatan Asyar mengayat Balqis, akhirnya mereka bercinta. Balqis pula seorang yang sangat lonely. Walaupun dihujani dengan kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibu dan bapanya namun Balqis merasakan dirinya masih kurang dari segi mengenali dan mendapat kasih sayang dari seorang lelaki. Tambahan pula, sejak 21 tahun hidup di atas dunia, Balqis tidak pernah sekali pun punyai status in a relationship kerana tidak pernah sekalipun ada lelaki yang berani dekat dengannya begitu juga dengan dirinya yang kurang mempunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan lelaki.
YOU ARE READING
Love Me Harder
RomanceSetelah Asyar dibebaskan dari penjara selepas tujuh tahun, Asyar kembali mencari Balqis Izmin untuk menagih cinta lamanya kembali. Adakah Balqis mampu untuk kembali bersama Asyar dan masa silamnya? Bagi Balqis, kehadiran Naim dalam kehidupannya tela...