Hari demi hari berlalu, kini berbaki 5 bulan mereka akan tamat pengaji. Tiba-tiba 2 bulan sebelum menduduki peperiksaan akhir, keluarga terdekat si dia masuk merisik Firzanah. Muka Firzanah merah semerah merahnya, hatinya berdegup kencang, matanya terbeliak, fikirannya tak tentu arah yang hanya difikirkan "kalau aku kahwin sekarang apa orang cakap, aku ni dah sedia ke jadi isteri yang solehah?". Orang tua selalu cakap "hal kahwin-kahwin ni kalau boleh jangan dilambatkan, benda macam ni kita halalkan cepat", dalam keadaan terkejut keluarga Firzanah hanya menerima lamaran tersebut, dan keluarga mereka merancang untuk mengadakan majlis akad nikah secara tertutup dan simple, 2 minggu sebelum peperiksaan diadakan. Pada hari mereka akad nikah yang hadir hanyalah keluarga terdekat dan kawan-kawan yang rapat dengan mereka sahaja. Firzanah tertanya-tanya, "kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku masa nak exam ni tak boleh tunggu habis uni ke?". Selepas meraka berkhawin si dia menjelas mengapa si dia hendak menjadikan Firzanah sebagai isterinya sebelum mereka menduduki peperiksaan akhir, "saya nak bila kita sama-sama capai cita-cita kita, dalam masa tu saya nak awak dah jadi milik saya supaya apa yang kita impikan tercapai" kata si dia. Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran Firzanah akhirnya terjawab.
Setelah mereka menduduki peperiksaan akhir dan cuti semester akhir selama 3 bulan kini tiba masa yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar universiti iaitu majlis konvokesyen. Impian yang selama ini mereka idam-idamkan akhirnya tercapai, Firzanah dan si dia mendapat Anugerah Dekan atas pencapaian mereka. Semasa majlis itu sedang berlangsung, disitu juga telah terbongkar segala rahsia apabila Firzanah dan si dia mengumunkan kepada semua rakan mereka bahawa mereka telah berkhawin dan semua orang yang mengetahui hal tersebut pada hari itu sangat terkejut. Selepas tamat pengajian Firzanah dan si dia bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Sarawak. Akhirnya mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.
[Untuk mengetahui sambungan cerpen dan perjalan hidup mereka sebagai suami isteri nantikan Pelindung Seorang Manja 2]
Terima Kasih, Assalamualaikum, Bye...
*TAMAT*
YOU ARE READING
Pelindung Seorang Manja 1
Short StoryCerpen ini menceritakan tentang seorang gadis yang suka berangan-angan dan menceritakan tentang angan-angannya kepada rakan-rakannya. Dalam Pelindung Seorang Manja 1 ianya hanya menceritakan permulaan perkenalan dan disulam sedikit cabaran buat mer...