"ARGHHH!"
Sebuah kereta dirempuh dengan kuat dari arah hadapan. Badannya terpelanting jauh keluar dari kereta ke dalam semak. Meringis kesakitan dengan kepala berlumuran dengan darah pekat.
Booom!
Satu letupan dari arah kemalangan itu membuatkan dia semakin tercampak jauh. Matanya terarah ke kereta yang dinaiki sebelum rempuhan itu berlaku. Air mata mengalir laju sambil tangan diangkat meminta pertolongan.
Kemudian beberapa figura kelihatan menuju ke kereta yang teruk dirempuh lalu menembak beberapa orang di dalam hingga mati. "Argh!" jerit gadis itu perlahan.
Siren polis dan ambulans kedengaran membuatkan beberapa figura melarikan diri. Pandangannya mula kabur.
"Watashi o hitori ni shinaide."
Jangan tinggalkan saya sendirian.Kaoru terus bangun dari tidur dengan wajahnya basah dengan peluh. Hujan lebat di luar bersama kilat saling sambar menyambar membuatkan tubuhnya mula menggigil ketakutan. "Haha, chichi... ane." Kepala lututnya ditarik rapat ke tubuh lalu dipeluk dan melepaskan tangisannya disitu.
Lagi sekali kilat berdentum dengan kuat membuatkan Kaoru menjerit ketakutan, "Arghhh!" Kakinya laju melarikan diri dari bilik tanpa arah tuju. Setiap kali bunyi kilat berderam derum perlahan dan semakin kuat dia menguatkan lagi jeritannya membuatkan seisi di mansion itu sedar tidur yang lena.
Akhirnya, Kaoru terduduk di tengah-tengah ruang tingkat tiga sambil menjerit ketakutan dan menutup kedua-dua telinganya. "Arghhh!"
"Kaoru." Satu tangan menyapa di bahu kanannya membuatkan Kaoru terkejut lalu memeluk tubuh sasa itu dengan badan yang menggigil ketakutan.
"Hey, what's wrong?"
Kaoru tidak menjawab malah makin memperketatkan pelukan itu dan menangis semahu-mahunya di dada lelaki itu. Dia langsung tidak peduli dan takut akan lelakin dingin itu buat masa ini saja. Dia perlukan kekuatan dan seseorang bersamanya.
"Rell, kenapa?" tanya Gabriel bersama Ken yang tiba di hujung tangga. Shawn masih berehat di bilik.
"Aku tak tahu." Arell membiarkan Kaoru memeluk dirinya dengan kuat sekali.
"Kaoru, kau okey tak?" soal Gabriel kepada gadis berbangsa Jepun itu yang masih menggigil dalam pelukan Arell.
Tangisan Kaoru yang semakin kuat bersama kilat berdentum kuat membuatkan keadaan yang sepi itu semakin bising. "Rell, kau tenangkanlah dia. Bagi dia minum bila dah okey. Aku mengantuk sangat ni. Jom, Ken."
Arell hanya senyap lalu Ken dan Gabriel sudah menghilangkan diri ke dalam bilik masing-masing. Dengan teragak-agak tangan Arell naik mengusap belakang Kaoru dengan perlahan. Sedikit sebanyak Kaoru semakin kurang menggigil namun pelukan itu masih erat.
"Kaoru."
"Chichi."
"Kau rindu ayah kau ke?"
Senyap.
Lama mereka dalam keadaan itu sehinggalah Kaoru membuka mulutnya, "Saya takut."
"Aku ada."
"Me... mereka bu... bunuh keluarga saya. Sa... sssaya nampak diorang bunuh haha, chichi dan ane. Awak..." rengek Kaoru di dada Arell.
Arell mengenggam buku limanya dengan erat, "Siapa mereka? Kau kenal?" Pantas Kaoru menggeleng kepala.
"Hmm. Dah jom masuk bilik. Sambung tidur."
"Tak nak. Saya takut diorang datang nak bunuh saya. Saya tak nak!" Kaoru memukul dada lelaki itu dengan kuat lalu kembali memeluk Arell.
Satu helaan nafas meniti di bibir Arell lalu tubuh Kaoru diangkat dan dibawa masuk ke dalam bilik beradunya. Tubuh Kaoru diletakkan dengan perlahan di atas katil lalu dia membaringkan tubuhnya di sisi Kaoru.
YOU ARE READING
DEADLY ROMANCE
Ação1ST ACTION BY _AISYWA Dia kejam. Dia pembunuh. Dia tiada perasaan. King Of Red Rose. Dialah raja organisasi gelap di Itali. Penyeludupan dadah, senjata api dan pelbagai lagi kerja dilakukan oleh Red Rose. Untuk mengaburi mata rakyat jelata, Red Rose...