So many strong woman began as broken girl.
FALLEN QUEEN
__________________________
"TUANKU..."Panggilan seseorang membuatkan dia berpaling.
Nafas dihela lalu memberi isyarat kepada pembantu istana untuk bercakap.Agak sedikit geram dengan orang yang berhadapan dengannya sekarang ini.Hatinya dipujuk untuk bersabar sebaik mungkin.
"Ratu Anne nak jumpa tuanku sekarang.Semua tengah menunggu kehadiran tuanku."
Panggilan formal itu membuatkan si dia yang dipanggil 'tuanku' menjeling tajam ke arahnya.
"Berapa kali aku nak bagitahu dekat kau, Qira?Jangan panggil aku tuanku,"tegur Eva dengan nada yang tidak berpuas hati.Terganggu sedikit waktunya membaca warkah daripada ayah Farith.
Warkah yang ditunggu-tunggu nya.Warkah yang dipenuhi dengan puisi-puisi indah.
Salah satu daripada ayat yang ditulis oleh ayah Farith mampu membuatnya tersenyum seketika.Ayah Farith nya,pandai menyejukkan hatinya.
Warkah tersebut dilipat kemudian dimasukkan ke dalam poket baju.Dirinya mengenakan blouse hitam tanpa bercorak, berlengan panjang dan dipadankan dengan seluar slack turut sama berwarna hitam juga.Pemakaiannya agak terlalu biasa bagi insan yang bergelar 'kerabat diraja'.
Qira hanya mampu tersengih-sengih sahaja apabila ditegur.
Eva menjeling menyampah.
Tak payah nak formal sangat boleh tak?
Sudah beberapa kali ditegur,hasilnya tetap sama.Tuanku,tuanku,tuanku!Letih!Badannya dipalingkan menghadap tingkap.
"Eva,"panggil Qira.
"Kalau aku tak panggil kau dengan panggilan hormat,alamatnya kepala aku hilang besok hari.Kau nak ke bangun pagi esok hari tengok kepala sahabat baik kau ini hilang?"sambung Qira mulai bercakap seperti biasa lalu menggeleng perlahan.
Puteri paling pelik yang pernah dia jumpa di dunia!Pelik!
Kalau orang lain,kekayaan menjadi kebanggaan buat mereka.Darjat dan harta menjadi keangkuhan buat mereka untuk berkuasa.Namun,semua itu tidak buat Tengku Eva Adrianna.Dia lebih suka hidup bersederhana dan tidak suka dikenali ramai apatah lagi untuk bersuka ria dengan harta yang dimilikinya.Kalau penjara boleh di diaminya,memang sudah lama dia akan duduk disitu.Ya,dia lebih rela duduk disitu.
"Mereka takkan berani nak sentuh kau,"ujar Eva dengan yakin sambil jari-jarinya memintal hujung rambut.
Tengku Eva Adrianna.Satu-satunya anak perempuan Tuanku Raja Zarith Furqan Khair.Antara pewaris yang memegang kuasa penting dalam pentadbiran Kerajaan Della Khair.Seorang puteri yang mampu merampas kuasa besar dalam pentadbiran.
Puteri Adrianna amatlah berharga bagi beta.Setitis darah dia mengalir,beta akan pastikan kamu akan terima balasannya tak kiralah siapapun kamu.
"Eva,pandang aku."
"Apa dia?"Eva kembali menghadap Qira.Bayangan ayahandanya menghilang.
YOU ARE READING
THE LAST EMPRESS (FQ)MAHARANI
FantasyTHE HISTORY OF FIVE PRINCE AND THE PRINCESS [DELLA KHAIR'] Ini bukannya kisah cinta seorang putera diraja yang jatuh cinta dengan seorang 'Cinderella' semasa majlis tari menari. Bukan juga kisah hidup 'Rapunzel' yang telah dikurung oleh Mother Gothe...