KESUNYIAN

10 3 0
                                    


Kadang rasa sunyi datang mengetuk hati
Tapi yang mampu dilakukan
hanyalah berdiam diri
Keinginan untuk meluah
membuak-buak tinggi
Tetapi aku sedar
kalau aku ini
Hanya sepi tanpa ada yang sudi

Akhir jalan
Aku hanya berdiam diri
Seolah-olah diri ini
kuat untuk mengharungi
Namun dalam itu
Tetap aku berharap
agar masih bersisa insan yang punya hati

Semakin jauh aku jatuh
Semakin dalam sakit kurasai
Apa yang diharapkan
Nyatanya hanyalah impian
Aku sedar kalau itu
mustahil untuk dijadikan kenyataan
Kerana yang ada hanyalah rekaan minda semata

Kini
tetap sahaja aku bersyukur
Kerana punya DIA yang Maha Mengetahui
Hati ini tenang YA ALLAH
Sesungguhnya Engkau adalah sebenar-benar
Pemilik hati ini.
Lihatnya seperti
Aku tidak perlu bimbang lagi
Kerana aku sudah punya jalan
Untuk mengisi kekosongan hati.

<301020>

Ruby's talk (HIATUS)Where stories live. Discover now