Hantu Kopek

504 14 1
                                    

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dan malam-malam, dengan cara menyembunyikan mereka di bawah kopek (buah dada) mereka.

Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.


Jin dan jelmaan syaitan yang berubah mengikut keadaan namanya.

Hantu kopek dikatakan berkeliaran di kawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kopek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari. Masyarakat Jawa percaya hantu kopek sering menyamar menjadi wanita cantik berkopek besar untuk menarik perhatian kanak-kanak lelaki.

Hantu Hantu HantuWhere stories live. Discover now