CHAP 2

211 52 22
                                    

-I heard you are a player.Nice to meet you,i'm a coach-

FALLEN QUEEN

__________________________

          "PAKAI ini.Jangan sampai Eva jatuh sakit sebab kesejukan.Kalau perkara itu berlaku,ini merupakan kali terakhir abang izinkan Eva keluar. Faham?"

Hoodie berwarna hitam,saiz L dihulurkan kepada Eva.Sengaja dia menyuruh adiknya memakai hoodie oversized.Lebih selamat.

Meskipun tiada sesiapa yang mengenali Eva sebagai puteri di luar istana,tetap Adzfar mengambil berat tentang adiknya lagi-lagi apabila berkaitan dengan isu pemakaian.

Dia paling benci apabila ada mata yang memandang adiknya seperti ingin menelan.Kalau bukan disebabkan ingin menjaga privasi adiknya,sudah lama dia menjatuhkan hukuman buat 'mereka' supaya mereka sedar dengan siapa mereka berhadapan.

"Faham."Eva mengangguk lalu tersenyum menyambut hoodie pemberian abangnya.

Tak sabarnya nak melihat dunia luar!

"Tak apa ke kita keluar?Abang Amar tahu ke?"Eva bertanya sekadar untuk mendapat kepastian.Kalau Putera Makhota tak mengizinkan pun,dia tetap juga akan keluar.

Break the rules,girl!

Adzfar sembunyi senyum.

"Tahu ke tak tahu abang oi?"Eva menjungkit sebelah keningnya.

Dia main senyum-senyum pulak dah!Kalau tak tahu ini,kiranya Adzfar dan dia keluar secara haram lah jawabnya.

"Eva rasa?"

"Tak tahu?"Eva meneka dengan separuh berbisik.

"Tahu ke tak tak tahu ke...siapa kesah?Adik kesah ke?"Adzfar selesai menyarungkan hoodie di badannya.Dia memakai dua lapis baju.Lapisan pertama baju t-shirt berwarna hitam dan diikuti dengan baju hoodie berwarna hitam.Sepasang dengan Eva.

Sengaja dia mengenakan warna yang sama.Sudah terbiasa dan itu merupakan salah satu cara untuk dia melindungi Eva ketika Eva berada di luar istana dan berada di bawah pengawasannya.Orang luar yang tidak mengenali mereka akan menganggap dia adalah 'teman istimewa' Eva sedangkan secara realitinya bukan.

Bagi Eva pula,dia tidak kesah.Malah,dia berasa lebih selamat apabila bersama dengan abangnya.

"Who's cares?"soalan dibalas dengan soalan.Selamba sahaja Eva membalas sambil rambutnya diikat dengan gaya pony tail sebelum dia memakai topi berwarna hitam.

Adzfar tertawa kecil.Sudah dijangka jawapan adiknya.

Jam berjenama ROLEX di pergelangan tangan ditilik.Jarum pendek sudah menghampiri angka 9 pagi.Dalam beberapa minit kemudian,sebuah kereta berjenama BMW X6 berhenti di hadapan pintu pagar luar istana.

Seorang lelaki yang boleh di anggarkan umurnya dalam lingkungan 60-an keluar dari tempat memandu dan menghampiri tempat Eva dan Adzfar sedang berdiri iaitu di bawah pondok menunggu luar istana.

"Tuanku..."sapanya dengan menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat.

"Pak Asad."Adzfar menghadiahkan senyuman nipis.

"Pak Asad sihat?"Eva mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan khabar mengenai kesihatan orang tua itu yang telah dianggap sebagai keluargannya sendiri.Pak Asad telah berkhidmat sejak zaman pemerintahan Tuanku Raja Khair' Sulaiman iaitu bapa kepada ayahandanya sebelum dinaikkan pangkatnya menjadi ketua pengawal Istana Della Khair'  atau secara spesifiknya rakyat mengenali nama istana itu sebagai Istana Della.

THE LAST EMPRESS (FQ)MAHARANIWhere stories live. Discover now