1

53 6 0
                                    

Aku berasa sungguh panas, ku lihat kepulan asap di ruang bilikku. Dada ku berasa sesak . Aku melihat ibuku berlari cemas kearahku yang sedang menangis ketakutan. Api semakin marak tika itu.

Belum sempat ibu ku menerpa kearah ku. Sebuah perabot yang hangus terbakar menghalang ibu ku . Aku menjerittt meminta pertolongann. Tangan ibu tergapai gapai saat itu. Sekali lagi perabot jatuh menghalang penglihatan ku.

Kepala ku berpinar. Dalam samar samar cahaya ku lihat seorang lelaki membawa ibuku dan menyuruh dia untuk keluar dari kawasan itu lalu lelaki tersebut datang kearahku. Aku lihat lelaki tersebut dalam lingkungan 14 tahun  sedang memadamkan api. Beberapa langkah hampir kearahku, sebuah tiang yang panas menindih badannya.

Aku lihat dia menahan kesakitan dan mengendahkan. Ku rasakan pandangan ku gelap apabila sesuatu menghempas belakang ku.

"AAArrghhhhh" Aku terus terbangun. Aku tercungap-cungap mengatur pernafasan ku menjadi stabil tak lupa juga badan ku basah dek peluh, aku meraup wajahku dan menyatakan bahawa itu hanya mimpi.

Aku mengerling di sebelah ku untuk melihat jam yang terletak di atas meja kecil. Secara tiba-tiba aku merasakan kesakitan di leher ku. 

"Auchh, sakitnya" ku sentuh leher ku dengan perlahan 'mungkin salah posisi tidur' aku regangkan leher buat sementara sambil itu ku lihat jam menginjak pukul 5:30 a.m

Aku pergi ke tandas untuk mencuci muka dan mengambil tuala untuk mandi. Aku tatap cermin yang berada di hadapan ku.

Ku sentuh parut yang 'terukir' di badan. Secara tidak langsung fikiran ku menerjah ke  alam mimpi.

"Kenapa firasat aku mengatakan ini ialah parut tentang kejadian itu" monolog ku. Kepala ku berasa amat sakit apabila memikirkan masa silam terburuk dalam hidup ku.

***
"Diana"  panggil Tn Mark kepada putri nya yang ingin  berlalu dihadapannya

Langkah Diana terhenti "Yea ayah?" Sahut Diana  malas kepada En Mark Andrew  a.k.a ayah nya. Tahulah apa yang akan dibicarakan

"Ana bila kamu nak terima?" Ujar ayahnya yang panas apabila melihat anaknya.

"Ana tak akan terima apa yang ayah nak. " Ujarnya Diana tegas.

"Ana kena terima  .Ayah dah buat perjanjian dengan diorang. Takkan lah ayah kena tolak mentah mentah."

"Ayah! Ana tetap tak nak kahwin pada usia begini" Diana menghentakkan meja menandakan dia membantah.

"Kalau ayah paksa Diana kahwin. Diana tak teragak-agak keluar dari rumah ni" ujar Diana lagi.

'Aku tahu ayah tak nak aku pergi dari sini. Yelah aku kan anak emas ayah. Gerenti punya ayah batalkan pernikahan ku' monolog ku penuh yakin.

"Ohhh nampaknya anak ayah dah besar dan tak perlukan ayah lagi kalau macam tu... Bikk siapkan baju Diana dan hantar kepada dia" kata ayah Diana berbaur sedih dan ini menyentak Diana apabila ayah menyuruh bik melakukan hal itu.

'Aa..ayahh itu bukan maksud ana' kata ku didalam hati

Aku tergamam sebuah bagasi telah berada di tepi ku pada saat ini.

"hah apa lagi? kamu tu dari 5 keluarga ternama. Jangan calarkan nama baik keluarga kita. Tapi itulah kamu bersikap seperti ini jadi ayah terpaksa ambil semua duit simpanan dalam bank kamu."

"Orang kat luar sana dah tahu ke yang kita ni masih hidup? Ntah ntah dorang tak kenal siapa kita dan macam lah ayah boleh ambik duit ana" sinis Diana berkata

The Secret RoyalWhere stories live. Discover now