"Misi gagal, 10 men down! kami akan berundur segera! Pastikan Cpatain Mean dan yang lain mengawal ketat pintu masuk! Arahkan pasukan snipper untuk bersiap sedia menembak bedebah-bdebah ni!" Suara gelabah Major Alex sedikit sebanyak membuatkan ku merasa kurang senang.
"Nampaknya, hari yang kita tunggu bakal tiba, doc." Ravi meruap mukanya berkali-kali.
"Bad news then!" Aku merenung tepat ke wajahnya yang kusut.
"Bekalan makanan dan ubat-ubatan kita juga sudah tiada harapan! And we still need to catch that bastard for our studies." Kata-kata Ravi membuatkan ku bertambah kurang senang.
Masih segar diingatanku bagaimana kali pertama aku berdepan dengan 'benda' tu. Badannya berbau busuk yang teramat, kulitnya kusam dan terdapat banyak luka-luka. Bebola matanya berwarna kelabu dan ia sangat agresif. Silap langkah, ia mampu membaham manusia tanpa belas kasihan dan tanpa kesedaran kerana ia hanyalah seorang manusia yang tidak bernyawa dan bertindak sebegitu kerana dijangkiti virus Z yang berbahaya. Satu gigitan terus ke kulit akan menyebabkan jangkitan.
"Mai, I harap you bersedia. Kuatkan mental dan semangat you, sikit masa lagi kita akan mendapat rakan sekerja yang diimport khas dari Kerajaan Umbrella... Jangan risau, if we failed, you know the CDC won't left us behind. Cheer up!" Ravi menepuk perlahan bahuku dan sekaligus mematikan lamunanku.
***
Pada petang itu, aku berjogging mengelilingi Pusat Kajian Sains Antarabangsa Kota Metropolitan. Fikiran ku melayang-layang mengenagkan hari esok. Berjayakah aku melawan gentarku? Pertama kali turun ke Zon merah Kota Metropolitan, aku hampir kehilangan nyawaku apabila aku ditarik oleh seekor zombie gila yang sangat kelaparan. Mujur Captain Meanaldo sempat menyelamatkan ku. Entah berapa kali dia harus terhutang budi dengan Captain Meanaldo? Come on, Mai you can do this! Masih terlalu awal untuk you mengalah! The world needs you.
Tanpa sedar, Mel dan Ravi terperap di kawasan kajian terbesar ini sejak 3 bulan yang lalu. Fikiran Mel masih melayang mengingatkan kejadian pertama yang menyebabkan dia dan Ravi ditangkap dan dipaksa untuk bekerja di sini. Pada malam itu, Mel dan Ravi bekerja seperti biasa di Control Disease Center, negara Coast Cloud. Mereka langsung tidak mendapat khabar berita tentang merebaknya pnyakit berbahaya ini sehingga mereka ditangkap dan diimport secara senyap-senyap ke Kota Metropolitan.
Mel terpaksa meninggalkan adik kesayangannya Cinthia yang merupakan seorang guru tadika, tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Mel gagal menghubungi adiknya itu sehingga beranggapan Cinthia telahpun terkorban. Dia sentiasa berdoa agar dia dan adiknya dapat bertemu semula dan dia ingin segera menamatkan wabak penyakit berbahaya ini.
"Ouch!" Aku segera mengusap lututnya yang terasa pedih. Sepantas kilat aku mendonggak untuk melihat tubuh sasa siapakah yang telah ku rempuh.
"Captain Mean... Maaf I tak sengaja." Aku menundukkan wajah.
"It's okay Dr Melanie. I dengar esok you dan Ravi akan ikut sekali turun padang?" Captain Mean menghulurkan sebotol air.
"Ya macam tu lah nampaknya. We need to get some food and medicine source and collecting samples again." Aku membuka penutup botol dengan sekuat tenagaku. Lututku yang pedih membuatkan aku berjalan perlahan.
"Come to my room.. I will clean that wound." Captain Mean tersenyum dan aku hanya mengikuti langkanya.
"You tak join ke besok?" Aku mencuba sedaya upayaku menahan pedih luka.
"Tak, besok turn Major Alex." Captain Meanaldo membuka pintu biliknya dan memperlawaku untuk masuk.
"Have a seat." Dia kemudian berlalu mungkin mengambil first aid. Aku duduk di sofa empuk berdekatan dengan katilnya.
YOU ARE READING
The Z Apocalypse
Science FictionTersedar sahaja dari bangunnya, Mel kini berada di Pusat Kajian Sains Antarabangsa ,Kota Metropolitan. Hentakan di kepalanya masih terasa berdenyut akibat bergelut dengan zombie yang cuba untuk menyerangnya, mujur sahaja dia sempat diselamatkan oleh...