Kisah perjalan seorang puteri Diana Aelisya anak kesayangan Tn Mark Andrew yang berasal dari keluarga ternama. Namun begitu tiada siapa mengetahui keberadaan atau kewujudan keluarga Tn Mark Andrew.
Bagi mereka golongan keluarga yang berkuasa hanya 4...
Mata Austin tertancap pada sehelai kertas iaitu borang pembantu peribadi mereka. Dia melihat gambar seorang gadis yang agak familiar baginya.
"Puteri Diana Aelisha, 16 tahun " katanya.
Tiba tiba David merampas kertas yang berada di tangan Austin.
"Eh dia ni bukan perempuan semalam ke?! Hahah tak sangka dia daftar kat sini" kata David
"Hmm" balas Austin ringkas dalam diam dia juga terkejut bahawa perempuan tersebut daftar sebagai pembantu mereka.
Josh? Dia keluar entah pergi mana.
END POV
Aku tercari cari dimana bilik persalinan. Semasa aku belok kekiri aku terserempak pewaris keluarga Hustnallay sedang menahan sebelah tangannya ke dinding. Maksud aku dia halang laluan aku.
"Haii sweetie." Kata nya dengan meleret leret.
Aku menelan liur ku dengan perit. Aku tidak mengendahkan dia lalu aku pergi dari situ.
Belum sempat ingin aku melangkah. Aku terdengar dia berkata
"Tak sangka kau datang sini sebab nak jadi pembantu peribadi kami sweetie. Goodluck babe" dia mengenyitkan mata nya. Aku? Aku cepat cepat beredar dari situ.
Aku lihat jam yang tergantung kemas di dinding menunjukkan pukul 10:25 lagi 35 minit lagi!
Akhirnya aku menemukan bilik persalinan
***
Semua peserta yang berada di situ memandangku dengan pandangan jijik. Dapat ku dengar satu dewan membisik bisik antara satu sama lain.
'Addeh kalau nak mengutuk pun depan depan lah' monolog ku menyampah.
"Buuuuu" sekumpulan perempuan 'bersorak' kepada ku.
Haih kalau bukan sebab aku taknak kena cam dengan 3 'Pangeran' dah lama aku pakai seperti sebelum ni.
Orang kat sini memang memilih rupa!
Aku gayakan rambut seperti ini
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tak lupa juga aku memakai cermin mata tebal serta tahi lalat palsu ku lekatkan di dagu.
Haha mesti Pewaris keluarga terpenting tak cam punya.
"Eh perempuan hodoh, kenapa kau ada kat sini eh?" Tanya Lauren kasar.