Ruang & Pilihan

2.3K 16 17
                                    

Sepatutnya, chapter kali ini Dina ingin mengupas tentang curang sang kekasih / tunang pula tetapi atas respon yang memberangsangkan dari pembaca, Dina akan kongsi dulu 'pengakuan berani' tentang curang yang berpunca dari 'RUANG' dan 'PILIHAN', sekadar untuk pengetahuan kita bersama dan terpulang pada anda semua untuk menilainya.

Mesej chatting diantara Rahim yang berkongsi pengakuan tentang kecurangan dirinya dengan isteri orang yang kesepian akibat si suami jarang balik kerumah dan ada perempuan lain pada Riana, kawan alam maya.

Jelas lagi nyata si wanita (isteri orang) yang di perkatakan oleh Rahim itu, telah membuka RUANG yang amat luas untuk kecurangan itu berlaku.

Ia juga adalah PILIHAN si wanita yang memilih untuk bercerita mengenai masalah rumah tangga nya sendiri kepada lelaki lain (Rahim).

Dari berkongsi masalah, perhubungan semakin rapat. Hati semakin sayang, perasaan cinta mulai timbul, pintu curang semakin terbuka luas.

Bila hati dah semakin sayang dan selesa, perasaan ingin bertentang empat mata secara nyata mula membara. Oh indah terasa bila sang pujaan hati sudi bertemu buat kali pertama untuk memadu asmara.

Itu skrip yang biasa kita dengar zaman-zaman P.Ramlee dulu, tetapi itu antara si bujang dengan si anak dara, memang indah didengar. Kini pertemuan antara suami orang dengan isteri orang, adakah ia indah untuk didengari?

Sebenarnya masih banyak lagi mesej chatting di antara Rahim dengan Riana, tetapi cukuplah setakat itu kerana kita semua sedia maklum kemana arah tuju sebuah cerita kecurangan, pastinya ia akan berakhir di ranjang.

Si isteri orang itu sudah tentu kegersangan akibat si suami mempunyai perempuan lain dan jarang balik kerumah, pasti keinginan batinnya meluap-luap untuk dilunaskan. Manakala si lelaki (Rahim) pula mengunakan sepenuhnya peluang yang diberi dengan sebaik mungkin.

Mungkin ada persoalan disini, mengapa si suami ada perempuan lain dan jarang balik ke rumah?

1. Mungkin si isteri nampak selekeh, tidak terurus?
2. Mungkin si isteri terlalu sibuk menjahit sehingga abaikan tanggungjawab sebagai isteri?
3. Mungkin si isteri kaki membebel, kerana si suami selalu pulang lewat kerumah, banyak kerja?
4. Tiada lagi rasa cinta yang membara antara suami isteri?

Mengapa si isteri mengambil tindakan berkongsi masalah rumah tangganya sendiri kepada lelaki lain sedangkan sudah tentu dia mempunyai kawan-kawan wanita yang sudah berkahwin, boleh memberi pandangan khidmat nasihat?

Kita jangan cepat menuding jari pada si wanita yang meluahkan kisah rumah tangganya pada orang lain (Rahim) kerana pasti ada sebab mengapa dia berbuat sedemikian.

Mungkin pada asalnya, dia inginkan pandangan dari sudut lelaki mengapa si suami berubah. Seperti yang kita baca dari screenshot kedua, Rahim keep giving her positive vibes sedikit sebanyak can relief her stress and frustration which is good. At least si wanita itu berasa selesa meluahkan dengan orang yang memahami masalahnya.

Tetapi, kebaikan yang diminta si wanita dan dihulur oleh si lelaki ini telah bertukar sehingga lahirnya satu perasaan terlarang yang dipanggil curang.

"Sebagai wanita, janganlah kita mudah lemah apabila berdepan situasi begini. Ada banyak langkah dan proses yang boleh dijadikan panduan demi menyelamatkan rumah tangga. Jika sekiranya hati tidak lagi berpaut kepada suami, wanita juga harus terus kuat menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan,"
(Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga,
Dr Robiah K Hamzah)

:::

Bab-bab yang lalu kita dah berkongsi tentang curang si steri dan juga suami. Kita juga sudah membaca luahan para isteri dan suami tentang curang dan juga pandangan dari pembaca tentang adakah curang itu satu pilihan, atau kesalahan.

Curang Itu Satu Pilihan ( TAMAT )Where stories live. Discover now